salam. Hidekan profile saya. Saya seorang isteri berumur 25 tahun. sekarang rumahtangga saya baru masuk yang ke 3 tahun dan ada seorang anak. saya bersyukur dapat suami yang sangat baik, dia tak pernah tinggi suara pada saya, tak pernah lepak dengan kawan-kawan tanpa izin saya,bukan kaki gamer, bukan kaki ketum, kaki pukul. Dia seorang yang sgt menjaga solat dan seorang anak yang sangat taat pada ibu bapa. Ibu bapa saya juga sgt senang dgn dia sebab dia seorang yang sgt menjaga adab dan menghormati org tua.
Baru baruni saya berjauhan dgn dia untuk tempoh masa 6 bulan disebabkan pertukaran tempat kerja. Sepanjang berjauhan dia selalu vdeo call anak, wasap saya siang dan malam. Kadang2 saya yang tak menang tgn nak balas wasap dia, Kadang-kadang saya sendiri rasa rimas sbb dia akan wasap tiap saat tanyakan saya dan anak. Sepanjang 6 bulan dia takda berubah apa apa. sama sahaja layanan dr bercinta sehingga sekarang. Sepanjang berjauhan saya selalu mimpi dia curang dan firasat saya betul betul mengatakan itu, Saya sering mimpi dia berzin@.
Kadang2 saya akan text dia utk beritahu perihal mimpi saya dan dia kata mimpi hanya mainan tidur. Pada bulan lepas, dia balik ke kampung untuk bawa saya tinggal bersama dia. saya perasan dia seperti kurang bercakap, dan pada malam nya dia lansung tak sentuh saya. saya rasakan ada ssuatu yang tak kena. pukul 1 pagi saya tak dapat tidur, saya bangun check hp dia. semua nya oke shingga saya periksa log call, dan saya dapati ada incoming /outcoming mcj share kredit dr celcom dan saya terkejut sbb nombor yg dia buat transaksi itu adalah nombor lamanya. saya periksa pakaian, beg duit dan semua barang dia dan akhirnya saya jumpa sim card tersebut.
Bila saya check, hancur luluh hati saya ada bnyk mcj miss called dr satu nombor. saya cuba save nombor tersebut dan itu nombor seorang perempuan. bila saya check outcoming /incoming call saya terkesima, setiap hari mereka OTP berjam berjam tengah-tengah malam. selapas itu saya tak tahu mcm mana boleh terdetik untuk check kereta dia takut2 dia sembunyikan telefon lain dan rupanya memang dia ada guna dua telefon. Saya jumpa hp tersebut di dalam bonet kereta. hanya Allah yg tahu perasaan sy mcm tu. Mlm tu juga saya mengamuk gila, saya minta cerai. otak saya bercelaru dan saya syak yang dia memang sudah terlanjur dgn perempuan itu.
Masa tu saya hanya fikir cerai sahaj. Bila saya ugut dan tanya. dia memang tak menidakkan yg dia memang pernah bersama perempuan tu. Perempuan tu muda lagi min, baru umur 23. Badan sikit berisi, payudare besar, pinggul besar. mungkin itu yg dia nak, saya cuba tengok diri saya. kurus keding, tinggi dan lansung tak menarik. Allah, ni balasan yg dia bagi selama berbulan-bulan sy setia tunggu dia. Saya tahu saya tak seperti yg dia inginkan, beginilah saya dgn sejuta kekurangan. Esoknya saya nekad bagitahu parents saya dan family in law saya, saya nak bercerai tp kedua family saya menentang keras. saya tak makan, tak tidur selama berhari hari fikirkan semua ni. Hati saya sakit, tapi sesakit mana pun hati saya, saya rasa saya sayang sgt dengan suami.
Saya boleh maafkan dia tapi hari hari saya terbayang bayang perbuatan zine dia. Dia memang tak kan lepaskan saya. Lepas kejadian tu,setiap hari dia tunggu, merayu ,melutut di kaki saya dan menangis teresak2. Dia berjanji dan taubat tak kan ulangi lagi. dan harini saya dan boleh maafkan dia walapun hati saya masih lg rasa kecewa. Dia baik dan sempurna sangat dimata saya min, adakah keputusan saya memaafkan dia ini salah? Selepas sminggu kejadian, saya boleh bergelak tawa seperti tidak ada apa apa berlaku. Sejujur nya hati saya sepenuhnya untuk dia, Tp bagaimana dgn dia? Saya memang nampak kesungguhan dia nak pertahankan hubungan ni.
Saya Ikhlas maafkan dosa dia, selebihnya saya minta dia mohon ampun dr Allah. Saya sedikit pun tak marahkan perempuan tu. Sebab dr dulu saya tak suka kan perumpaan “b@bi menyondol”.. mungkin silap saya tak jaga kebun dengan baik. kadang- kadang saya rasa ini lah balasan sebab masa saya jadi tunang dia dulu saya dah beberapa kali kantoi curang tapi dia tetap maafkan saya dan tak pernah ungkit silap saya. Semenjak kejadian itu, dia bersungguh2 tambat hati saya kembali. Pergi kerja siang malam text saya, tp saya tak 100% percayakan dia lagi. Sekarang, adakah betul keputusan sy maafkan dia dan bagi dia peluang kedua? Dan bagaimana cara nak dapatkan badan yang menarik dgn niat untuk tambat hati suami? mohon jawapan yg bernas dr makcik pakcik sekalian. Terima kasih




