Salam admin dan warga Krt. Saya mohon admin hidekan profile saya. Saya cma ingin meluahkan dan mendapatkan pendapat dari warga krt semua tentang masalah yang saya sedang hadapi.
Terlebih dulu saya kenalkan diri saya sebagai F. Saya surirumah yang mempunyai 2 orang anak. Yang sulung hampir menginjak 3 tahun dan yang bongsu 7 bulan. Usia perkhwinan saya 3 tahun. Tempoh perknalan dengan suami sangat singkat. kami ambil masa 1 tahun berknalan dan kmudian melangkah ke fasa pertunangan stahun kemudian dan seterusnya.
Disini saya merasa mnyesal teramat sangat kerana sebelum saya mngambil keputusan berkahwin memang ibu saya agak membantah. Bagi ibu saya dia nak jodoh saya yang terbaik. Memandangkan suami saya bukan dari keluarga yang berada dan pekerjaan suami saya yang biasa saja saya pulak dari kcil ada mengalami trauma. Untuk pngetahuan admin saya pernah menjalani rawatan skiz0 di hospital utara tanah air. Seawal usia remaja saya di sahkn mempunyai msalah menttal disebab kan tekanan keluarga.
Tapi saya pulih dengan jayanya tanpa mengambil sebarang ubat atau meneruskan rawatan hasil dari kemahuan ingin hidup normal saya sendiri. Saya punyai angin baran yang sukar dikawal. Setakat nih saya masih lagi dapat mengawal walaupun orang sekeliling trutama ibu saya sendiri sering mengingatkqn saya tentang penyakit yang pernah saya hidapi. Cabaran rumhtgga dengan ank2 tak yang sukar dikawal sangat meletihkn serta saya menyusukan anak saya sendiri.
Saya juga dari kecil di didik dengan penuh teliti dan disiplin berbeza dengan suami yang keadaannya sangat berbeza dengan saya. Bermula dari awal prkhwinan saya diuji dengan tinggal bersama mertua dan ipar. Saya cuba suaikn diri. Memandangkan saya dah trrbiasa hidup yang bersih, teratur dengan berdisplin berbeza dengan kuarga suami yang tak kisah tentang kebersihan. Dengan kehidupan ipar saya tak terurus Saya memujuk suami keluar dari rumah ibunya.
Saya katakan yang saya tak sesuai dengan corak kehidupan dan penat sangat sepanjang mengandung dengan berpantang dirumah mertua walaupun ibu saya datang untuk menjaga saya bersama2 mertua saya. Mertua saya sorang yang sangat baik, prihatin tapi ada ketika dia seolah olah tidak merelakan anak lelakinya berpindah dari rumah jauh dari dia. Saya merasa saya pnyebab mereka berpisah. Saya tertekan dan saya mula meminta cerai dari suami.
Saya bukan mau menjadi musuh. tapi mau menyelesaikan tanpa ada rasa benci. Suami mulai takot kehilangan saya justeru mengikut kehendak saya berpindah dari rumah ibunya. Saya merasa aman dan bahagia seketika. Tapi lama kelamaan saya rasa suami saya makin berubah. Dia sememangnye lelaki yang baik, taat walaupun solat tunggang langgang. Dia jenis pendiam, pemalu dan susah brkomunikasi.
Kalau ada sebarang masalah dia sukar berkongsi dengan saya. Saya merasa hidup kami sebagai suami isteri hanya wayang di mata orang sekeliling. Lama kelmaan hubungan kami jadi panas. Kami sering bertengkar dengan benda remeh. Dan semalam saya buat kali beberapa meminta cerai. Saya sangat letih penat menguruskn anak. Memasak kadang saya ada jugak keluar bekerja jika ada cust yang memerlukn khidmat solekan. Serba serbi saya sempurnakn sampai saya sendiri rasa penat.
Ada ketika saya sangat stress sampai sekarang saya dah tak mampu lagi nak meluahkn. saya tak mampu nak menangis macam orang normal yang boleh menangis bila sedih.. saya hanya mampu berfikir2 sampai bila saya harus hidup macam nih. Suami saya enggan melepaskn saya walaupun tahu saya dah semakin hilang kasih sayang padanya. Hati saya makin tepu. malam pulak saya sukar tidur dengan lena. Dan sering terjaga. Menangis dalam mimpi.
Saya takut saya akan mengalami depresi lagi. Dan penyakit lama berulang. Saya takut kalau saya akan membahayakn anak2 saya yang masih kecik. Saya masih bertahan dalam umhatgga kerana suami saya menguugut saya dengan bunnuh diri malah dia berani bertindak mngambil benda tajam untuk bunnuh diri depan saya dengan anak-anak. Saya buntu macam mana harus saya lakukan. Samada bertahan walaupun tidak bhagia atau berpisah saja.




