Salam admin…terima kasih sebab siarkn kisah saya.. tak tau nak luah kat mane.. saya perlukan nasihat dan dorongan dari sahabat2 semua. kisahnya saya berkenalan dengan A dari tahun 2009 lg. kiranya first love la sebab sebelum tu memang tak pernah kapel dengan mana2 lelaki. hubungn kami berterusan selama 4 tahun. Selama itu juga la kami susah senang bersama2. cari kerja, simpan duit untuk halalkwn hubungn kami. hingga la tahun 2012 kami buat keputusan untuk kawen. tapi kami silap, kami ditangkap bdua2an. sumpah kami tak ade buat pape. Dan masa tu memang rasa b0d0h sangat sebab buat macam tu. akibat dari tu, family saya mlarang keras saya daripada bjumpa dengan A…
Tanpa pengetahuan saya, family merancang untuk kawenakn saya dengan B. dan bila saya dapat tau, saya tolak sebab saya hnya ingin bersama dengan A. dah susah senang bsama A. (kami tak pernah melebihi batas2 pergaulan. cuma kesilapan pertama kami berdua2an terus kena tangkap. Allah nak tegur kami). Family tetap berkeras tak nak terima A. akhirnya saya pasrah dengan pilihan family. dengan harapan saya boleh bahagia bila utamakn family dan mndapat restu dari family. dengan hati yang berkecai, saya hancurkn impian kami.
B memang seorang suami yang baik. yang pentingkan keluarga. beragama. tapi saya masih tak mampu untuk sayang dia. selama ni saya hanya menjalankan tanggungjawab seorang isteri. bukannya kerana sayang atau cinta. Saya dah cuba untuk sayang dia tapi tak boleh. Macam2 cara saya pujuk hati untuk cintakan suami tapi tak boleh.. siksanya jiwa bila hati sayangkan orang lain tapi jasad bersama orang lain. Saya dapat tau yang A dah kawin dan dikurniakn dua orang anak dan ye dia sedang bahagia saya juga ingin bahagia saya nak lupakn kenangn bsama A. nak bina kenangn baru dengan B. tolongla saya.