Assalamualaikum admin. Hide profil saya , saya ingin kongsi kisah saya. Harap dapat disiarkn di KRT. Saya akan berkahwin tidak lama lagi tetapi saya masih lagi menjalinkan hubungan secara senyap2 dengan lelaki lain. Lelaki ini saya sudah kenal dia selama 7 tahun. Kami pernah merancang ingin berumah tangga semasa dibangku sekolah lagi tapi cinta kami terhalang oleh mak saya. Emak sangat tidak menyukai pilihan saya ini.
Emak menyatakan, jika saya ingin berkahwin kekasih saya, langkah mayat mak dahulu dan jika sudah berkahwin jangan memanggil dia emak lagi dan jangan pulang2 lagi ke rumahnya. Ketika itu hati saya hancur mendengar setiap patah perkataan yang keluar dari mulut emak saya sendiri. Saya sedih dan takut jika apa yang terucap nanti akan menjadi kenyataan kerana doa emak selalunya termakbul jadi saya hanya mampu menangis dan berdiam diri.
Pernah juga kami adik beradik bergaduh dengan emak kerana hal ini. Kakak2 saya hanya berkata begini sahaja pada emak, “mak terima saja lah laki tu, laki itu pun dah ok apa dengan kitorang mungkin ini jodoh”. Disebabkan ayat itu sahaja , terus emak saya naik hantu sambil membawa parang dan saya hanya mampu menangis . Sejak dari itu kami hanya menjalinkan hubungan secara rahsia, sampai sekarang saya masih bingung dan tertanya2 kenapa emak saya tidak menyukai pilihan saya.
Tak akan lah kerana dia bekerja biasa2 membuatkan emak tidak sudi bermenantukan pilihan hati saya. Kerja apa pun yang penting halal. Setelah tiga bulan dari peristiwa itu saya berkenalan pula dengan seorang lelaki. Lelaki itu lah yang saya hendak kahwin sekarang, dia seorang askar tapi emak saya suka pula dengan yang ini.
Kami berjauhan kerana masing2 bekerja jauh. Lelaki yang saya suka dahulu tinggal berdekatan kami tapi hati saya lebih sayangkan pilihan saya yang dahulu kerana dia selalu ada dengan saya waktu susah dan senang. Saya sudah kehilangan kata. Saya kenal dengan askar sudah tiga tahun tapi dalam masa yang sama saya tetap menjalinkan hubungan dengan kekasih lama.
Saya menyatakan pada kekasih yang saya bakal berkahwin tapi jawapan yang keluar dari mulutnya membuat saya bersedih. Dia cakap mungkin sekarang bukan jodoh kita . Mana tahu jika 10 tahun lagi Allah sudah melembutkan hati emak awak untuk menerima jodoh kita. Saya sangat sedih dan tidak dapat menerima keputusan ini.
Saya sayangkan kekasih dan dia juga sayangkan saya. Saya terima lelaki ini hanyalah disebabkan emak saya, saya cuba untuk menjauhkan diri dari kekasih tetapi tetap tidak boleh. Saya benar2 buntu. Tolonglah warga KRT apa yang perlu saya lakukan sekarang? saya sangat menyayangi kekasih tetapi saya bakal berkahwin tidak lama lagi.




