Assalamualaikum semua. Tak tahu nak mula dari mana. tapi apa yang saya rasa sekarang ni mungkin sebab saya betul2 dah give up dan nak menyerah je untuk hubungan yang tak tau kesudahannya sampai bila. Saya dah kawen hmpir 6 tahun. Tak ada anak atas dasar suami tak nak ada komitmen anak dan dia masih mnanggung keluarga. Tak tau la dia ni tak pecaya rezeki yang Allah dan janjikan untuk anak2. Tu satu. Buang msa kan saya tunggu benda ni sebab dah tau apa yang dia nak.
Tak pernah nak buat keputsan apa2 dengan saya. Sikit2 mak. nak tanya mak.Tau dia milik maknya tapi saya ni ibarat orang luar. last skli baru tau.. Anak yang soleh selalu dahulukan keluarganya. Tak apalah itu bahagian dia. Tapi untuk apa lagi saya ada dengan dia? Bila berbincang apa2 dengan saya, mesti akan jadi gaduh.
Saya ni pegang status istri atas nama saje bila beli barang dapur sendiri2 dia pula duduk dalam kereta sambil main hp. Nafkah alhamdulillah cukup. Tapi saya banyak membntu. Dia bagi masa gaji 450 beli barang basah dan barang kering je. Sebab kebanyakannya saya akan tapau sebab masing2 kerja. Tak sempat nak masak. Tak cukup sampi hujung bulan saya akan tambah. Utiliti smua saya bayar. Saya paling takut bila tak cukup nak suarakan pada dia sebab dia akan soalkn mana duit saya. Saya masih menanggung mak ayah saya.
Setahun sekali susah sangat nak tengok dia jenguk mak ayah saya kalau balik pun sehari itu pun kelam kabut nak balik. Adik bradik dia call, plan itu ini. Jadi saya ambik keputusan balik sendiri. Mak ayah dia pon tak kesah dan tak heran bila dia biar saya balik sendiri. Mulut mak saya kata ok. Tapi saya tahu hati orang tua.
Hidup saya cukup2 membosanakan. Hari2 kerja. Hujung minggu blik kampung dia.
Macam tu la yang saya hadap brtahun2. Tak pernah bawa saya pergi mana2. Tapi kalau family atau kawan dia ajak. Kelangit 7 tu pon dia sanggup pegi. Ajak kenduri kawen kawsn2 saya dia tak mau. Ke shopping komplex jauh berbatu dia jalan dari saya. Apa yang saya sedih. Hanya dengan saya dia macam tu. Bila dengan orang lain dia ok. Bila saya jalan sendiri selalu orang ingat saya tak kwen lagi sebab saya dah biasa jalan sndri. Kadang2 saya cakap ya saya tak kawin lagi sebab malu mengaku dah kawen tapi orang tak pernah nampak saya dengan suami.
Bila Mak saya dah tahu dia tak nak anak. Mak pernah bersuara. Nak tunggu apa lagi? Orang dah tak nak dan tak sudi nak berkongsi hidup untuk apa seksa diri. Saya masih muda. Awal 30an. Kadang2 saya rasa buang msa. Buang tenaga buang duit saya pertahan rumahtangga ni.
Apa patut saya buat? Saya mntk pandengan smua. Terima kasih admin dan semua.




