Salam admin. Saya nak minta pendapat sini sementara tunggu apoinment kaunseling pejabat agama Saya ada konflik dengan keluarga mertua yg punca mereka suka masuk campur dan agak dengki dgn sy. Termasuk keluarga sy pun mereka dengki.. Mereka xsuka suami sy rapat dgn keluarga sy.. Sedangkan rumah kami dekat dan mereja jauh. Jd logikla kami agak rapat sbb mak ayah sy pun baik. Bukan nak puji tapi hakikat. Suami sakit pun ayah sy tlg jagakan sbb time tu sy pregnant xlarat. Abang dan kakak sy pun byk bantu kami masa awal kahwin.
Dipendekkan cerita mereka start reka cerita sbb xpuas hati. Bila jumpa sy ade je benda nak tegur katanya sy penyebab suami lupa keluarga sendiri. Sedangkan suami kerap call kampung, dlm wasap group pun saling borak. Masalahnya dgn kakak2 ipar pun sama. Dok mengapi dan cakap suami lupa adik beradik sendiri. Kami pun xtau la nk buat camne lg. Sampai sy menjawab dgn mertua sy sbb geram sgt tuduh sy bukan2. Dah mcm pijak kepala pulak.
Benda jd makin teruk selepas tu.. Suami dipulau keluarganya.. Waalaupun mereka xcakap terangan tp tindakan mcm suruh suami ceraikan sy. Pressure suami, pulaukan dia, bila die call ayah die xnak angkat. Sampai memalukan sy depan orang, komen mengaibkan sy di facebook suami. Mcm2 la. Jadi sy sgt xtahan hingga sy sekali keguguran sbb stress yang amat. Disebabkan kebencian tu, sy xbalik umah mertua dah. Pernah cuba tp xde kebaikan. Jd bergaduh, saya ditolak ditengking oleh kak ipar dan Mertua berlaku kasar tarik tangan saya keluar kereta sampai mak ayah sy jd risau sangat fikir nasib sy. Tapi jauh disudut hati sy nak berbaik tp sy takut sangat.
Sy takut jika pegi lagi sy dihalau atau ditengking lg.. Suami suruh saya ikut juga balik kampung dan cuba sekali lagi tapi Saya takut sgt. Jd nak mnta pendapat perlu ke sy ke rumah mereka lg sekali? Perlu ke sy betulkan lagi keadaan atau biarkan shj? Sy buntu juga. Sbb kalau sy xcuba selesaikan suami sy akan stress dan akan ckp sy xnak mengalah. Mohon pendapat tp jgnla mengecam.. Please ??




