Assalamualaikum.. Aku seorang isteri dan ibu kepada seorang cahayamata lelaki yang berusia 9 bulan.. Family aku happy, takda masalah.. Yang jadi masalah sekarang ni, mak mertua aku.. Family aku stay di tengah bandar KL ni.. Mak mertua aku jauh kat utara sana.. Kami sangatlah jarang berjumpa sebab tuntutan kerja aku dan suami yang bekerja shift.. So kami ada satu group wassap family sebelah suami.. Mak mertua selalu minta update perkembangan anak kami dalam group tu.. Tapi yang membuat aku jadi geram, mak mertua selalu kritik cara aku dan suami jaga anak..
Kalau hantar gambar anak sedang tidur komennya jangan biar anak tidur mengiring nanti telinganya terkepit Kalau hantar gambar tengah berehat di ruang tamu dan anak sedang melihat tv, komennya, jangan diajar anak2 tengok tv selalu nanti mata rosak.. Allah, bukannya kami bukak cerita kartun untuk tontonan anak kami pun.. Anak cuma melihat sahaja pergerakan pada tv tersebut.. Kalau hantar gambar anak yang pakai diaper saja sebab nak mandi, komennya jangan biarkan tak berbaju nanti sejuk.. Astaghfirullah al azim.. Padahal dekat bawah gambar suami hantar tu dah inform ‘nenek, saya nak mandi ni’.. Takkan anak aku mandi kena pakai baju seluar semua..
Aku ni fully BF mom.. So anak aku just minum susu aku je.. Mak mertua aku asyik dok paksa2 suruh kasi FM.. Katanya biar badan baby gemuk gedempol.. Nak gemuk gedempol segala tu nak buat apa kalau tak sihat?? Susu aku ni ha meriah lagi.. Ada saja yang tak kena pada mak mertua aku tentang cara aku dan suami jaga anak.. Padahal kalau kami berjumpa pun, mak mertua aku sibuk dengan telefon.. Bukannya dia spend masa dengan satu2nya cucu dia ni.. Asyik wassap, call.. Walhal jumpa cucu bukan selalu.. Asyik sangat nak cari salah orang tapi salah sendiri tak nampak.. Selalu panggil anak2 dengan panggilan yang tak elok.. B*dh la, bang*ng, si perempuan si*l la, padahal anak sendiri yang dipanggil tu.. Selagi aku boleh sabar, aku sabar.. Kalau tak, entahlah..




