Salam warga krt, min mohon hide profile saya. Saya just meluahkan, tak tahu nak meluah kt sape saya rasa tempqt ni sesuai untuk meminta pendapat macam macam2 pendapat boleh dapat. Okay macam ni, saya ni bukan lah seorang pengungkit apa lagi berkira. Saya ada masalah dengan suami pasal duit lah.
Saya dah bersama suami dah 3 tahun dan di kurniakan anak sorang. Sini saya nak tahu macam mana nak ikhlas dan time gaduh tu saya tak nak saya mengungkit, saya memang ikhlas walau dalam 3 tahun ni saya jarang sangat dapat nafkah. Rasanya dalam 3 tahun ada lah dalam 5 bulan cm tu merasa duit suami tu pun Rm200 lah pling banyak masa 2bulan.
Pertama kahwin banyak saya dapat nafkah sampi 700 tu pun after saya tegur dia mana nafkah saya, tapi after tu jadi sikit dan tiada, alasan dah ada rumah. Selebihnya saya pakai duit sendiri. Dulu masa saya berkerja saya memang tak kisah pasal duit, tapi sekarang ni saya dah jadi suri rumah ada online bisnes di sini lah saya mula stress.
Baju anak kelengkapan anak smua saya beli dengan duit sendiri, sebab suami macam endah tak endah je. Basically, suami saya ni macam tak de effort untuk jadi ketua keluarga. Means dia macam buat tak kisah dengan nafkah saya, saya tahu lah saya ada duit sendri tapi kadang tu jadi stress juga kejar sales sebab nak bayar kereta dia bill letrik rumah lagi.
Dia bayar rumah je, duit belanja dapur pun saya tak dapat. Masa pergi beli barang sama2 je dia bayar masa awal bulan,, hari2 seterusnya duit saya lah yang keluar. Saya tanya dia duit dia pergi mana. Alasan dia tak cukup, saya malas tanya banyak sebab end up dia akan masam muka. Untuk jernihkan hubungan saya diamkan je.
Tapi tulah bila gaduh sikit saya jadi pengungkit. Actually tak de niat pun nak berkira, tapi sebabkn suami saya ni sejenis tak apprciate saya, saya jadi pengungkit bilamana ada salah faham. Macam mana saya rasa dia tak apprciate, hari jadi ke anniversary ke tak pernah dia belikan saya apa2. Saya memang ada belikan dia walau setakat perfume. At least saya rasa saya dpt hargai dia dengan gift2 macam tu. Tapi dia langsung tak ade.
Sampai satu tahap saya geram saya ajak dia pergi kedai emas suruh dia belikan gelang yup dia bayar tapi tengah bulan dia bagi hint dia tak ade duit, makan pun dia acah2 tahan balik rumah baru makan, ni yang membuatkan saya jadi malas nak minta nafkah. Setiap kali saya mintak nanti mesti dia buat perangai tak ckup duit.
Lepastu sekarang ni kita orang gaduh dan dia cakap saya suka ungkit. Bagi saya macam mna saya tak terungkit kalau dia langsung tak tunjuk effort dia untuk saya, hargai saya jadi isteri dia, ambik tahu pasal nafkah, at least say tq sebab saya lengkapkan semua keprluan anak, makanan kat rumah tanpa dia kluar duit.
Ni tak dia macam tak endah smua tu.
Tapi bila bab family dia, senang2 je dia keluar duit. Kadang rasa macam nak hidup sendri je. Sebab kahwin pun macam beban. Bukan tak pernah bincang. Saya pernah je bincang dengan dia pasal benda ni, tapi tu lah bila dia dah start keluar duit nanti tengah bulan perangai tak ade duit dia akan datang, dan masa tu mula lah saya serba salah and cakap bulan depan tak payah bagi duit lah, i boleh bayar smua.
Lepas tu dengan tak ade perasaan bulan depnnya memang betul dia tak bagi duit. Saya hairan mana lah pgi duit dia, sedangkan dia hanya bayar rumah, parents dia, yang saya isteri dia ni tak merasa duit dia pun, tu pun dia asik tak cukup. Btw gaji dia banyak. Kira bayaran rumah tu hny 40% dari gji dia.
Korang ada tak jenis suami macam ni? Macam mna korang bawak bincang ye supaya dia ambik tahu pasal nafkah? Saya buntu sebab tak nak anak tak de ayah. Sebelum korang cakap minyak kereta dan tol semua, semua tu company dia tanggung, makan je lah dia bayar sendiri.




