Salam min. Hari2 aku baca cite sedih je kat sini. Ni aku nak cite kisah bahagia lak. Aku kawin dengan bini aku hampir 10 tahun. Ni tengah fikir nak beri apa untuk isteri aku di anneversry kami bulan 10 nanti.
Bukan tu yang aku nak cerita. Aku mualaf, Dulu kami kawin awal. Aku 24 je isteri aku 18 tahun. Walaupun aku dah kerja tetap. Tapi aku rasa masa tu kami sama2 tak matang. Isteri aku memang pandai masak. Masa baru2 kawin kami sering bertengkar. Aku sering naik tangan. Aku tak boleh tahan bila isteriku sring menjawab. Biar dia hamil pun aku pukul. Lagi satu. Lagi satu aku sering pm awek2 cantik di media social tapi aku memang tak pernah jumpa awek lain kecuali atas urusan kerja. Aku pm hanya untuk berbual kosong.
Pada tahun 2014. Anak ke 3 aku lahir. Aku nekad berubah. Aku taknak pm awek. Taknak marah dan pukul isteriku. Alhamdulillah min. Perubahan aku ketara. Satu. Aku solat, taubat, aku luangkan banyak masa dengan isteriku. Setiap malam aku peluk isteriku. Aku tolong isteriku masak, buat kerja rumah, baru aku sedar. Lepas layan isteriku dengan baik. Rumah tangga kami harmoni. Rezeki melimpah ruah.
Ya Allah terima kasih sebab hadirkan isteri sebaik dan penyabar macam dia. Aku makin sayang isteriku min. Kalau aku kerja. Setiap 2 jam aku mesti whatsapp isteriku, kalau dia lambat balas. Hati aku tak tenang. Setiap hari ahad. Aku bawa anak isteri jalan2.. aku bagi duit untuk isteriku melawa.. makin berumur isteriku makin cantik. Makin pandai layan aku. Nikmat dunia inilah yang aku cari. Semoga kita bertemu di syurga sayang. Abang tahu sayang ada follow krt ni. 24 okt anniversary kita sayang. Abang janji akan beri yang terbaik..