Hai admin2 .. Ni fake acc.. Saya dah lama bersabar, saya dh lama pendam hati min sehingga memakan diri sendiri.. Saya orang kampung khawin dengan orang bandar , umur saya masih puluhan. Saya kawin pun sebab saya dh telanjur mengandung pada tahun 2015, fikiran saya hanya ingin buat sijil kelahiran anak dan anak ada bin/binti .. Dan kami balik ke kampung untuk uruskan segala adat, sebelum orang tua dan orang kampung setuju diorang ada buat surat perjanjian, wang hantaran rm10k .. Dan segala di tulis di satu surat Sebulan sebelum saya bersalin.
Dan sebelum saya bersalin saya ada cakap dengan suami, saya tak mau tinggal dekat keluarga dia . Sebab abang dia kakak dia smua kalau cerita saya rasa 1km boleh dengar. Jadi saya tak rasa itu sesuai utk anak saya, tpi suami paksa tinggal. Dari situ saya mula meroyan min.. Saya banyak diam dan tak banyak cakap. Oya masa saya masih bcinta ada kes mak mentua marah saya, padahal salah anak dia bukan saya. Lepas tu saya ajak suami putus tapi dia ckp saya nak hidup dengan dia bukan keluarga dia… Pantang sebulan d kampung lepas tu ikut suami, suami pula tak duduk rumah asyik keluar dengan kawan sampai sllu minta duit mak dia.
Banyak lagi saya nak cakap min tapu terlalu panjang. Duit gaji pun masa tu 150 saja dia bagi, tak perna tau berapa gaji dia. Dia suka menipu . Tak perna jujur dengan saya. Masa meroyan selalu saya geram tngok baby saya tak ada kawan untuk luahkan, tapi apa keluarga dia takkn faham apa pun.. Kami tak perna cerita min.. Dri satu hari dalam rumah tu bgaduh antara saya dengan mak dia n kakak dia. Sebab baby menangis saya hanya berkurung dalam bilik shaja, makan pagi pun tak ada padahal baby menyusu badan. Lapar sangat. Mak dia n kakak dia tolak pintu trus bising2 dengan saya , kakak dia pula ckp jgn sampai saya lempang kau. Geramnya saya masa tu
Dri situ saya rasa terlalu jauh untuk menegur mereka lagi. Saya dah takut nak sentuh barang masak atau apa2 pun dalam rumah tu, jadi saya tak perna masak. Apa yang patut dimasak bukan suami yang beli barang dapur semua. Sebab apa, kenapa tak nak nasihat anak dia. Sampai mak dia meninggal tahun lalu lelaki tu salahkan saya.. Banyak yang saya fikir sekarang, kami tak ada rumah, kami kosong sahaja. Dari dlu menumpang rumah orang dah banyak kes gaduh pun suami tak nak ambik apa2 tindakan.. Kami tak ada kereta, hanya ada motor tpi msih terhutang bayaran bulanan.
Yang saya pula, saya fikir saya tak ada masa depan, epf tak ada , socso tak ada.. Kami sekarang hidup seperti biasa tapi tak perna cerita hal rumahtangga, dia tak perna bincang apa2 dengan saya, dia lebih banyak bercerita dengan kwn2 dia tentang masalah dia dan orang terdekat. Saya tak tau apa. Hanya duduk dalam rumah dan jadi tunggul. Dia selalu sakitkan hati saya dengan ungkit masa lalu, dia fikir masa lalu dia baik sangat. Sampah je min. Sekarang ni hidup kami mcm biasa sebulan dia bagi rm300.. Duit itulah saya guna utk beli makanan baby dan saya, jarang sekali beli peralatan atau baju. suami suka pendam, tak banyak cerita dengan saya. Dengan orang lain mulut manis dengan saya muka masam .
Bila dh marah pukul pula. Masuk bulan lalu dah kali ke 4 dia pukul dan sepak saya hanya kerja saya melawan cakap dia atau tak buat apa dia suruh satu kali kepala saya biru dan benjol , yang keduanya teruk 2 hari sakit leher dan badan .Dia ingat aku duduk rumah senang, melayan bosan hari2 , hanya menanti siang dan malam. bawa keluar jalan2 pun tak . Saya tak perna cerita masalah saya di kg atau dengan kakak atau adik beradik. Saya rasa mereka smua tak bole percaya. Serius ! Kadang2 tu suami sms kakk ipar dan abg saya semua tpi diorang tak bagitau dengan saya. Jadi saya jadi bualan cerita dr satu keluarga ke kg. Keluarga sendiri mencaci, saya dah lama depresi dengan keadaan mcm ni. Saya dh banyak kali fikir mcm mana nak bunuh diri dan macam mana nak lari.Saya tak tau nak buat apa . Tiada siapa nak bantu saya.
Saya takut jika kali ini saya akan kena pukul lagi hanya kerna tinggikan suara dengan dia. Dia ada ugut saya banyak kali, dia ckp kita tengok siapa yang tinggal dlm rumah ni dan siapa yang melayang dari ruma ni. Saya ada satu anak pompuan, , saya nak balik ke kg dan selesaikan hubungan dengan lelaki ini tpi saya tak ada duit. Saya kosong. Balik2 saya tanya lelaki ada duit ka tiada tp selalu jwb tiada. Tpi cuba kalau orang lain tanya, semua ada. Dia simpan duit sndiri utk kpntingan dia ja. Saya dh sedar semua kesalahan saya terutama sekali memilih lelaki seperti ini. Kalau bole saya nak sendiri. Tolong saya. Apa saya nak buat. Mcm mana saya nak lari dengan baby ke rumah ibu bapa saya.
Duit hantaran 10k ada balace 4k lagi. satu kali saya ugut dia nak bawa bercerai. Tahu tak dia jawab apa, dia jawab baby saya jaga awak bagi saya duit bulan2. Lelaki ckp mcm ni. Padahal duit hantaran pn tak tertunai . Lagi satu kami kawin pn dalam jpn je, selepas tandatangan 2 minggu lepas tu saya dah bersalin. Sepanjang bsalin saya menahan lapar hari2 sakit perut lelaki ni mcm tak jaga saya langsung. Nak anak je. Ada banyak lagi yang saya perlu cerita sepanjang 2 tahun tp terlalu panjang . Semua hanya menyinggung perasaan saya, tak perna buat saya gembira pn dengan baby.