Bermula la kehidupan pertunangan saya dengan A yang penuh kesedihan. Setiap kali A dan N bergaduh hanya kerana status di FB saya (contoh, pergi tengok wayang, pergi makan etc), A akan marah marah saya dan paksa saya pujuk N. Saya dengan bodohnye waktu itu, akan cuba pujuk N jangan bergaduh dengan A. N banyak kali tnya A kenapa tidak putuskan pertunangan dana alasannya keran semua sudah bayar. N paksa A cari duit untuk bayar balik pada papa saya dan A kata dia tak de duit sebnyak RM30k untuk bayar segala persiapan. Tp A janji akan ceraikan saya bila sudah waktunya. Dia mintak N bersabar.
Saya pada masa itu hanya cuba berthan hingga tiba masa. Saya dekatkan diri dengan Allah, mintak pertunjuk jika A adalah jodoh saya kerana dugaan yang saya hadapi terlalu berat. Saya susut berat badan. Hubungan dengan A masih sama, ke mana mana kami masih berdua, masih ada waktu yang happy, tetapi bila royan N datang, saya akan dimarahinya. N sangat cemburu dan tidak suka A keluar dengan saya.
Saya pujuk papa untuk putuskan pertunangan tetapi papa kata itu dugaan bertunang. Dugaan A jumpa yang lebih baik dari saya pada pandangannya. Saya tidak dapat buat apa apa hanya mampu ikut kata papa. Mungkin pembaca sangta pelik dengan tindakan sya kan. Saya jenis yang tidak pernah ingkar arahan papa. Saya orang yang paling penyabar dalam dunia. Seteruk mana pon A layan saya ketika A dan N bergaduh, saya masih lagi boleh bersabar.
Kerana N selalu meroyan tidak kene masa, A tipu N tarikh kami nikah. Kami selamat diijabkabulakn pada September 2015. Sewaktu akad nikah perasaan saya jadi sangat benci dengan A saya tidak menangis, hanya rasa kekosongan. Selepas selesai akad nikah, mlm itu N dapat tahu kami sudah nikah. N sangat marah dan block WA A. A pada waktu itu tidak pergi jumpa N untuk pujuk dia. A stay dengan saya dari akad nikah ke majlis recepsi hingga adat bertandang ke rumah sedara. Saya mengandung selepas beberapa bulan. Kehidupan selama 7 bulan mengandung adalah sangat indah.
Layanan A pada saya tidak kurang sangat sempurna. Saya ingatkan mungkin ada harapan baru di mana A cuba jadi suami yang bertanggungjawab dan hubungan mereka putus di tengah jalan. Tetapi saya salah, selepas habis adat bertandang, A rupanya pergi cari N die tempat kerja. Mereka berbaik semula. Saya dapat tahu mereka masih bersama selepas 7 bulan megandungkan anak pertama. A masih berhubung dengan N. Layanan baik dia adalah untuk tutup kecurangan dia.
Sejak itu saya godam WA dia. Semua kecuranagn dia saya baca. Rupanya sebelum bertunang, A sudah bawak N balik rumah sewa untuk bermadu kasih. Banyak kali. A hanya sentuh saya selepas nikah, tp N die sentuh dulu. Cuma selepas berkahwin, A hanya jumpa N sekali sahaja. Sambung part 3 ye. Penat la taip cerita panjang2




