Salam admin. Sekadar nk kogsi sejarah hidup.. suami kantoi dengan aku dia bercinta di dengn pmpuan2 kat fb.. Dia dulu kerja jauh aku duduk kat kg aku selalu cakap dalam hati suami aku kerja jauh sebab nak cari rezeki aku percaya pada dia… Ada sekali bila aku bukak mssgr dia macam2 aku terbaca dia mssgr dengan perempuan .ada yang janda mintak topap mintak duit siap mintak hadiah untuk anak dia dan yang nie aku tak pasti suami aku kasi ke tak.. kalau dia jumpa senyap2
Ada yang dia mngaku bujang.. Ada yang bermacam2 siap hanta2 gambar.. Mula2 aku diamkn je. Tapi hati aku nie terlalu jahat… Aku tak tahan aku tanya dia siap aku rampas hfon dia… aku tanya dia2 tak mengaku aku bukak hfon aku tunjuk kat dia. Dia pukul aku dia rentap rambut aku. dia sepak terajang tapi aku nie jenis melawan juga dalam sakit2 aku2 balas balik Tapi kudrat perempuan sekuat mane kan.. dia tampar dia duduk atas aku dia tumbuk2 kepala aku.. Aku pon salah sebab aku jenis melawan mulut dan aku sepak2 dia. Ada sekali tu aku bangun aku pandang dia2 betol2 dia tumbuk muka aku.. Sampai berdarah sampai aku terduduk dan aku cuma cakap aku berdarah.. Tapi setitik air mata aku pon aku tak menangis masa tu.. Sebab hati aku lebih sakit dari darah yang keluar tu..
suami aku cepat2 ambik kain satu helai kain batik tu penuh darah aku… Dia menagis tengok aku.. Tapi aku pandang dia aku rasa dah tak ada apa2 dia merayu dan aku jangan pergi hospital sebab takot pihak hospital kesan dan nanti kene buat laporan polis. aku tak pergi dia bawak aku beli ubat aku pergi tapi aku dah tak ada apa2 untuk dia.. 3 lapisan kulit aku koyak bawah dagu… Hari2 dia rawat aku setiap saat dia mintak maaf dengan aku.. hari2 dia menangis sampai hati aku dah tak ada. Depan semua orang aku cuma cakap aku terhantuk aku tak jahit luka nie sebab aku nak pergi hospital.
Dah 2 hari aku baru pergi klink swasta tapi jahitan tak boleh jahit sebab lebih 24 jam..aku hanya di nilai lebih dari hfon. dia atau dia lebih sayang perempuan2 yang ada dalam hfon tu.. Takdir aku2 masih hidup dengan dia aku kasi peluang tapi hati aku dalam diam tak ada rasa cinta macam dulu.. Aku hanya bertahan sebab fikirkn ada ank2 dan aku tak ada alasan depan orang sekeliling aku nak pergi jauh. Sebab depan keluarga suami aku baik.. Aku nie memang dah orang cop jahat . Aku hanya teruskan hidup cuma suami aku berubah baik dngn aku sesekali dia angin nak tmpar aku akan cakap aku tuntut setiap setitik darah aku yang mngalir…. Aku masih dendam.