Salam admin dan warga krt. Admin tolong hide profile saya. Saya kahwin dengan duda anak 5. Yang stay dengan saya anak bongsu umur 15tahun. Sebetulnya saya tiada masalah. Masalahnya ex-isteri suami dan anak2. Yes, saya mengaku saya cemburu bila anak2 suami upload gambar ex-isteri suami & hantar pada suami. Saya tak tahu apa tujuannya. Saya perempuan biasa, naluri cemburu tue ada dalam diri saya.
Kereta yang ex-isteri suami pakai, suami tolong bayarkan. Saya cuba positifkan diri tapi bila barang dapur tak ade. Saya jadi sedih dengan suami. Saya cuba bertanya, tapi suami melenting dengan saya. Saya terasa hati. Malam2 saya susah nak tido. Bila tido saya selalu bermimpi kena kejar anjing hitam, jatuh bangunan. Saya penah bermimpi ex-wife suami kembali kepada suami. Kalau itu yang terjadi, saya reda dan sanggup undur diri dari terpaksa makan hati seolah2 dia madu saya yang perlu diambil berat, ditanggung, dijaga sedangkan masih ada keluarga sendiri.
Kadang2 timbul dalam diri saya perasaan benci untuk melihat suami tapi bila berjauhan saya rindukan suami malah untuk bersama pun saya dah kurang dan benci. Sebab tiap kali bersama, saya ternampak bayangan muka ex-wife suami.
Terima kasih sebab siarkan kisah saya.