Salam min..tolong hide fb saya…saya dah kahwin 6 tahun Ada anak sorang 5 tahun masalah saya sekarang ialah dapat suami ego. dari awal perkahwinan kami asyik bergaduh, saya bunting pelamin, sepanjang pregnant saya Tak pernah rasa dihargai. Masa awal2 kahwin ayah saya sakit tenat. jadi saya sebagai anak nak berbakti pada ayah sebelum dia menghembuskan nafas terakhir. Tapi saya sedih Dan stress sngt2 suami saya Tak bagi saya pergi tengok ayah.. tapi Alhamdulillah saya sempat jaga ayah di saat2 dia tenat itupun adik saya yang jemput saya.suami saya sejak dari ayah saya sakit sampai meninggl dia Tak jenguk2.benda Ni sebenarnya dah lama tp masih terkesan di hati Saya. Lepas je ayah meninggl dia marah2 suruh balik cepat ta Allah saya stress sngt2 dengan ayah baru meninggal, dalam keadaan pregnant lagi…saya balik Naik bas sorang padahal kalau dia ambik bukannya jauh 2jam je dah sampai..
Lepas daripada tu bermula la hidup saya seolah2 jadi hamba pada dia jarang balik jumpa mak adik2 alasannya takde cuti takde duit minyak..yer saya Tau Saya suri rumah je. saya pendam je semuanya. sampai la saya melahirkan anak. dalam pantang pun kami gaduh pasal minta cebok anak je. sampai saya dimaki2 perempuan si*l, perempuan Tak guna dll walaupun dalam pantang dia buat Saya mcm tu. Dia memang Tak pernah pukul saya tapi baran yang amat segala barang semua dia baling, belanja rumah sederhana sj..selama kahwin dia Tak pernah hulur duit untuk Saya beli brg apa yang saya nak..disebabkan saya surirumah je saya diamkan je..
Tiap Kali gaduh. semua benda carut dia cakap Kat saya. dia nak tambah anak lagi. Tapi saya Tak nak. sebabkan anak saya sorang ni pun dia berkira sngt nak jaga, nak Mandi nak cebok tu berkira sngt2.nak keluar berjalan pun Tak dukung anak.. biar je la dia sorang.kesian Kat adik2 dia nnt dpt bapa ego mcm ni.saya dah tekad saya Tak nak mengandung lagi. sebab Saya trauma..dalam pantang pun dia layan saya Tak patut. Skrng dah nak dekat Raya. Kami bergaduh lagi.. selami Ni saya yang pujuk diri sendiri lepas tu Saya pujuk dia. Tapi skrng ego dia meninggi ke langit.Tak nak bercakap, berbuka pun Kat luar, tidur bilik lain siap kunci lagi. Terperap Saya dengan anak dah mcm tunggul dah.. baju Raya persiapan Raya takde lagi. Saya malas nak cakap kt dia. rasa sakit sngt bila dia buat mcm tu.. rasa nak lari je beraya Kat rumah Adik2.




