Salam min. Macam biasa la ye, hidekan profil. Cuma nak pendapat makcik, pakcik, kakak abang adik bawang sekalian. Saya ada 2orang anak. Yg sulung lelaki 2tahun ada lelah. Baru baik demam, tengah batuk dan selsema. Yang kecik 9bulan selsema. Dah berbulan2 saya mintak suami saya tutup lubang angin kat dapur dan bilik air. Sebab jiran sebelah, pakcik ni perokok tegar. Setiap 1jam akan merokok. Tak kira la 1-2 pagi ke. Memang dia merok0k. Paling aneh dia merokok kat luar rumah dia time orang tengah solat jumaat. positif pakcik tu uzur setiap hari jumaat.
Suami saya bagi alasan, takde tangga. Pastu bila saya nak pinjam dengan pengasuh, dia kate takpe, nanti die pinjam dgn kawan dia. Dah berminggu-minggu agaknya kawan dia mati dalam kubur lah kot tangga masih lagi tak ada. So saya pun beli la tangga sendiri. Lagipun apalah salahnya beli kan nanti nak guna senang. Malangnya nasib saya, tangga tu dah 2minggu berbungkus ada dalam rumah. Bila saya suruh buat, die kata nanti nanti buat. Malam2 boleh keluar mengeteh, main badminton. Tiap ptg pun main badminton. Tapi masih lagi tak ada masa utk tampal lubang angin tu.
Tadi, suami saya tgh membelek2 raket die, saya pun angkut tangga ke luar rumah. Dengan harapan dia ada lah rasa nak bantu kan. Tapi dari awal sampai akhir dia duk je dlm rumah. Saya geram, saya masuk dalam rumah, tengok die tengah membongkang terbaring. Automatik kaki saya terhayun kat dia.
Salah ke saya hayun kaki kat dia wahai bawang rangers sekalian? Ohya, saya juga pernah tanya dia Kenape sebelum kawin dia layan saya macam puteri tapi lepas kawin dia buat saya macam tak wujud tapi jawapan dia orang pancing ikan letak umpan. Pernah ke tengok ikan yang dah dapat, org bagi umpan? Benarkah jawapan itu wahai suami2 pengomen tegar krt sekalian? Adakah layan isteri disamakan dengan ikan?




