Assalamualaikum admin, ni fb fake saya, dkt fb real selalu la jugak saya membawang dekat Komen, kalini nak share kisah saya pula. Ceritanya begini
Saya baru berkahwin dengan suami baru 2 Bulan. Saya pada asalnya berjodoh dengan orang lain, akan tetapi bakal suami saya itu ditangkap basah sebulan sebelum Kami bernikah. Saya memang terduduk tak terkata apa pada ketika itu, kecoh habis dekat kawan2 semua sebab kami pasangan couple Yang popular sebab bercinta dengan kawan rapat Sendiri sejak sekolah menengah. Kawan2 Ada datang rumah jumpa pujuk tenangkan apa semua, sampai one day ni bff datang rumah, bawa tunang dia dengan kawan tunang dia. Kami bersembang macam biasa dan esok malamtu tetibe dia call saya, dapat no Dari bff saya katanya, dia kata dia telah jatuh cinta pandang pertama dengan saya Dan sudi menggantikan tempat bakal suami saya.
Saya pada mulanya hendak menolak kerana baru kenal tetapi setelah berbincang dengan family, saya pilih untuk menerima dia untuk menjaga maruah keluarga. Jadi, tepat 24/12/2018 Kami pun bernikah. Pada Malam pertama saya memberitahu bahawa saya telah tiada Darra kerana terlanjur dengan bakal suami sebelum ini dia mencium saya Dan mengatakan dia Terima saya seadanya. Kehidupan Kami bahagia sekejap maklumlah baru kahwin kan. Sampai awal February ni, satu-satu benda Allah tunjuk pada saya. Saya sebelum ni tidak pernah check handphone si dia, bila check, tak tahu pula yang dia ni ramai kawan perempuan.
Saya baca satu-satu chat, baru saya tahu dia ada 20 puluh kawan rapat perempuan di dunia sebenar belum masuk alam Maya adik dengan kakak angkat pun ada. Sembang biasa sahaja cuma kadang2 Ada terselit sedikit ayat luc4h macam bergurau senda, sebagai Isteri, siapa tak cemburu kan? Saya buka Instagram dia Pula, Banyak chat gatal dia dengan perempuan lain, and saya baru tahu dia seorang peminum, dia pernah main dengan perempuan lain sebelum ini, kerja night cllub semua, walaupun chat Tu semua bertarikh Nov Tahun Lepas, saya tetap sakit Hati. Walaupun saya tiada Dar4, saya tak pernah sentuh arak, masuk night cllub semua, saya menangis sepuasnya.
Lepastu saya bergaduh dengan dia psl ini. Dia kata dia memang ramai kawan perempuan, dia Minta saya untuk tidak cemburu kerana mereka hanya kawan sahaja. Saya menjerit kalau kawan biasa kenapa send gambar Anu Sendiri dekat kawan perempuan alasan nak bergurau. Chat selit ayat luc4h semua. Dia tidak mengaku. Saya bising Pula pasal ig dia, dia kata ig dia pernah dihack sebelum ini. Saya menjadi geram, lalu saya mengambil keputusan untuk tidur di hotel untuk seminggu. Sepanjang tempoh Tu puas dia pujuk saya macam2, buat saya lembut Hati and cair dengan dia. Tapi saya Masih keras hati. Oh ya, sepanjang tempoh Tu, saya ada pergi berurut dengan makcik ni, Kira saya ni Cust tetap dia la sbb tiap2 Bulan mesti berurut dengan dia. Dia kata saya mengandung.
Saya terkejut juga, saya check dengan pregnancy test and ianya positif. Lepas itu, saya balik hotel, saya fikir betul2, jadi saya ambil keputusan untuk kembali Kepada si suami. Dia punya gembira Tu, hanya tuhan je Yang tahu. Cuma pada waktu Malam, dia meminta benda Tu, saya tolak. Saya beri alasan saya tiada mood sebab terkenangkan peristiwa haritu. Sebab saya mengandung je saya balik dengan dia. Tapi dia Masih tidak mengalah, terus Dan terus menawan Hati saya. Sampailah Malam tadi tiba2 kawan dia Yang paling rapat call saya dan serang saya. Kata saya ni perempuan tak berguna sebab buat suami macam tu. Suami saya sayangkan saya tapi saya mainkn perasaan dia.
Kami bertekak tapi mulut kawan dia ternyata pedas juga. Saya tersentap. Saya hanya mampu jerit. Betina tak malu, dh tahu selalu kena ignore dengan boyfriend, kacau laki org, ajak laki aku scandal kau. Lepastu saya mattikan talian. Lepastu saya serang suami saya Dan Kami bergaduh. Suami saya membela perempuan itu Dan kata saya Ni cemburu buta. Ni sekarang saya drive jauh Dari tempat saya, menumpang di rumah kawan saya. Saya sudah tidak tahan, dengan suami saya. Anak ni nanti saya ikhtiar untuk gugurkan and saya nak tuntut cerai. And saya nak pesan dkt semua perempuan di sini.