Hidup menyewa jauh dari bantuan keluarga,di saat baru bina rumahtangga dalam fasa pertama, kadang kadang ia terlalu perit, sampai terpaksa guna duit raya anak.Tapi kami harungi juga walau kadang ribut petir, masam pahit kena hadap, berbaik demi kelangsungan hidup.
3 tahun dirumah mertua yang cukup selesa, suami jadi terlalu manja, makan pakai anak dan isteri ditanggung mak ayah dia sebab suami hanya kerja kampung.
Atas alasan saya sebagai menantu yang menumpang saya balas dengan jadi kuli dalam rumah tu. semua kerja saya buat dari pagi smpai malam. Dengan 2 orang anak kecik, jumlah kesemua ahli rumah 8 orang termasuk mertua dan 2 orang ipar lelaki. Paling mencabar adalah batasan aurat sepanjang hari mula mula saya tahan buat semua kerja dengan berlitup bagai cukup 3 tahun ia mula mendera mental. Segalanya saya adu pada suami.
Saya penat dan stress dengan batasan aurat sepanjang hari. Tapi suami pekakkan telinga, butakan mata. Ikutkan hati saya nak betkurung dalam bilik dengan anak2 lepas settle kerja, dapat baring buka tudung. tapi saya bukan jenis camtu, mereka berkumpul depan tv, saya akan join sekli sambil lipat kain, yang lain hanya goyang kaki.
Mertua dua dua kerja, jadi malam masa untuk berehat. tak ade sape tolong saya, suami cuma boleh tolong jaga anak. Sekali pun tak tolong saya buat kerja rumah hatta kupas seulas bwang.
Saya pregnant 9 bulan tetap jadi tukang masak tukang sapu sampah tukang lipat kain, no rest kecuali saya betul2 tak larat. Saya terdera dirumah itu walaupn rumah besar dengan 6 blik, luas, dan ber aircond.
Saya nekad, saya menangis di tikar sejadah semahunya hampir tiap malam, ya rabb, bantu saya! Rezeki datang tanpa diduga, saya dapat kerja walau gaji bawah rm1k.. Dengan pertolongn kawan, saya dapat cari rumah sewa berdekatan tempat kerja, 20 minit sahaja dari rumah mertua, saya pujuk suami untuk pindah keluar, suami tak setuju. Cakap dengan mertua, mereka lagi tak setuju.
Saya nekad lagi, saya pergi jumpa owner dan bayar deposit pkai gaji pertama.
done! Suami tpksa ikut pindah, cuma dia cakap ” lepas ni jangan komplen duit tak cukup ” Alhamdulillah dah setahun kmi menyewa, saya kini bahagia, saya boleh cuti buat kerja rumah sesuka hati saya, saya bebas berpakaian, saya bebas masak sesuka hati ikut selera sendiri, saya bebas main dengan anak2.. saya kini merdeka!
Di rumah kecik hanya 2 blik.. rumah papan sahaja, tapi saya bahagia dengan keluarga kecik kami. walau kami kesempitan wang, Allah sentiasa bantu walau dengan cara apa sekalipun.
Suami tidak lagi protes, hubungan saya dan suami lebih erat, walau ada badainya.. dia tetap tak ada kerja tetap tapi lebih rajin dari dahulu,,tidak lagi mengharap mak ayah.
Kami bertahan kerana saling memahami bahawa ini dugaan dalam fasa pertama perkahwinan. Bertahan walau apa jua yang datang. inshaAllah. Disini bukanlah saya nak memburukkan mertua, suami atau sesape sahaja, cuma saya nak pesan kepada yang senasib dengan saya..
Berserah, mohon sesungguh sungguhnya dengan sepenuh jiwa raga pada Allah, pasti Allah makbulkan. Kemudian bila dapat peluang tu, jangan kita renggangkan hubungan dengan mertua/family.
Jangan pisahkan suami dengan family dia. Tetaplah berbaik, pahit macam mane pon jage hubungn baik dengan orang tua.
Jangan hanya menadah tangan. Bangkit dengan usaha! Tak ade sape boleh ubah nasib kita kalau bukan kita sndri.
Ya saya tahu rezeki kita lain lain, tapi saya yakin Allah tetap bantu kalau kita sndri nak berubah.
Saya keluar dari rumah mertua bukan kerana saya malas nak buat kerja rumah lagi, saya di rumah sendiri pun tetap buat kerja rumah, cuma tahap keselesaan itu sangat berbeza, itu yang memberi bahagia. Ade yang mengatakan, bahagianya sebuah istana itu bermula apabila pemaisurinya turut bahagia. Yeke?
Semoga bahagia milik kita semua, kejar bahagia, jangan ditunggu!




