Hi admin. Saya sekadar nak luah isi hati je, saya rasa masalah saya tak besar mana tapi saya masih rasa nak meluah disini. Masa tahun pertama perkahwinan, saya dan suami tinggal di rumah mertua, but basically tu rumah suami sebenarnya, sebab rumah mertua dulu kena lelong dengan bank dan suami beli semula. Jadi atas sebab komitmen suami besar kena bayar rumah (banglo), kami tinggal dulu kat rumah tu masa baru kahwin. Jadiknya sepanjang tinggal rumah tu saya selalu makan hati dengan MIL.
MIL saya mulut dia, saya dapat rasa semua menantu tak suka dia. Dia suka mengumpat menantu2 dia yg lain depan saya. Menantu dia yg sulong tu dia suka hina cakap orang kampung tak sedar dirilah, macam2 dia mengata. Menantu dia yg sulong tu memang picky eater, banyak benda dia tak/tak boleh makan, nak buat macam mana kan, selera tak boleh paksa. Mil boleh cakap “dia tu orang kampung tak sedar diri, padahal dekat kampung dulu kutip2 je makan benda tepi jalan.” Start dari situ, memang rasa woww sangat mulut orang tua ni memang kurang ajar.
Fyi, mil ni boleh kira orang bandarlah, memang lahir di bandar tapi bukan orang senang pun family mil ni duduk bandar menyewa, sampailah mak ayah dia meninggl pun masih lagi menyewa dan tak ada rumah sendiri. So bila dia mengata menantu dia, saya rasa annoyed menantu dia yg lagi sorang pun dia suka kutuk malas masak dan jaja cerita dekat menantu sulong yg dia kata ‘orang kampung’ tu. Dia keep on repeat benda sama, kutuk kutuk kutuk.
Saya rasa hidup saya penuh negativity dalam rumah tu. Saya pun dia selalu hina ‘orang kampung’ jugak sebab saya memang lahir dan dibesarkan dikampung sebab parent saya dah settle down nak hidup dikampung lepas dah lama berhempas pulas carik rezeki dibandar, tapi saya gelak je sebab saya tahu keluarga saya jauh lebih berharta. Kadang kesian, dah nak pencen baru mil nak merasa duduk rumah besar, sebab tu dia punya bragging lain macam, baru nak rasa nak hidup senangkan. Tapi tulah, sebab mulut dia jahat terus kesian tu jadik benci.
Mil tu bulan2 makan duit pencen, tapi dia mintak duit dengan suami saya macam mintak hutang. Saya tak kisah lansung suami nak bagi berapa banyak pun duit dekat mak dia sebab itu mak dia yg lahirkan dia, yg cuma saya benci dan sakit hati sangat bila dia mintak duit menengking2, kadang2 suami saya memang tengah sesak, yelah bisnes ni bukan memanjang untung banyak, jadik kadang2 memang terpaksa delayed 2 ke 3 minggu nak bagi duit kat mak dia, sebab nak kena rolling modal untuk bisnes dulu. Tapi mak dia tak paham, marah menengking2 bila lambat bagi dia duit. Anak2 dia yg lain dia tak buat macam tu ya. Dengan suami saya je dia macam tu.
Ada lagi satu insiden yg paling rasa sentap bila, dia suruh tambah lagi duit bulanan yg dia bagi dekat fil, atas alasan saya duduk rumah tu, jadik barang basah yg fil beli untuk rumah tu pakai duit fil, so suami kena bayar. Maksudnya, duit bulan2 yg suami untuk fil and mil tu lain, duit belanja rumah lain. Fuh, dia ingat rumah yg dia tinggal tu siapa yg bayar beribu sebulan tu? Yg mintak suruh tambah duit tu mil ya, fil tak cakap apa2 pun. Dia pun terkejut. Padahal saya on diet, makanan saya makan saya beli sendiri. Mak dia macam saja nak tambah beban suami giler2 lepas dia kahwin dengan saya.
Jadik masa tu saya cakap dengan suami, whatever it takes, saya nak keluar dari rumah tu. Saya nak duduk rumah sendiri, kalau tak cukup duit, kita ikat perut. Makan nasik lauk telur hari2 pun tak kesah dah masatu.
Masa suami dah sewa rumah lain, suami tak cerita pun dengan mil. Suami selalu outstation, and saya tak kerja, bila dia outstation dia memang akan bawak saya, bila kami tak balik rumah 2 ke hari 3 tu perkara biasa, mil ingat anak dia outstation. Dah 2 ke 3 minggu lepastu baru cerita. Masa tu mak dia memang drama giler lah, fil memang marah mil “awak cakap apa kat fa*q sampai dia merajuk?!” ni suami yg cerita. Mak dia siap buat nada sedih “fa*q janganlah tinggal mak terus”. Time tu rasa sedih jugak, tapi bila teringat suara dia yg suka menengking2 tu terus saya rasa “whatever ” Rumah sewa kami selang dua taman je dari rumah yg mil tinggal tu, hari2 suami datang tengok mak dia. Bukan terus abaikan orang tua dia pun, cuma its time for us to live on our own.
Bila saya dah mengandung ni, dia suruh saya pantang kat rumah dia, dalam hati saya memang not ever lah. Dulu masa saya belum mengandung kemain dia tengking2 saya cakap saya tak doalah, cakap saya yg tak nak ada anaklah. Saya sabar je, sekarang takyah lah nak sibuk decide life saya. Bersyukurnya saya, lembut2 suami dengan mak dia pun, when it comes to his wife, dia tegas. Takde sape boleh decide life wife dia.
Pengajaran dia, yg belum ada berkahwin dan yg belum ada calon suami tu, cariklah calon suami yg anak yatim. Ok2 melawak saja. Semoga kita semua jadik mertua yg baik satu hari nanti, jauh dari perangai mulut berlaharkan neraka.




