assalamualaikum. hide nama saya. saya kahwin dah lebih 12 tahun. anak 3 lelaki. sekarang suami saya tak kerja. baru 2 minggu saya di buang kerja. kerja pun tak lama. baru 3 bulan dah kene buang. masalahnya sekarang duit belanja pon dah abis. suami sy ni di suruh cari kerja macam2 alasan dia bagi. kalau dengan cara baik dia buat tak dengar je. kalau dengan cara kasar ( membebel dengan mengungkit tanpa niat) dia mengamuk2. anak2 pon jadi takut. macam2 cara nak suruh suami kerja semua tak jalan. Kalau nak minta cerai pulak nanti tak berlakilah pulak macam mana anak2 nanti.
macam2 benda dalam otak ni. akulah yg usaha nak cari kerja. tapi susah sangat nak dapat kerja. bila dapat kerja tak pernah kekal. 2 3 bulan mesti berenti. samada aku berenti atau diberhentikan. tapi semua beban aku tanggung. anak2 sekolah makan minum sewa rumah api air. rasa tak tertanggung. suami dok rumah main game je. bila subuh baru tido. masa aku keje rumah tak berkemas , anak2 tak mandi, tak makan. aku balik keje 10 malam batu anak2 makan. tu pon aku yg kene sediakan. letih sangat. stress.
kadang2 aku ni jadi sangat pemarah. anak2 selalu kn marah. sian aku tgk anak2. sampai keje sokolah anak2 akan tunggu aku balik nak tanya. bapa dia buat tau je. game je. nak aje aku bg dia telan telepon tu. geram sangat. bila tegur mengamuk.. bila cakap nak cerai ugut aku dengan parang pisau bagai. aku nak buat macam mana. bila diam hati aku lagi sakit. keadaan macam buat aku jadi sangat panas baran. bukan nak marah2 tapi strrss sgt. sekarang aku takde keje takde duit. suami tido. aku suruh cari keje dia minta aku carikan keje. adoi. bila suami nak pakai duut minta kat aku.
kalau aku takde duit dia paksa aku keje aku benci sangat kalau dia paksa aku keje lepasti mengungkit dia bawa kete hantar aku pg keje. abis tu keje dia bawa kete jelah. keja lain aku buat. semua aku buat. duit. bila aku minta tolong aku buat keje. merampuih2. tarik muka. bila tgk muka dia macam tu nak je penumbuk hinggap kat muka dia. nasib baik anak2 ada. aku ni ketandusan cara macam mana nak suruh laki aku jadi bertanggung jawab. tolong admin saya dah tahap stress boleh masuk tanjung rambutan. kalau ikutkan byk lg nak bg tau. tapi cukuplah ini je. advice yg positif je.




