Salam warga KRT.. Tolong hide fb saya.. Saya ada masalah yang nak di kongsikan.. Saya suri rumah sepenuh masa. Suami berkerja dengan pendapatan rm50 sehari. Tu kalau pergi kerja tak pergi dah tak bergaji. Biasa la gaji ikut hari. Masalah saya begini. mil saya suka dengan jalan2 nak pergi bercuti. Nak pergi berkelah. Nak balik kampung. Nak jumpa saudara mara. Hujung minggu ni mil ajak balik kampung.. Kalau dekat takpe ni rm100 juga la minyak kereta..
Tu pun tak masuk makan minum lagi.. Bagi kami rm100 nih besar kerana kami takbergaji ribu riban.. Kalau kakitangan kerajaan pun tak pe dah. Suami bulan banyak nak pakai duit.. Rm400 untuk kereta.. Api, air, sewa rumah dan susu anak2 lagi.. Saya ada anak 2orang kecik 2tahun.. Yang besar dah sekolah.. Saya kalau boleh tak bagi suami ikut kehendak ibu dia hujung bulan ni kerana suami gaji awal bulan dan kami ada duit untuk cukup2 tunggu gaji tu pun dah habis berjimat..
Mil saya kalau tak ikut kan ada la benda yang di burukan pada anak menantu yang lain mil saya nih jenis suka laga2 kan anak menantunya ada yang sampai tak bertegur sapa termasuk saya sendiri.. Tapi gaduh kami smua tak lama la. Suami ada 6 orang adik beradik. Yang sulong, lelaki. Kerja suami isteri. Yang ke 2, lelaki.. Kerja suami isteri. yang ketiga, perempuan.. Kerja suami isteri. Yang ke 4 suami la.. Kerja sorang. Yang ke 5 perempuan,suami dia je kerja. Yang ke 6 perempuan takkhwin lagi. Kerja k.l.
Suami tak pernah tak ikut kemahuan ibu dia. Bulan2 mesti bagi.. Yang bagi suami saya sahaja.. Mil la yang cakap yang lain tak pernah bagi duit kat mil saya.. Kalau suami saya tak bagi mil akan minta.. Duit bulan2 lagi nak jalan2 lagi sebulan sekali.. Mil tahu, akan ingat suami saya gaji bila.. Sampai tahap mil saya tanya bagi duit kat saya banyak nak buat apa.. Kenapa bagi kat dia nk beli beras ikan sayur pun takckup.. Ayah mertua saya menoreh getah atas tanah sendiri..
Mil saya dengan adik brdik suami yang lain tak pernah nak mengatur macam ni.. Kerana yang lain dari dulu lagi tak ikut kemahuan mil. Kalau suami pulak taktergamak katanya nak lukakan hati ibu dia.. Hati saya yang selalu makan air mata tak ape.. bagi suami syurga terletak dia telapak kaki ibunya. Tolong la warga KRT.. Bagaimana saya nak nasihat suami jangan sangat ikut kemahuan ibu dia.. Saya dan suami selalu bergaduh pasal duit.. kalau pasal lain kami tak pernah nak gaduh.