Assalamualaikum min dan skuad bawang sekalian. Aku bercinta dengan suami aku lepas nikah. Kira masa aku kahwin dengan dia, aku tak ada perasaan sangat pada dia. Aku terima je lamaran dia sebab aku nak lupakan ex aku yang aku dah berkenalan and bercinta bertahun-tahun.
Biasalah masa awal kahwin baru nak kenal hati budi jadi bergaduh salah faham sikit tu normal.
Disebabkan aku dapat suami yang baik, alhamdulillah aku boleh move on lupakan ex aku. Suami aku ni solat 5 waktu, bertanggung jawab, nafkah makan pakai aku dan anak lebih dari cukup dia sediakan, dan dia ambil berat kalau aku sakit pening semua. Kadang tu aku tak sempat masak sebab sibuk kerja or jaga anak suami aku yg masak basuh baju semua.
Aku ingat rumah tangga kami ok, sebab layanan and perhatian suami aku tak berubah even dah 6 tahun kahwin.
Satu hari aku disahkan pregnant start dari tu aku ada masalah tak suka dekat dekat dengan suami aku bila dia nak bermanja aku tepis. Suami aku pernah tanya aku dah tak sayang dia lagi ke. Aku cakap aku sayang tapi aku minta dia faham hormon aku masa mengandung tiba tiba je aku tak suka disentuh.
Mungkin silap aku juga, atau mungkin juga suami aku yang lemah iman. Dia mula jinak jinak chat dengan perempuan lain yang dia kenal kat media sosial masa aku tengah tidur. Bila mengandung aku selalu loya mabuk and tidur lepas isyak. So terbiarlah semua aku sorang-sorang.
Aku tahu dia chat dengan ramai perempuan sebab suami aku memang share pasword phone dia dengan aku.
Ada satu hari tu dia terlupa padam aku terbaca. Menangis sampai mer0yan aku dibuatnya. Dia minta maaf pujuk aku kata dia cuma suka suka je takde niat apa pun.
Benda tu berulang ulang lebih dari 20 kali aku rasa and sampailah satu hari aku nekad nak bercerai. Dalam keadaan aku marah tak bercakap dengan dia suami aku masih bertanggaung jawab macam biasa ambil tahu hal aku. Suami aku minta maaf dan bersumpah takkan buat lagi.
Dia minta aku fikirkan semula decision aku. Dia beri semua pasword social media yang dia ada supaya aku boleh monitor dia. Aku memang sakit hati bila teringat conversation dia dengan perempuan lain tapi dalam masa yang sama aku muhasabah diri sebagai isteri aku mungkin kurang beri perhatian pada suami aku sampaikan dia boleh terjebak dengan chatting kat media sosial untuk isi kekosongan tu.
Tolong beri nasihat macam mana aku nak tawan ikat suami aku sampai dia tak nak dah tengok perempuan lain selain aku.
Aku cakap je nak cerai tapi jauh di sudut hati aku, aku sayang rumah tangga kami. Lainlah kalau aku dapat suami kaki pukul ke kaki club malam ke. Nauzubillah.
Terima kasih min. Tolong hide profile aku ye. Aku doakan perkahwinan orang yg bagi nasihat kat aku ni berpanjangan bahagia sampai ke akhirat.