Salam. Mohon admin tidak reply mesej ni sebab saya pinjam FB kawan saya. Terima kasih sebab sudi kongsi cerita saya. Saya ingin minta pandangan semua. Macam mana nak buat isteri saya berbaik dengan adik perempuan saya yang menumpang di rumah kami. Sudah 5 tahun dia duduk bersama sama. Macam mana juga nak buat isteri saya tidak berkira dengan keluarga saya.
Saya perkenalkan diri sebagai M. telah berumahtangga dan mempunyai 4 orang cahaya mata yang comel. Saya pemegang ijazah sarjana muda dan bekerja di sektor awam. Adik saya berumur 30 tahun. Pemegang ijazah sarjana muda dan bekerja di sektor awam dengan skim gaji lebih tinggi dari saya. Masih bujang dan merupakan anak bongsu daripada 5 adik beradik. Sebagai abang yang sudah kenal dia selama 30 tahun, adik saya adalah seorang yang baik, walaupun kerap memberontak dan melawan kata.
Isteri saya juga merupakan pemegang ijazah sarjana muda tetapi bekerja di sektor swasta sebagai staf sokongan.
Adik saya, dari kecil memang agak pemalas. Perkara tersebut berlanjutan sampai umurnya 30 tahun. Saya sedar, dia tidak pernah membantu isteri saya di rumah. Hanya memerap di dalam bilik dan makan apabila dijemput. Saya terima kemalasan dia sebagai satu kelemahan dia di antara banyak kelebihan yang dia ada. Saya juga mengaku dan faham, kerjanya yang penuh tekanan (atas jawatannya yang tinggi) menyebabkan dia memerlukan waktu untuk menggembirakan diri sendiri.
Boleh jadi dengan menonton cerita yang dia sukai sepanjang berada di rumah.
Isteri saya pula terlebih rajin. Saya tak pernah makan di luar (kecuali apabila isteri tak sempat masak). Boleh dikatakan, kerja rumah 150% dia buat hatta kutip tuala di lantai pun dia tak pernah merungut. Anak-anak pun dia uruskan 90% kot sebab saya sibuk dengan kerja. Baru-baru ini, adik saya yang nombor tiga mengadu tentang luahan hati adik bongsu saya. Adik bongsu saya terasa isteri saya tidak pernah mengajaknya makan sekali.
Benar, dia jarang ajak adik saya makan bersama. Dia akan minta saya ajakkan.
Adik bongsu saya juga mengadu, isteri saya selalu buat muka padanya di belakang saya. Tak pernah bersapa dengannya. Tak senyum. Sekejap baik, sekejap tak baik. Saya simpati dengan adik saya. Sudahlah hidup jauh dari ibu bapa, isteri saya layan dia begitu pula. Isteri saya buat adik saya seolah-olah orang asing dalam rumah saya sendiri.
Awal sikap adik saya, isteri saya ada juga meluah pd saya sampai lah satu ketika, saya beritahu isteri saya yang jika diberi pilihan adik dan dia, saya akan memilih adik saya.
Sejak itu, saya tengok isteri saya semakin berubah. Dia tak banyak cakap. Tak pernah nak luah apa-apa. Tak pernah merungut apa-apa. Kalau adik saya tak basuh pinggn pun dia senyap. Saya gembira tapi saya rasa macam lain macam pula. Dulu kalau balik kampung rumah mak saya Isteri saya akan bersihkan satu rumah tapi sekarang dia dah jadi macam tetamu pula dia hanya buat hal yang perlu saja. Tapi, isteri saya masih tak berkira duit dengan ibu ayah saya. Kalau berbelanja, dia akan guna duit dia (sebab dia tahu, gaji saya tak cukup walaupun gaji saya 2x ganda drpd dia).
Gaji adik saya pun selalu tak cukup walaupun duduk free di rumah saya. Begitu juga kalau ada majlis di rumah adik beradik lain. Dulu, isteri saya boleh dikatakan harapan untuk membantu semua orang buat kerja tapi saya perasan, isteri saya sekarang lebih senang menjadikan diri sebagai tetamu. Buat kerja yang berkait dengannya saja.
Macam mana saya nak nasihatkan isteri saya supaya berubah? Tidak berkira dengan keluarga saya? Tidak melayan teruk adik saya? Sebagai abang, saya perlu melindungi adik saya.
November 20, 2018
Tuan..
isteri tuan bukan pembantu rumah .Sedangkan adik tuan jadi “mem besar´´..5 tahun tinggal serumah..sepatutnya tidak perlu lagi makan berjemput..adik tuan bukan tetamu kat rumah tuan..sama -sama berkerja.Apa salahnya tolong kakak ipar buat kerja rumah..Tak kasihan kah pada isteri tuan..anak 4 orang,bebanan kerja,buat kerja rumah lagi,tuan langsung tidak membantu menjaga emosi isteri sedangkan adik tuan bersenang lenang..Tuan tidak patut bawa adik tuan tinggal bersama..Umur 30 tahun sudah cukup dewasa untuk hidup berdikari.Pada saya tindakan isteri tuan menjadi tetamu di rumah keluarga tuan itu wajar..itu pun sesekali balik kampung kan..bukan setiap hari seperti adik tuan lakukan padanya..Isteri dah bersusah payah di rumah sendiri dan giliran adik tuan pulak di rumah keluarga tuan..itu adilkan..Tuan sebagai suami dan abang sepatutnya berfikiran lebih rasional..Tuan nak yang terbaik untuk ahli keluarga tuan..Isteri bagaimana pula..bukan ahli keluarga tuan kah..siapa yang patut menjaga kebajikan isteri kalau bukan suami..
wallahualam
December 29, 2018
Kamu ni suami y bodoh…syg cmmna pom adik tu kalu pemalas serba semua kakak ipar nak kne buatkan mmg bodoh la namanya…Sepatutnya kamu sebgai abg y buat semua kerja2 rumah tu semua sbb adik kamu duduk bersama kamu bknnya istri kamu…..istri dh penat kerja pom blik tlg lg buat kerja rumay 99% istri buat kamu goyang telur sahajakah? Adik kamu goyang nenen ka smpai mls nk mmbantu…duk umh free sewa x byr api air x byar membantu pom tak…duit dia tu katanya gaji tinggi x reti ke cri rumh sendri…istri kamu bknnya hamba adik kamu atau hamba kamu sekerluarga….. .tahap baghal la adik kamu kalu x reti cri umah sewa sendri dah umo 30tu tahap andartu tua bangka pom pemalas lg nk kakak ipa layan mcm raja mmg baghal la nmanya bodoh bertingkat2……