Assalammualaikum Admin dan warga KRT . Hide fb saya ye min. Saya cuma nak luah pasal kakak ipar saya no 3 yang suka bekurung dalam bilik . Dia tak pernah nak tolong mak saya kemas rumah . Dulu masa mula2 nak kahwin dengan abang saya bukan main lagi baik dia min . Saya kerja ofice hour. Pagi2 memang tak sempat nak tolong mak saya kemas betul2 . Cuma kemas apa yang sempat je . Sebab rumah saya awal pagi memang dah sibuk , banyak budak2.
Awal2 pagi lagi memang mak saya uruskan cucu2 dia sebab kakak ipar saya yang no 2 tu ada baby baru lahir, so mak dapat faham lagi. Lagi pun, anak2 abang saya yang no 2 ni memang dari kecik saya dan mak jaga semenjak abang dan bekas kakak ipar saya bercerai . Yang ada baby kecik tu bini baru dia. Yang jadi masalah , kakak ipar saya yang no 3.
Lepas hantar anak dia sendiri pegi sekolah, dia terus bekurung dalam bilik dari pagi sampai malam. Dia buat bilik dia macam rumah dia. Tak pernah nak sembang2 dengan kita orang. Kalau dia ada keluar pun, lepak kat luar rumah ikut abang saya lepak. Abang saya ni pun satu jenis tak tegur perangai bini.
Masak untuk mak saya memang tak pernah dah dia buat sekarang min . Dah lah pengotor. Bela kucing, tapi tak jaga kebersihan. Nasib la dia dapat ipar yang tak suka gaduh macam aku ni. kalau kena ipar yang laser, memang tak tahan la dia stay sini. Satu rumah ni memang saya dan mak saya saja yang kemas. dia tak pernah nak tolong walaupun sapu pun tak pernah..
Kadang2 pinggan anak dan laki dia sendiri pun mak saya yang cuci kalau saya kerja. sekarang, dia tak bercakap langsung dengan mak saya. Semenjak mak saya kecik hati dengan sikap dia. Masa tu dia hantar mak saya pergi pasar Siap dia kirim barang2 untuk dia beniaga sampai 7 8 kg mak saya kene angkat sorang2.
Dia cakap dia tunggu dalam kereta je memang tak keluar takut kereta kene saman sebab parking kat tdmpat loading barang (undang2 kat sini memang macam ni, kalau tak ada orang tunggu dalam kereta memang saman) Yang saya pelik, kenapa bukan dia yang pergi beli, dan mak tggu dalam kereta. Dahla kaki mak saya tak kuat nak jalan, jalan sikit memang terus semput.
Mak saya ni jalan pun terhincut2 sebab ada msalah kaki. Dah habis mak beli barang2 termasuk barang dia sekali ada lah dalam 10 kg semua mak kene agkat . Dah smpai kereta, mak cuba tarik pintu. tak dapat. lock. Dahla cermin kereta tinted gelap, mak memang tak nampak ada orang la tak..
Last2, ada sorang budak datang cakap “orang dalam kereta ni dah keluar tadi makcik”. Mak pun patah balik cari tmpat dudok dengan barang2.. Sebab cuaca panas masatu.. so mak berteduh la.. selang 20 minit macamtu, mak pergi kereta balik. dapat pulak buka pintu. Mak saya tanya dia pegi mana tadi. Slumber je dia tipu mak aku min jawap “mana ada saya pergi mana2, dari tadi dlm kereta je”
Lepastu mak cakap “kenapa saya ketuk2 cermin tadi awal tak buka pintu, dahla panas.. lepastu nasib baik ada budak datang cakap awk dah keluar” semenjak tu dia diam tak nak cakap dengan mak saya sampai hari ni min. Ini berdasarkan apa yang mak saya luah kat saya masa saya offday bawak mak jalan2…
Mak bukan jenis suka mngadu dengan abang saya sebab tak nak diorang bergaduh .. Selama ni mak saya sabar je dia tak tolong buat kerja rumah min .. Dah lah mak saya sudah tua selalu sakit, sikit pun tak reti nak tolong .. Kadang2 terfikir juga saya min, memang patut pun abang saya curang suatu ketika dulu.. Mungkin sebab sikap pemalas dan pengotor bini dia.
Masa rumahtangga diorang dilanda masalah, abang saya selalu tak balik rumah. mak saya yang hari2 bagi dia semangat. hari2 teman dia ke mana2 saja. tapi sekarang, dia dah dapat abang saya balik. macam tu dia layan mak saya. Disebabkan saya geram, pernah juga terfikir. saya sanggup terima kalau abang saya kawin lagi kalau pompuan tu jenis sayangkan orang tua saya…
Dan kepada kau kakak ipar ku yang bertuah,aku tau kau ada dalam KRT ni. Saja nak pesan, jangan sampai kami sekeluarga terima perempuan yang hancurkan hidup kau sebelum ni kalau kau tak ubah sikap kau. Mak aku elok2 cover line supaya laki kau tak perasan yang kau tak nk bercakap dengan mak aku langsung, kau sedap2 je makin pijak kepala ye.
Jangan sampai abang aku curang lagi baru kau nak menangis2 minta tolong mak aku. kau kene ingat, kalau bukan mak aku yang bertungkus lumus pujuk hati laki kau, dia tak kan kembali dengan kau ! Sekali lagi min,tolong hide profile.




