Assalamualaikum wbt. Saya tak tau nak bermula di mana. Saya tau mungkin akan ramai yang kecam memandangkan saya isteri kedua. Cerita bermula apabila madu saya sndiri datang meminang saya. Berat Hati pada mulanya untuk menerima tetapi setelah dipujuk oleh madu yang merupakan kakak angkat saya, saya bersetuju. Madu saya yang saya gelar kaklong sudah saya anggap seperti kakak saya sndiri. Kaklong tidak mempunyai anak dari perkahwinan selama 10 tahun dengan suami. Oleh sebab tu, dia sndiri yang meminta suami untuk berkahwin lagi Dan saya lah satu calon kegemaran kaklong.
Setelah berkahwin Dan Kami dikurniakan seorang anak, rumah tangga saya diuji. Saya tau.. suami tidak pernah menyayangi saya tapi itu bukanlah segalanya bagi saya. Saya terpaksa akur kerana saya tahu suami Sangat menyayangi kaklong. Tujuan dia berkahwin dengan saya pun adakah kerana gesaan Dari kaklong. Setelah anak saya berumur 1 tahun, saya difitnah dengan fitnah yang Amat berat. Kebetulan saya keluar dengan seorang client atas urusan kerja dan sekeping gambar dihntar kepada suami saya melalui whatsaap suami menumbuk muka saya tanpa bertanya kedudukan sebenar.
Suami menceraikan saya dengan talak 3.. Dan mereka mahu mengambil hak penjagaan anak. Sedihnya saya Allah saja yang tau. Setelah beberapa minggu selepas diceraikan, dtg seorang wanita mengaku telah diupah oleh kaklong untuk membuat semua cerita fitnah tersebut. Saya tak kisah untuk diceraikan. Tapi saya sedih terpaksa dipisahkan dengan anak. Kerana skrg saya dihalau dri rumah dimana Kami sekeluarga tinggal. Sedihnya perasaan saya Allah sja yang tahu. Saya Rasa seperti saya ini digunakan sebagai alat. Seperti ibu tumpang.. allahu.