Min, aku sekadar meluahkan. Aku penat min. Penat. Usia perkahwinan aku menginjak tahun Ke 9. Tapi aku belum berpeluang Ada zuriat. Aku tak pasti mana silap dan khilaf aku. Segala kemahuan suami aku, aku tunaikan. Mesti geng bawang renger pelik kan. Biasa suami yang tunaikan kehendak isteri.
Aku dari muda diajar berdikari. Apa yang aku nak, aku usaha. Alhamdulillah. Aku dapat semua min. Sehingga masa aku kawin dgn suami aku. Aku dah complete simpanan puluh ribu. Kereta. Emas.
Suami aku nak motor, aku tunaikan. Suami aku nak handphone baru. Aku tunai. Suami aku nak pegi berjalan. Langkawi. Melaka. N9. Perlis. Merata negeri. Aku bawakan min. Aku sayang suami aku. Ditakdirkan Tuhan aku jatuh susah hilang kerja satu persatu emas aku jual kan hampir 60k emas aku min tapi aku terkilan kerana suami aku tak membantu. Aku terpaksa tipu famly aku untuk jaga nama suami aku. Aku terpaksa min. Ayh aku keluarkan duit dia hampir 40k untuk majlis perkahwinan aku. That’s why aku lebih menjaga hati ayh aku.
Kereta aku tertunggak. Setaip masa otak aku berfikir setiap masalah. Skang, suami aku demand kereta lain. Kata nya penat naik motor pergi kerja kena hujan. Aku turutkan min. Sebab aku sayang suami aku. Sekarang ni, aku tengok, duit sewa rumah, bil api, bil api, bil astro. Barang dapur. Baik basah atau kering. Semua atas aku. Aku terfikir. Mana gaji suami aku. Min nak tau, dalam diam adik beradik suami aku kerap meminjam duit. Tambah adik suami aku. Allahu.
Aku sabar min. Lama kan aku bersabar. Baru² ni kami berselisih faham. Lastnya, aku cakap pada suami aku. Lepas ni. Apa sahaja yang awk nak buat, silakan. Saya dah x nak ambil tahu.
” Bil saya dah terlalu penat, saya sendiri akan pergi… ” . Aku selalu hantar msg ni kat suami aku. Betul min. Bila aku dah terlalu penat. Aku sendiri akan melangkah pergi. Min, skang aku tengah usaha untuk grab apa yang telah hilang. Aku dalam proses untuk beli y15. Sebelum raya aku nak grab emas juga. Kereta aku pun sama. Doakan aku min. Geng² bawang renger. Doakan aku ye. Supaya aku kuat.
Tq admin.




