Please admin hide my profile,just nk share pengalaman je untuk penguat semangat wanita senasib dgn saya ni.
Assalamualaikum semua. Saya follow page krt ni since saya baru kahwin 3 tahun lepas. banyak pengajaran saya dapat tau even kadang tu makcik pakcik dalam page ni komen pedas berapi je tapi saya tahu, tu semua untuk kebaikan. huhu. yang elok kita ambik yang tak elok kita tinggal. betul kan? Saya becinta umo 17 sebab satu sekolah, then kawin umo 21 dan jadi janda umo 24 dengan anak sorang ( lelaki ) . Bertahun becintaa seronok orabg usung pergi sana sini, family mertua bagus, boyfren pun bagus la masa tu, tapi lepas kawin 100% berubah tau. betul la orang cakap, kita tak kan kenal seseorang tu melainkan bila kita dah serumah dengan dia .
Masa bertunang, pihak lelaki yang tetapkan duit hantaran dan abah saya setuju je takde bantahan. mas kawin pun cuma rm1000 je dengang sebentuk cincin nikah. janji nak ikat setahun tapi takdir Allah jgak saya dapat panggilan polis so mertua saya ni nak cepatkan nikah sebab konon risau 9 bulan nak kena tinggal anak dia. masa ni saya bod0h lagi kot sebab tak tau agenda dorang huhu so kami nikah je la dulu, kenduri kemudian lepas saya habis training. Masa dalam training polis tu dengan status saya sebagai isteri orang tak ade pulak la si suami ni datang jumpa saya bagi nafkah ke ape langsung tak ade tau. weekend dia datang jumpa bawak pergi makan itu pun boleh kira dengan jari. konon jauh drpd penang nk dtg kL jumpa saya. modal tinggi konon laa. takpe la saya jenis malas nk fikir, saya sibukkan diri. mama abah saya jugak yg selalu tanya pasal barang keperluan saya ape suma. saya tak ade la nak mengadu pasal suami masa tu, yelah maruah dia kan. saya nak jaga jugak air muka dia..
Lepas dah habis training, saya kena posting ke pahang. then balik la kampung nak buat kenduri kan. tarikh dah ade, kad dah edar, baju dah fitting ape suma berlangsung la perkahwinan yang gah gilang gemilang tu. happy memang happy uols, tapi sementara ja semua tu.
Lepas habis kenduri, orang catering call saya mintak balance hutang, butik pengantin call saya mintak balance duit baju, tu tak kira lagi duit laksa, ais kacang, murtabak segala mak nenek mertua saya order tapi saya yang kena bayarkan. ops lupa nak cakap, kitorang buat kenduri kat dewan untuk dua blah pihak tapi majoriti semua mertua saya yang set up tanpa berbincang pun pasal duit. mama abah saya ada jugak cakap ‘kita guna duit hantaran adik je la bayar balancr hutang tu’ dorang tak tau yang duit hantran saya sekupang pun tak dapat. haha. saya tak tau la dalam masa 9 bulan saya pergu training tu, suami saya buat keja apa sampai tak ade saving langsung. nafkah kat saya tak bagi jugak. Alahaii bengong betoi saya ni jadi manusia ikut cakap sangat
Takpe laa saya pejam mata lagi sebab nak jaga aib suami kan. saya usaha bayarkan. ampa jangan kata saya bod0h dah okay sebab lepas pada kes tu saya dah cerdik sikit. hihi. saya pegi ke pahang keja macam biasa so kami pjj la. tapi dia kerap ulang alik jumpa saya, ehh boleh pulak kann ? Huhu. sebelum ni penang kl jauh katanya, ni penang pahang rasa macam dekat pulak sebab apa ? Sebab setiap kali dia datang, saya yang sediakan hotel, makan minum dia semua kat sini saya prepare siap. sebab dah keja kan, ada gaji. nampak dak tengah bela biawak masa tu. Dalam masa yang sama Allah kurniakan saya lagi dengan rezeki lain . Saya mengandung. happy ni Allah ja yang tau. suami saya decide nak datang pahang stay dengan saya kat sini, nak sewa rumah dulu before saya dapat rumah klamin then saya setuju je la. dengan harapan dia datang sini dan cari kerja baru kat sini tapi tidak. dia datang sini keja tido makan tido makan je laaa. kadang heran jugak la mak bapak mertua saya tu tak fikir ke anak dorang datang sini kja apa, bagi menantu makan apa, maybe sebab saya keja kot boleh dok bela anak depa kan. huhu. sebab tu dpa tak kisah. pukoii canang sekampung menantu polis. huhu..
Sampai la saya bersalin, balik kampung, perangai dia still sama tak berubah. malas kerjaa. tido saqii tu kalau boleh tak mau bangun dah. anak nangis tepi telinga pun, dia blh tido mampoihh la kat situ. start pada situ saya dah nekad, saya pegi mahkamah sendiri untuk fail permohonan cerai tanpa bagi tau sesapa pun. family kami dapat tau pun lepas pihak mahkamah bagi surat mintak hadir perbicaraan je. masa tu baru la saya luah semuanya segala yang terpendam dalam hati nirasa macam habeh hilang pahala sorang isteri selama ni sebab segala benda saya ungkit daripada a to z depan family kami. tak ape la asalkan hati saya puas. saya mintak dia lepaskan saya dengan cara baik dan saya janji tak kan tuntut sebarang nafkah eddah, nafkah anak atau ape pun daripada dia. Duit hantaran yang tak dapat tu ke, mas kawin yang rm1k pakai duit saya tu pun saya redhaa. asalkan dia lepaskan saya. anak saya baru habis pantang dalam 4 bulan macam tu.. Umo 24 tahun saya jadi janda anak sorang macam2 la orang cakap psl saya, sampai lani la orang dok kata. dah blh keja elok, tinggai laki la. mesti ada kenai laim lain kat tempat kerja sebab tu tak mau kat laki dah. alahh dapat yang lagi elok la tu yang lama tinggai buang. biasa laa mulut manusia kan. Depa boleh cakap saja, tapi tak duduk tempat saya tak lalui apa yang saya lalui.
Alhamdulillah sekarang umo saya dah 26 tahun, anak pun d h besar dah setahun lebih dah. dan in shaa Allah saya akan berkahwin lepas raya ni. tolong doakan saya. Tujuan saya karang panjang2 ni bukan apa, just nak share pengalaman saya. ramai jugak macam saya kan tanggung biawak hidup. buta sebab cinta. saya yakin ada hikmah semua ni.Allah temukan saya dengan orang yang salah terlebih dulu untuk saya ambik iktibar sebelum Dia temukan saya dengan orabg yang betul ( in shaa Allah bakal suami saya ) sekarang ni . Saya doakan moga kita semua sentiasa di bawah perlindungan Allah taala. jd janda pada usia muda ni tak hina pun, jangan malu. jangan down. kita berhak bahagia. Tapi jangan dok p carass laki org pulak naaa. tak baik, dosa tu. Moga rumahtangga yg bakal saya bina kali ni berkekalan hingga ke syurga..in shaa Allah..aamiin. Kepada ex husband,nanti jemput mai kenduqi naa.kali ni tak buat sekali dh pasaii lawan org jauh. huhu. moga awak temu bahagia jugak lepasni. In shaa Allah. Thankyouuu admin




