awak saya merayu jangan laa seksa saya macam ni.. seksa berperang dengan keadaan sendiri saya penat terlampau penat wak..awak, demi awak saya sanggup lepaskan semua, demi awak saya sanggup ketepikan semua, saya sanggup hilang semua, asalkan cuma kita je dalam kehidupan kita. demi awak saya sanggup lahirkan 2 puteri dari benih awak dan sebab awak saya kehilangan salah seorang puteri saya, sakit wak melahirkan demi allah sakit.. hampir 7 tahun saya sabar tunggu awak jangan lah buat saya macam ni, pergorbanan apa lagi awak nak saya buat? saya tahankan diri setiap kali awak pukul saya.. saya kuatkan hati setiap kali awak hina saya.. saya maafkan awak setiap kali awak menduakan saya.. saya harap awak berubah.. berubah lah.saya rindukan awak, tinggalkan semua yang hancurkan awak..masa lalu awak..
saya harap dengan pemergian awak secara mendadak ke us bukan lah untuk tinggalkan saya dan anak dalam diam..saya harap kalau itu terjadi biar laa allah tarik separuh ingatan saya tentang awak.biar lah saya hidup tenang tanpa awak tanpa rasa penyesalan tanpa rasa kecewa tanpa rasa rindu tanpa rasa dendam.. sejujurnya, saya kalah dalam perasaan saya sendiri..cuba untuk menidakkan setiap apa awak buat.. cuba untuk melupakan semua yg awak buat.. awak saya berangan saya bayangkan awak layan saya dengan baik.. bercakap lembut.. layan karenah anak.. sabar dengan perangai anak, tak memukul anak, tak menengking dia, saya sabar, saya harap awak akan berubah.. awak saya rindukan awak..
terkadang saya terfikir saya ni cuma pelepas nafsu awak dan tempat saat awak susah awak saya penat saya janji takkan bercakap pasal kita lagi. saya janji.. saya tak akan tuntut apa pun dari awak, cuma saya minta jangan laa seksa saya macam ni pergi lah tiada daya saya nak halang awak.. pergi lah tiada hak saya untuk tahan awak.. saya harap pemergian awak nie bukan untuk tinggalkan saya dan anak.. saya harap seandainya awak pergi tinggalkan saya.. berubah lah.. kalau bukan untuk saya dan anak.. untuk pasangan hidup awak yang baru..,hargai dia, sayangi dia, jangan pukul dia, jangan maki dia, bagi dia perlindungan sewajarnya, halalkan dia dengan akad nikah.. yea awak janji lah saya redha..saya pasrah saya terima andai ini balasan hidup saya ketepikan ayah dan mak dari hidup sebab berzna dan mempermainkan harapan lelaki lain suatu ketika dahulu, saya harap akan ada sinar bahagia menanti saya dan anak awak..
seandainya memang awak berkeputusan untuk tinggalkan saya dan anak.. janji lah jangan datang semula dalam kehidupan kami.. biar lah kami hidup sendiri.. bagi lah kami peluang hidup tanpa rasa terseksa.. awak..,semoga awak hidup bahagia selepas ni..,saya rindu.. rindukan awak..




