Sekali kau dah calarkan hati pempuan.. Sampai bebila kepercayaan pada ko bukan lagi 100%. Selagi kau tak perbaiki diri, kepercayaan tu akan makin berkurang. Sampai satu tahap, perasaan lali muncul.. N dia da tak kisah pun samada ko ada or tak kat sisi. Dia mula asingkan diri, cipta bahagia sendiri walau tiada kau di sisi. Tak sabar nak tunggu anak-anak besar sikit.. Boleh pergi jauh tinggalkan manusia pentingkan diri ni. Satu persatu petunjuk Allah beri untuk aku faham makna hubungan ni.
Serius, aku hanya bertahan untuk anak-anak. Jauh dalam lubuk hati aku, kau bukan lelaki yang ku cinta dan sayang dahulu. Teruskan dengan kedegilanmu. Mungkin aku tak sesuai denganmu.. Kau akan jumpa yang jauh lebih baik dariku untuk membahagiakan mu. Aku bukan untukmu.. Dan kau bukan untukku.. Hubungan ini semata-mata ujian untukku mencari diri.
Terima kasih semua, aku ni surirumah sepenuh masa. Anak-anak kecil lagi. Aku selalu penat, memang air mata ni peneman setia aku. Suami macam biasa, leka dengan aktiviti bersama kawan-kawan sampai awal pagi. Dia selalu sorok-sorok dengan aku, tapi biasanya aku dapat tau juga. Dah penat berjimba, balik rumah terus dengkur. Esok sambung lagi rutin sama. Orang kata 5 tahun pertama perkahwinan susah sebab fasa nak bina hidup mengenal hati budi. Tapi aku? Hujung tahun ni genap 10 tahun usia perkahwinan, anak nak masuk 5. Suamiku masih begitu, aku masih begini.
Anak kesayangan mak ayah, kelulusan degree, dapat kerja bagus, gaji besar. Masa zaman kerja dulu, dah penat di tempat kerja balik rumah berentap dengan urusan kerja rumah. Dari anak sorang sampai anak 4 orang. Kerja rumah tak siap malam, curi masa waktu lunch 1-2pm balik siapkan kerja rumah sebab tak nak bila balik nanti spoil mood rumah bersepah kerja banyak tak siap. End up, terpaksa lepaskan jawatan pengurus masa anak 4 sebab dah tak tertanggung stress urusan rumahtangga + komitmen tinggi tempat kerja.
Aku decide kerja sendiri dari rumah, jaga anak-anak sendiri, a-z aku uruskan. Suami gaji kecil, nak tak nak memang aku kena buat bisnes dari rumah sebab komitmen tinggi rumah, kereta, personal loan, sara hidup dan banyak lagi. Aku yang nak anak ramai, sebabnya ini je la harta aku.. Suami aku takde kat sisi aku. Anak aku yang paling besar 8 tahun, 2nd 7 tahun.. Diorang banyak tolong aku buat kerja rumah, kat rumah kami selalu solat jemaah sama-sama. Anak sulung dah pandai jadi imam, dari takbir sampai la doa bahasa arab yang panjang tu.
Yang mana aku harap dari suami dari awal kahwin tak dapat, aku dah dapat dengan anak-anak. Terharu dengan aturan Allah. Aku kerap menangis, dia tenangkan dan minta maaf. Tapi, dia tak pernah perbaiki pun segala silap. Dia silap, aku dah lupa segala-gala lepas dia pujuk n tenangkan aku. Setiap memori terlekat kemas dalam ingatan, mana boleh lupa.
Maaf suamiku, aku dah cuba jadi isteri terbaik. Tapi, ini lah perasaanku.. Sedih yang tiada penghujung. Teruskan lah dengan caramu kalau itu yang membuatmu bahagia. Hubungan ni memang ujian untukku perbaiki diri.
Dulu, kalau solat rasa tiada jiwa. Bila diuji bertubi-tubi, mampu menangis bangun solat setiap malam merintih mengadu pada yang maha mendengar, yang maha penyayang, yang maha mengasihani.
Sebab apa, aku dah tiada tempat lain nak mengadu. Mak da meninggal, nak cerita ke orang lain risau buka aib suami. Sedih sangat.. Nangis je semahu yang boleh, lepas tu mulakan hidup baru, kuat semangat untuk anak-anak.




