Aku nk kongsi kisah manis hidup aku dgn korang. cukup manis kalau dikenang. Aku seorang suri rumah sepenuh masa,jana duit dengan jual online je. dalam banyak2 aku nak cerita satu ni je kat korang. Satu hari aku teringin sangat nak makan cheese cake leleh yang orang duk post kat facebook dalam group tmpat aku ni mmg nampak sedap sgt kek tu. Aku mmg penggemar cheese cake dari dulu tapi yang ni mmg nampak sedap gile dimata aku..
Aku gagahkan diri mintak duit dengan suami.. harga kek tu rm25 sekali caj cod dia kata bapak mahal kek apa awak nak beli tu? Tak payah lah membazir je beli kek mahal2. Aku pun senyap je pendam terliur tu dlm hati. satu hari kami gi tesco. Kami lalu tempat kek tu dia cakap hah itu hari awak nak makan kek kan..ambik yang tu..abg belanja..kek tu hrga rm3.50..aku beli jugak sekali tak sedap min, keras, lemau. Aku takcakap kt suami tak sedap aku makan je..
Dia try sesudu je pastu dia kata ish makanan mcm ni abg tak hadap..makanan awak je ni. Tapi aku tetap tak puas hati sebab aku nk jugak kek tu. aku niaga, kumpul duit sendiri walaupun lmbt cukup. dh cukup aku order, dah smpai orang tu delivery aku rasa macam nk terbang min. punyalah sedap. Aku syang nak makan banyak aku simpan dlm peti ais. Sekali esoknya aku nk makan lagi dh habis min. aku tnya suami aku dia cakap abg try. Sedap jugak kek tu..aku dhlah payah nk dapat bnda tu min.
Lepastu aku kumpul duit lg nk order lg. aku nk order 2 supaya aku puas makan. dia takbg dikatanya membazir. aku beli satu dia habiskan lagi… Suami aku ni mmg payah nk keluar duit kalau utk aku. Kalau kereta dia, sekali dia beli sportrim, sekali gaji dia balut leatherseat, sekali gaji itu, ini utk kereta dia. Gaji dia bukan cikit..4k lebih jugak sebulan. Tapi dalam 4k tu berapa sen je bahagian aku sebulan dia laburkan. Ye aku tau dia beli aku tak semahal dia beli kereta dia, sebab tu dia perlakukan aku padan dgn harga je.
Tapi bukan keta dia yang jaga dia masa demam, masak utk dia, kemas umah dia, basuh baju dia. aku ni jenis wife tak banyak bunyi min. Aku takut jatuh derhaka kalau aku tengking dia. haritu aku sakit perut gila, kencing berdar*h. dia bawak aku klinik 1malaysia je min sebab hospital besar jauh dgn tmpat kami. klinik tu bg surat suh bawak aku gi hospital besar sebab diorg takde ubat. TAK bawaknya aku kesana sebab jauh. padahal klinik swasta banyak je. Smpai lah aku sembuh sendiri…smnggu jugak aku tahan sakit tu…
Kalau dia belanja aku makan kt kedai pun hrga sekali air tak lebih rm6 haritu aku masih ingat kami makan kt kedai thailand sebab bnyak kedai tutup masa tu..aku dh excited sebab nmpak makanan sedap2.. aku order nasi goreng seafood kt citu dgn air suam…sekali masa bayar rm18 habis…terkejut jugak suami aku masa tu…dia tnya cashier hrga nasi satu2…hrga nasi aku rm7 sepinggan..smpai kesudah dia ungkit cakap nasi aku lah yang mahal…menitik air mata aku dlm keta min..lepas tu aku nekad taknk makan luar dah…
Tetiba time gini aku ingat abah umi aku… TAKpernah berkira aku nak makan apa dlu.. aku cakap je terliur itu ini terus tnya berapa,lepastu pasti hulur duit suh aku beli n bleh makan… Setakat setahun lebih kahwin ni aku bukan main selekeh. Maaf min aku punya coretan panjang lebar… Aku taktau nak mengadu sesiapa dah …dekat org lain di kata membuka aib plak,dekat cini jelah boleh sebab korg takkenal kami… Terima kasih banyak2 admin kalau siar cerita aku..




