Salam krt .. mohon hide profile aku
Aku nak mintak pendapat dekat geng2 krt … aku kawen muda , dah ada ank dah sorang … dah 2 tahun aku kawen nafkah aku tak pernah diberi sepenuhnya walaupun suami aku mampu beri . Kalau dikasi pun mesti kitaorg bergaduh dulu bertengkar laki bini . Rm100 tu untuk setahun gamaknya .
Hal dalam rumah semua aq sendiri yang uruskan sorang . Aku taknak doakan laki aku bukan2 tapi ada masa tahap kesabaran tu kita tak boleh control lagi .. Suami anak sulung , dia tolong mak dia meniaga , hari2 pergi kerja sampai xde masa untuk keluarga cuti 1 hari pn susah . Sampai ank sakit masuk wad pn semua serba serbi diri sendiri yang uruskan kadang2 rasa macam buat apa aku ada laki kalau laki pun buat tak endah . Mak mertua aku jenis suka kongkong anak , apa anak dia nak buat semua kena bagi tau die ..die control hidup ank dia serba serbi..
Kadang2 aku rasa mcm aku ni tunggul tak bernyawa sebab apa pun masalah suami aku tak pernah kongsi kat aku . Hidup aku hari2 penuh tertekan . Aku msuk kat rumah jarang suami aku nak makan kadang2 tebgok pun tak , kalau makan pun ada je komplen . Aku da penat da .. bole jadi gila stress ni ? Suami aku tak pernah beri kesempurnaan dari segi agama untuk aku .. aku jahil walaupun aku islam nak baca quran pun tak reti . Malu nak pandang diri sendiri ? Suami aku solat pun tak pernah .
Aku sedih sangat tak mampu nak luah dengan kata2 tapi aku nak pesan dekat lelaki kat luar sana . Nak jadi seorang suami ni bukan sebab nak beromen je Jadilah lelaki sejati lelaki yang dapat bimbing seorang isteri dan ank2 , takda kemewahan pun tak pe janji bahagia dunia dan akhirat pn ckp la 🙂 … Aku nak tanya pendapat semua yang berpengalaman patut ke aku rujuk masalah aku ke pejabat agama ? Aku buntu skrg ni ?




