Assalamualaikum warga KRT yang dikasihi. Admin minta tolong hide fb profile saya. Saya sudah berkahwin hampir setahun. Baru baru ini saya terdengar perbualan suami saya bersama mak mertua saya tentang perancangan mereka untuk berangkat ke haji. Saya cuma terdengar sahaja tapi saya tidak menyampuk kerana perasaan saya terkejut.
Selepas pulang ke rumah, saya terus saja bertanya perihal haji kepada suami saya adakah betul yang saya dengar yang dia akan menemani mak pergi menunaikan haji. Dia terus sahaja menjawab cuma perancangan, belum confirm lagi. Tapi surat mak dah sampai ke rumah terpilih cuma suami sahaja perlu buat rayuan kepada lembaga tabung haji untuk menjadi mahram kepada mak.
Saya berterus terang kepada suami, kenapa bila dah confirm nak berangkat baru nak beritahu pada saya. Sepatutnya dalam perancangan macam ini, suami dan mak mestilah tanya saya dulu. Bukan sekejap tinggal saya sorang sorang di rumah. Suami cuma jawab dah confirm baru rancang ingin beritahu pada saya. Sebab mak yang akan sponsor suami ke sana nanti.
Saya di sini bukan tidak redha atas pemergian suami ke tempat suci menemani mak dia malah saya bersyukur suami terpilih dengan rezeki ini. Cuma saya rasa terkilan kerana dapat mengetahui daripada dengar perbualan mereka berdua hantar surat rayuan semua bagai. Sepatutnya saya perlu dengar sendiri dari mulut suami atau mak mertua saya sebab dah ada perancangan bukan dah confirm pergi baru bertanya pada saya.
Adakah saya salah walaupun suami tak perlu meminta izin dari saya tetapi saya tetap tanggungjawab di bawah suami. Semoga semuanya dipermudahkan. INSHAALLAH




