Salam admin. Nak share cerita boleh?
Aku baru kahwin. Usia rumah tangga belum cecah 5 tahun. Anak baru seorang. Aku tak kerja, suri rumah sepenuh masa. Adalah buat online business sikit-sikit buat bayar hutang PTPTN setiap bulan.
Kenapa tak kerja? Suami aku tak bagi, sebab tempat kerja dia berpindah randah. Setiap tahun tinggal di lain-lain negeri. Suami aku jenis family man. Jenis tak boleh hidup kalau anak & isteri berjauhan. Setiap kali dapat projek baru, company dia campak ke mana-mana pun, mesti dia angkut sekali aku dan anak. Kalau aku kerja dah satu hal pula kena resign setiap tahun.
Disebabkan situasi ni, kami takde rumah sendiri. Ye lah, tinggal pun di rumah sewa company. Kalau projek suami di Negeri Sembilan, kami tinggal di rumah parents aku. (Parents aku beria ajak tinggal sama, ye lah masa ni lah dorang dapat luangkan masa dengan cucu puas-puas). Kalau projek suami di Perak, kami tinggal di rumah parents suami.(Parents suami ajak juga tinggal sama, jimat duit katanya tak payah menyewa). Sekarang kami tengah kumpul duit dulu, dah betul-betul muktamad nanti nak settle down kat negeri mana baru beli rumah kat situ. Buat masa ni terpaksa jadi nomad. (Sekarang kami tinggal di rumah parents suami).
Panjang kan intro aku min? Sabar dulu.
Isteri mana yang suka tinggal sebumbung dengan orang lain? Baik di rumah parents sendiri mahupun di rumah parents suami, dua-dua aku kurang selesa. Takde privacy. Nak loving terlebih kena cover, takut nampak kurang manis, nak bebel kena cover, takut menjengkelkan orang lain, nak gaduh kena cover, jaga aib rumah tangga. Tapi tu lah, sedangkan lidah lagikan tergigit, inikan pula suami isteri. Takat gaduh-gaduh manja tu boleh lagi cover. Kalau dah angin puting beliung datang tak mampu kami nak kawal. Sedaya upaya mana pun kami cover, kadang kala terlepas juga.
Pernah masa tinggal di rumah parents aku, kami suami isteri gaduh besar di ruang tamu. Suami aku nampak je family man, kelakar, loving, caring bagai. Tapi sebenarnya deep down inside dia panas baran. Dah kahwin baru aku tahu perangai dia yang satu ni. So kalau gaduh tu memang dia tengking aku kaw-kaw. Burung nak singgah berak atas bumbung rumah pun tak jadi kalau dengar suara dia tempik. Aku tahu family members aku terkejut nampak suami aku naik angin. Yelah tak sangka menantu yang tertib, hormat orang, suka buat lawak, penyayang rupa-rupanya panas baran. Tapi dorang steady. Tak pernah masuk campur kalau kami tengah gaduh. Baik parents mahupun siblings aku, semua buat tak nampak apa yang jadi. Esok lusa buat hal macam biasa.
Kami ada satu habit. Gaduhlah macam mana pun walau rumah hampir roboh tapi tidur tak pernah asing Siang gaduh kaw2 masing-masing merajuk.malamnya tidur sekatil sebantal macam biasa. Min jangan fikir lain, point yang aku nak highlight ialah kami gaduh tak lama. Teruk macam mana pun gaduh, kami suami isteri jenis tak suka panjang-panjang. Jenis gaduh senang baik, takde merajuk lama-lama, takde masam muka.
Sampailah baru-baru ni. Kami gaduh besar lagi. Kali ni di ruang tamu rumah parents suami. Dah malam masa tu. Suami aku naik hantu, dengan tangan-tangan dia sekali hinggap kat badan aku. First time jugalah family members suami aku tahu yang anak lelaki dorang ni sebenarnya panas baran. Tapi aku terkilan gila min. Mak mertua aku masuk campur masa kami sedang gaduh, back up anak dia, sindir aku perli aku. Badan aku dahlah sakit kena pukul, mak mertua aku pula tambah perisa sakitkan telinga aku. Takde pula dia tenangkan anak dia, sibuk pula sakitkan hati aku. Siap cakap “Nak gaduh senang, nak baik susah”.
Aku menggigil tahan sabar. Masuk bilik nangis. Tak lama lepas tu suami aku pula masuk bilik. Setan yang rasuk dia dah hilang agaknya. Dia minta maaf peluk aku macam selalu bila nak tidur. Kan aku dah cakap, gaduh teruk macam mana pun kami takkan tidur asing. Sebelum tidur sempat aku cakap kat suami “saya tak nak tinggal sini lagi, carilah rumah sewa. Saya tak suka mak awak masuk campur bila kita gaduh. Mak bapak saya pun tak back up saya bila kita gaduh” Esok harinya keadaan normal je. Suami pergi kerja, aku iring sampai muka pintu, siap sempat layan lawak bodoh dia, pagi-pagi buat aku gelak.
Tapi mak mertua aku tiba-tiba berubah, tak macam selalu. Kat rumah memang tinggal kami berdua je. Orang lain semua kerja. Dia buat kerja hempas-hempas. Tak bercakap langsung dengan aku. Pandang muka aku pun tak ingin. Mula-mula aku ingat aku yang prasangka lebih. Tapi dah lebih seminggu benda yang sama jadi.
Entahlah min. Aku rasa terhina sangat. Dahlah menumpang rumah orang, kena pulau pula tu dengan tuan rumah. Aku pun tak tahu apa punca. Aku tak beritahu suami pun pasal layanan mak mertua aku ni. Sakit weh simpan sorang-sorang. Bulan depan suami aku dapat projek baru kat KL. Aku ikut dia pindah KL. Lega sikit hati ni.
Emak-emak yang terbaca kisah aku ni tolonglah jangan masuk campur hal rumah tangga anak menantu. Menantu awak lagi hadam perangai anak awak daripada awak sendiri. Jaga hati menantu. Anak awak bukan sempurna pun. Ni raya ni aku tak tahu macam mana.(Tahun ni raya belah suami). Korang doakan aku. Takut aku pula yang naik hantu. -KakLong-