Askum min. Tolong sesangat up cite aku ni sebab setahu aku isteri saya ada dalam group ni. tujuan saya bukan nak aibkan isteri tapi skadar kongsi dengan orang ramai dan isteri baca. kalau ada yang nak bagi pendpt atau sesuatu membantu saya itu lagi baik. macam ni. di awal khawin nyata ia sangat bahagia dan kami dah anak 3. Semenjak ni saya perasan isteri banyak berontak. ada masalah sikit rumahtgga dia ‘up’ status kt whatsup sampaikan adik bradik serta ibu bertanya. saya dengan tebal muka saya cakaplah yang halnye kecik kat ahli keluarga supaya mereka tidak bimbang. Banyak kali juga sekiranya kami bertelingkah dia buat status di whtsap.
Satu hari saya bertanya isteri kenapa dia buat macam tu menjatuhkan air muka saya dia tanya saya blik sape bagi tau terus dia fikir kan ahli kluaga yang bagi tau dan sibuk hal kami sampai dan terus buat status blik hal sindirin pada keluarga saya agar tak amek tau hal kami. so ibu dan adik bradik mana tak nak amek tau walaupun sekadar bertanya saya je sebab terbaca dalam whtsap kan. so semenjak itu ahli kluarga saya bukan tak nak datang rumah kami tapi dorang risau kedatangan dorang akan mengeruhkan keadaan. so dalam tempoh tu dia pulak merasakan ahli kluaga saya tak suka dia dan trus buat status macam2.
Apa yang pelik bila saya ada suarakan aritu niat nak transfer kerja di kampung sedangkan ibu saya duduk seorang di kampung. abang memang ada di kampung tapi kerja dia selalu outstation jadi saya memang ada niat nak balik kampung kerana saya anak lelaki kedua. saya hanya nak lakukan tggung jawab. Bila saya cakap niat tadi dia diam dan bila up isu ni dia diam. Masa arwah ayah dulu saya pernah bgtau isteri nak blik tinggal kampung dia tapi semua tu berubah keadaan pabila arwah ayah sudah pergi sebelum plan kami tadi. so hal tu makin menjadi2 saya tengok dia seolah2 tak layan ape yang di perintah dah di usulkan.
Bila orang nak bincang dia macam2lah ayat pusing2. bila tak bincang saya terus buat keputusan memang terus berontak seperti orang nak ajar perang. Sekarang ni min saya pening hal ni n tak tau apa yang dia nak dan tak nak. bila di tanya banyak dok pertahan diri sedangkan ajak bincang dan segala2nya saya ikut dia dah macam saya ni jadi dayus.. saya pasti dia kurang matang lagi dalam berfikir baik buruk. tolong min. buntu




