Assalamualaikum. Sebenarnya tak tahu nak mula dari mana.. niat bukan nak membuka aib sesiapa.. cuma sekadar berkongsi dan jadikan pengajaran buat semua. cerita ni mungkin agak panjang hope korang sudi laa baca. aku berkahwin baru setahun lebih dan dikurniakan seorang anak baru nak masuk 3 bulan.. masa awal perkahwinan ya memang bahagia.. sape tak bahagia kan masa awal2 kahwin hehe..
Aku disahkan mengandung awal bulan 12 tahun 2017.. siapa tak suka bila dapat tahu pregnant kan.. hari demi hari berlalu..
nak dijadikan cerita , sepanjang perkahwinan mesti ada pasang surut.. gaduh itu ni.. bagi aku kalau gaduh2 biasa , gaduh mulut tu biasalah.. but dalam kes aku lain.. ye , aku akui yang aku ni keras kepala , ego.. tapi bayangkan laa kalau setiap kali gaduh apa yang keluar dari mulut aku sentiasa salah.. bila aku diam salah , aku menjawab salah..
Aku senyap sebab tak nak besarkan masalah.. bila aku menjawab benda tu akan jadi besar.. sebab yela masing2 tengah panas.. tapi bila dia dah naik angin , baran dia sampai memang muka ni jadi mangsa tamparan dia.. bila dah kena tu , time tu juga aku redha kalau dia buat apa2 kat aku.. bukan sekali terjadi.. berkali juga.. sampaikan masa aku tengah mengandung pun aku kena tampar dengan dia..
Masa mengandung kerap juga aku check in hospital sebab bleeding.. punca pun doc tak tahu.. Masa mengandung sakit2 bleeding aku layankan juga dia and family dia.. sampai kan hati aku sendiri tak terjaga.. aku terlalu banyak memendam.. anak pun lahir awal.. 37 minggu lahir sebab dia pun tak tahan rasanya tengok ibu dia ni stress hari2.. bila anak dah lahir pula lain ceritanya..
Bagi setiap ibu yang lepas bersalin mesti nak jaga diri balik rest cukup2 lepas bersalin kan ? tapi aku tak.. apa yang aku dapat adalah stress setiap hari.. hari2 menangis.. sebab aku tertekan dengan sikap suami aku sendiri.. bayangkan lah kita yang baru lepas bersalin ni yang kena berjalan bawa cucu jumpa nenek dia.. dengan sakit jahitan tak elok lagi pastu dengan jahitan tu terbuka pulak.. kita gagahkan diri pergi juga.. yang suami tahu cakap ‘tu mak dia , so kita yang kena pergi sana’
Hati siapa tak terguris bila suami sendiri tak faham keadaan kita lepas bersalin. dengan banyak daa rah hilang , urat putus lepas bersalin semua.. yang dia nampak sebab aku ni sihat.. Allahu.. aku ni dalam pantang 2 kali demam 2 kali juga aku meroyan.. kejadian ni berlaku depan mak ayah aku sebab aku berpantang kat rumah family sendiri.. masa ni juga semuanya terbongkar.. dia juga mengaku yang dia memang pernah tampar aku depan ayah aku.. so ayah and mak mana yang redha anak dia ditampar oleh orang lain.. sedangkan dia sendiri tak pernah naik tangan kat anak dia ni..
Setiap kali ada isu , dia memang akan menangkan family dia.. masa dalam pantang berapa kali je dia dengan kita orang.. kalau ikut logik akal laa kan , patutnya orang sihat datang melawat orang sakit.. yang aku cukup terkilan , fmly mertua aku ni pergi jalan jauh2 makan2 boleh pulak.. tapi nak datang melawat cucu dia masa aku tengah pantang tak kan tak boleh.. yang dia cakap kalau tak boleh keluar rumah habis yang pergi klinik hospital boleh pulak? mana tak runtun hati ni..
Bila suami sendiri tak faham isteri baru lepas bersalin , bertarung nya wa lahirkan zuriat dia.. bila aku cakap dekat suami aku yang kena marah.. dia tetap menangkan mak dia.. aku tak salahkan dia back up mak dia ke apa.. tapi fikir laa juga aku ni isteri dia.. memang sepanjang perkahwinan aku banyak memendam rasa dengan suami aku.. masa pantang tu airmata je peneman aku..
Belum masuk lagi adik dia up story kat ig bod0hkan aku bod0hkan mak ayah aku bagi family dia HAR4M mak ayah masuk campur hal rumahtangga anak.. tu aku tahu hukum hakam.. tapi kalau libatkan keselamatan anak dia ni yang sampai nak bunn uh diri kau rasa dorang nak dok diam ? tunggu aku MAT1 baru nak masuk campur ? kadang2 tak faham dengan orang macam ni.. cakap bab hukum pandai tapi diri sendiri kekadang tak betul..
Mak ayah aku dah dengar dari pihak aku dan suami.. tapi belah sana tak dengar dari pihak aku.. bayangkan laa kalau MAK MERTUA SAMPAI TAKUT DENGAN MENANTU.. acano tu ? and sampai bila2 ayah and mak aku tak redha suami aku tampar aku.. mak ayah aku pun dah tak boleh tengok muka dia.. dalam pantang berkali2 tanya apa keputusan aku.. dan aku dah pun buat keputusan untuk berpisah..
Bila dah buat keputusan baru tahu nak pujuk bagai.. mak mertua nak merayu semua.. and sorry to say , keputusan muktamad.. tak mustahil benda ni akan berulang.. and 12/9 haritu aku dah pun buat tebus talak.. dan akan naik mahkamah khamis ni.. kalau nak cerita panjang lagi.. cukup laa luahan sampai sini.. semoga ada sinar kebahagiaan buat aku selepas ni.. in shaa Allah.. terima kasih sebab sudi baca sedikit luahan hati ni.




