assalamualaikum krt. Saya nak share pasal ape yg berlaku kat saya baru2 ni. hide profile saya ok. hehe. saya kawen dah lebih 10 tahun. kami belum dikurniakan zuriat(mohon doa2kan kami). suami saya seorang yang sangat baik. tak pernah tinggi suara dengan saya, tak pernah jentik pun saya. jenis tak ambil tahu hal orang. buat hal sendiri je. perempuan lain pun dia tak pandang. walhal saya ni bukan la cantik mane pun. haha..
Baru2 ni saya terkejut bila dapat tau dia text dengan sorang perempuan. jeng jeng jenggg. saya tak pernah tau password phone dia. tapi, bila naluri seorang isteri ni dah mula rase sangsi, saya cuba jugak korek rahsia dia. yang bener, dia memang text dengan someone. perempuan tu isteri kawan dia sendiri. wsid(what should i do)hahaha. tak ape2. saya buat2 rileks je. tapi hati ni dah tak tahan sangat. macam nak meletup. mana tak nye, perempuan tu panggil husband saya sayang, dia lak baby. baby la sangat kan..
Diam2 saya whatsapp that women, cakap kat dia, nanti saya dah bercerai dengan suami saya, awak ambil la dia. dia baca text saya, tapu tak reply. takut kot. Lepastu bermula la sesi soal siasa tmy husband mengaku dan saya pun buat drama airmata dia mengaku dia salah minta maaf banyak2 kali. tapi, hati wanita ni lain, selagi dia tak tau perkara sebenar, dia akan tanya sampai dapat. saya tanye, macam mana boleh berhubung dengan dia?suami jawab, perempuan tu selalu mengadu masalah dia dengan suami dia. no wonder la kan.
Husband saya slalu juga jumpe perempuan tu kat ofis perempuan tu kerje. huhuhu. saya tak serang pun perempuan tu. saya buat cara senyap2 je. maybe dia sedar, yang dia tu isteri orang. saya cuma sms je kat dia. saya cakap, kalau awak bukan isteri orang, saya tak kisah. awak nak jadi madu saya pun tak ape. masalahnye suami awak tu kawan suami saya. saya tak nak suami saya kena pukul. dia baca. pastu saya cek whatsapp suami saya, pic profile whatsapp perempuan tu dah tak qde. maybe dia pun dah block suami saya.
Sampai hari ni, memang dah tak ade mesej2 dari perempuan tu. aplikasi whats web memang betul2 membantu saya. dalam masa sehari je, saya dah tau semua nye. Saya memang jenis tak suka serang2 orang ni. serang dalam senyap je. hehe. Itu la kisah saya. bila teringat, rasa lawak pun ade, ape2 pun, air yang tenang jangan disangka tak ade buaye. Terima kasih kerana sudi membaca kisah saya. Assalamualaikum w.b.t