Salam untuk warga krt. Admin tlg hide kan profile aku, aku seorang isteri dan ibu anak seorang. Sebenarnya berkali2 aku nak meluahkan dekat page ni tapi asyik tak jadi. Entah la. Aku baru2 jugak melahirkan anak 1st aku. Masa dalam pantang aku kerap stress sampai kul 2 3 pagi menangis meraung2, punca suami aku bukan seorang suami yang boleh menolong aku jaga anak. Aku penat, aku pantang sendiri dan separuh lagi pantang di rumah mertua. Suami aku jenis berkira dari semua segi, baik berkenaan nafkah dan tolong jaga anak.
Dlm pantang anak aku kerap menangis mlm. Asal kul 12 malam je meraung macam kena puk*l. Suami aku jarang pegang anak aku. Boleh kira dengan jari masa tu. So memang aku penat sangat. Anak menangis pun aku yang salah. Atas tekanan tu aku depress sampai rasa nak mati dan kel*r tangan aku sampai berdar*h2 . Aku sampai nak bun*h suami aku. Byangkan pempers anak sampai anak nak setahun tak reti tukar, tak pernah pakaikan baju anak anak melalak sikit habis aku dihamun oleh dia.
Tak reti jaga anak la mmg habis keluar ayat2 mencar*t dekat aku. Cuma baru2 ni je dia baru nak tlg aku mandi atau tlg jaga anak. Itu pun habis di ungkitnya dulu penat la itu la ini la. Sdgkn tugas dia keje untuk byr hutang saje. Nk mkn dah ada . Baju dah siap semua. Dia tinggal balik rehat je . Aku ni mmg takde waktu rehat mana. Mlm berjaga kalau anak nk susu. Aku pernah kejut dia tlg buat susu sementara aku pujuk anak menangis. Dia marah aku katanya esok nak keje. Aku pun takpelah. Tinggal anak meraung dan buatkan susu.
Bayangkan aku dah siap2 kan susu dlm bekas sukatan, air panas ape semua ada dah tepi katil pun dia tak nak tolong aku buat. Malah kena marah. Jangan la mintak tolong apa2 memang habis diungkitnya segala nafkah dan dia bekerja tu. Suami aku jenis kedekut sangat2 even kalau aku nak beli apa2 dan duit aku tak cukup rm1 dan suruh dia bayar pun dia akan mintak aku ganti. Aku surirumah . Dia memang bagi duit dekat aku tiap2 bulan. Tapi dengan duit tu la cover duit mkn lauk2 basah aku guna untuk masak. Dan kalau duit tu habis dia mmg takkan bg dah. Dengan anak pun kedekut. Nak beli apa2 brg anak habis simpanan dia berkira.
Pernah masa tu anak aku demam dan bawa g klinik. Aku kena bayar separuh duit klinik anak aku. Aku surirumah yang mmg tak keje. Cuma ambik upah 2 hari sekali untuk bersihkan lauk2 untuk di masak. Dpt la rm10. Baju anak byk dari orang bg. Dia beli boleh kira dengan jari. Biasanya aku yang kumpul duit untuk beli baju anak aku. Sampai aku tak tahan dan nak keluar dri rumah. Btw, kami menumpang rumah mertua. Mertua aku ok je jenis tak masuk cmpur hal anak2. Dan aku pernah la mengadu pada family aku sebab aku masa tu mmg rasa nak mati. Dia ungkit segala aib aku mengadu pada family aku. Dia aibkan aku pada family dia, dia tak kira pulak.
Ni nak raya ni baju anak dia kata nanti amik la duit dia beli sehelai baju untuk anak lepas tu disuruhnya ganti kalau bsh masuk nanti. Dengan orang kemain di sohornya cari duit untuk anak bini. Padahl nak merasa pun payah. Asal dia bayar susu dan pempers anak cukup katanya. Yang lain2 takyah. Spenda aku pun aku kumpul duit untuk beli. Orang tgok aku senang macam takde masalah. Tapi aku puas tahan. Aku jd tak ikhlas dengan dia sebab semua nafkah diungkitnya.
Sampai aku rasa taknak ambik sikit pun duit dia. Biar dia jawab kat akhirat nanti. Dia sentiasa rasa tak cukup. Selalu bising dengan aku duit tak cukup. Dulu aku boleh redha bila apa dia bg diungkit. Semua berkira. Tapi dengan anak pun dia lyn macam tu aku tak boleh redha lagi. Nak angkat kaki mmg nk sangat. Sebab makin hari aku makin benci dengan dia dan layanan dia. Mulut tu manis bila nak ehem2 je. Kalau tak mmg hamun je aku dpt. Aku tau aku berdosa sebab benci suami sendiri. Tapi dia yang ajar aku macam ni. Maaf kalau belit2 sebab aku tak pandai mengarang ayat. Terima kasih




