SALAM ADMIN TOLONG SIARKAN DAN HIDE KISAH AKU NI.. lama sangat pendamm dah.. huhuh
aku ada 4 adik beradik, 3 perempuan 1 lelaki, aku anak no 3, aku geram dengan kakak ipar aku sangat2x.. selalu buat perangai.. kisah abang aku ni dia kahwin 5 tahun lepas sebab dah terlanjur dengan akak ipar aku, akak ipar aku ni dulu dah dibuang keluarga nasib baiklah mak ayah aku boleh terima dia seadaanya sebab memandangkan anak lelaki dia tu sorang je.. nak tak nak kena lah telan kan… aku masih ingat sampai sekarang ayat2 yang keluarga akak ipar aku maki keluarga kitaorang, tapi mak ayah aku senyap je telan apa dorang cakap, ayah aku orang masjid pulak tu memang heboh lah kan..
sampai keluarga akak ipar aku tu sumpah anak2x perempuan mak aku semua ikut jejak terlanjur sebab aku dengan adik aku belum kahwin, tapi alhamdulillah kami anak perempuan semua kahwin cara betul.. kalau tak sama2x suka tak kan jadi betul tak.. aku bukan tak boleh move on dengan kes abang aku ni, sekarang dia ada 2 anak, kitaorg sekeluarga layan anak dia sama rata mcm anak2x kakak aku, tapi kakak ipar aku ni tak tahulah dia kalau ada yg tak puas hati dengan orang lain, gaduh dengan abang aku mesti tunjuk perangai depan mak bapak aku, kalau pukul anak dia terjerit2 dia tak peduli kalau mak bapak aku tengah solat atau tidur mak aku ajak makan pun dia buat muka kekwat dia tu langsung tak menyahut.. kesian tau..
lepas tu kalau kena tegur macam2 lah post kat socmed.. nanti keluarga dan kawan dia backup macam sadis betul hidup dia.. aku tak kisah lah kalau dia nak tunjuk dekat orang lain tapi janganlah dekat mak bapak aku yang terima dia dulu… mak bapak aku masih layan dia baik… dia duduk serumah dengan mak bapak aku dan adik aku, adik aku dia pjj dengan laki dia sementara dia dapat posting tempat laki dia.. adik aku dia selalu mengadu, aku ni kalau tak nampak dengan mata kepala malas aku nak amik tahu.. tapi bila aku selalu sangat nampak siapa boleh sabar, aku pernah gaduh dengan abang aku, sampai satu tahap bapak aku nak halau dia dengan bini dia tu, tapi sebab kenangkan mak aku tu banyak penyakit takut pulak jadi pape.. jadi ikutlah cakap mak aku suruh bagi peluang…
Dah bagi peluang pun masih perangai macam tu… bapak aku sabar je tu.. jangan sampai kena halau betul2x sudah.. sekarang dia dah baik dengan keluarga dia, mulalah selalu balik rumah keluarga dia.. kalau dengan keluarga dia baik sangat kan perangai.. huhu yang aku geram abang aku tu macam dayus tau bila dia diam je bini dia buat macam tu dekat mak bapak aku.. dia nak duduk sendri macam kitaorang tapi abang aku tu ekonomi tak kukuh, kerja pun selalu tak kekal.. kakak aku selalu juga tolong dia, kalau aku dan adik aku memamg tak lah… aku tak pernah campurkan anak dia dalam hal ni sebab anak dia budak tak bersalah pun.
Aku dan akak aku selalu amik mak bapak aku duduk rumah, tapi biasalah mana nak lama, selesa juga rumah sendiri.. aku tak tahu nak buat apa lagi.. Suami aku pun nasihat jangan masuk campur lagi, tapi aku sebagai anak aku sedih mak bapak aku berkorban tapi di balas macam tu.. sampai satu tahap tu aku doa biar abang aku m@ti, bini dia balik rumah keluarga dia, tapi hati ini rasa berdosa pulak bila terkenangkan anak2x dia.. aku Cuma harap dia berubah dan hargai dan hormat mak ayah aku cukuplah..




