Assalamualaikm admin . ni Fb kawan aku . mohon hidekan ya. Aku sudah berkahwin 3 tahun . Belum ade reseki ada anak . cuma masalah aku sekarang , mak mertua aku duduk sekali dengan kami .
Aku orang semenanjung, suami aku orang sabah. Kami menyewa. sebelum ni duduk berdua . raya hari tu kami balik sabah ambil mak suami.
mak suami 0KU (lembam) boleh bercakap cuma lambat . boleh buat kerja rumah . semua dia boleh. sejak ada mak mertua aku , aku macam tak selasa duduk kat rumah even rumah tu aku duduk dulu dengan suami . aku buat apa semua tak kene dimata MIL aku . contoh , aku susun barang dapur , nanti dia alih . aku buat itu nanti die ubah . aku buat ini nanti dia ubah .
Tentang suami aku , baik orangnya . bergadoh tu biasa la suami isterikan . tapi suami aku tak boleh kalau kita cakap hal mak dia . dia akan naik angin. dia akan gunkan yang mak dia 0KU. kadang aku sedih mak dia ni kalau tak ada anak dia dia akan m@ki aku macam2 bila aku mengadu dengan laki aku dia tak kan percaya . laki aku anak tunggal . semua family dia dekat sabah dan tak ada sapa pon nak jaga mak dia . mungkin sebab perangai mak dia macam tu.
Sebelum ni MIL duduk dengan kakak dia . kira kami da berkahwin kene jaga MIL . saya tak kisah jaga MIL . tapi tu laahh. Aku pulak jenis tak boleh orang kacau barang aku . penyidai aku habis dia patahkan . baju aku semua dia amek simpan dalam bilik dia. boleh akak2 abang2 bagi saya cadangan , kata2 semangat untuk aku tak . ape yg perlu aku buat . mungkin aku bukan menantu pilihan MIL. Sebab tu die buat mcm tu .
itu shja . terima kasih min




