Salam krt. saya baru jadi isteri 6 bulan yang lalu.. saya kenal suami dari seorang kawan dan berfollow dan berchat dekat fb dan akhirnya jumpa .. memang tak logic macam mana saya boleh jatuh cinta dengan suami tapi semuanya sebab kawan selalu bagitahu yang suami saya seorang pendiam dan tidak suka bergaul dengan orang lain dari situ saya sukakan suami dalam diam walaupun pernah jumpa sekali je, itupun suami tak kenal saya..
Dalam tempoh nak kenal suami, saya yang kejar dia terhegeh hegeh dekat dia, sampaikan buat dia sukakan saya.. atas sebab support kawan kawan, saya teruskan kejar suami saya masa sebelum kawin lagi. kata orang biar lelaki yang kejar perempuan, bukan perempuan yang kejar lelaki.. Alhamdullilah, saya sah jadi isteri dia. Sepanjang saya jadi isteri dia, dia layan saya dengan baik sangat. Tak pernah pukul saya, marahkan saya. Tapi suami saya memang seorang pendiam dan perahsia, susah sangat saya nak kenal dia.
Lepas 4 bulan kahwin, satu hari tu suami saya terbaca chat ex saya dalam Instagram bertanya khabar Sebenarnya bukan ex pun dia Cuma kawan satu u saya dan tanya khabar saya ibarat macam seorang sahabat tapi saya tak reply pun dari situ suami stalk semua pasal dia dan nampak semua gambar2 saya dulu masa kawan dengan dia. Dari situ suami berubah, semakin menjauh dengan saya. Jarang bercakap dengan saya, lewat balik rumah balik pun jam 10 pm mcm tu alasan dia, dia banyak incharge patients, kadang kalau oncall suami xinform pun kat saya, just go macam tu sahaja.
Suami berubah 100% tapi saya sabar. Saya dah cuba explain dekat suami tapi tetap sama, dia abaikan saya. Tapi dalam masa tu, saya cuba ambil hati suami semula. Macam dulu dulu masa saya cuba tackle dia, malangnya usaha saya sebulan untuk ambil hati dia tiada apa apa pun. Malah, dia tetap dingin dengan saya. Saya solat, saya isthikarah minta petunjuk sebab sabar saya sudah habis limit. Dan saya dapat jawapan, sepanjang suami dingin dengan saya. Suami sebenarnya berkawan dengan seorang HO (house officer) yang baru masuk dekat hospital itu. Keluar makan sama sama dengan perempuan tu waktu lunch dan dinner, patutlah suami tak perlukan saya.
Masa birthday suami, saya bagi surprise delivery tapi suami tak ambil pun kata orang yang cod tu. Tapi malam tu suami sambut sama sama dgn staff hospital dan perempuan tu. Masa tu saya sedar, saya bukan sesiapa utk suami dan saya give up untuk pertahankan perkahwinan saya walaupun saya tidak pernah dipukul dan dimaki tapi layanan suami buat hati saya sakit dan tawar. Saya ambil keputusan saya akan pergi, now dah 2 bulan saya keluar dari rumah suami dan balik ke rumah family saya. 2 bulan tuh, satu pun tak ada khabar berita dari suami.
Saya cuba kuat, cari diri saya yang dulu. Positive kan diri, saya tahu ini Cuma ujian untuk saya. My past taught me, someone yang Allah jauhkan itu tak perlu lagi nak dikejar or terhegeh-hegeh lagi. Allah is protecting you. Mama kata “tak perlu menangis tapi bersyukur”. Bila Allah hadirkan kesedihan ada pelangi diakhirnya, alhamdullilah saya dapat sambung study master tahun depan. Mungkin ini yang terbaik untuk saya dan untuk dia.
Untuk suamiku, terima kasih sebab bagi ruang saya masuk dalam life awak dan nak kenal awak dulu. Terima kasih bagi saya rasa bahagia walaupun sekejap saja. Terima kasih sebab tinggalkan zuriat dalam rahim saya. Saya redha dan tenang tanpa kecewa sekarang. Semoga awak bahagia lepas ni. Behalf of mine, saya cuma mampu doa yang baik baik because Allah is the best planner. Dan saya harap apa yang saya buat ni betul dan tak ada penyesalan untuk diri saya..




