Min..aku berumur 34..suami berumur 36.mula2 kami kahwin hidup susah.kais pagi makan pagi kais ptg mkn ptg.tp aku tetap setia dengan suami dan yakin ada rezeki yg Allah rencanakan buat kami. Alhamdulillah kami dikurniakan 2 orang anak yang comel, sulung 5 tahun yang bongsu baru setahun setengah. suami pun dapat kerja yang gaji agak lumayan. suami tak izinkan aku berkerja lagi. sepanjang perkahwinan kami bahagia, gaduh sikit2 tu biasa la.
sampai 1 hari Allah uji kami suami jatuh sakit dan terlantar 2 bulan setengah kami teruskan hidup dengan duit simpanan kami. saya jaga suami, urut dia, berdoa supaya dia cepat sembuh, masak yang sedap dan berkhasiat untuk dia walaupn tak mewah. segala2nya saya buat sendiri dengan anak yg kecik masa tu baru masuk 3 bulan. ank kedua saya bersalin czer. Allah je yang tahu macam mana saya menahan sakit masa tu dengan anak2, dengan suami yang terlantar nak urus dia. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan saya. suami diberhentikan kerja masa tu.
Dengan berkat kesabaran. Alhamdulillah suami da sembuh. dah dapat kerja baru yang gajinya lebih sedikit dari kerja sebelum sakit. makin hari rezeki makin bertambah.. alhamdulillah. Tapi langit tak selalu cerah, bila dah makin senang suami makin lupa diri lupa anak2 bini nafkah semakin culas. bila ditanya akan dimarah dimaki. anak2 semakin takut dgn ayah mereka.
1 hari kantoi suami whatsapp ber’sayang’2..’i love u’..’rindu’ dgn perempuan lain. mereka janji nak berjumpa dihotel luluh hati ini apa dosa saya gugur airmata saya.
Bukan 1 perempuan tp 2 mungkin lebih. Saya nasihatkan suami malah saya dijerkah.saya sedih..pengorbanan saya,kesetiaan saya kepada suami dipersia.doakan saya kuat dan jumpa jalan keluar untuk masalah ini ye kawan2 semua.tq min.




