salam min. saya ni dah berkahwin belom sampai setahun lagi dan akan melahirkan pada bulan march ni. saya dan suami seorang sahabat dan menjadi pasangan kekasih selepas suami meluahkan perasaan nya kepada saya. saya menerima suami dengan hati yang ikhlas walaupun suami dikatakan bagai langit dengan bumi. ibu bapa saya melarang hubungan kami pada mulanya kerana dari segi perwatakan suami seperti seorang yang tiada masa depan dan cuma bekerja sebagai buruh sahaja. tetapi disebabkan saya terlalu mencintai suami lalu ibu bapa saya pun meyerah sahaja dan merestui hubungan kami. sepanjang masa percintaan saya tidak mengetahui bahawa suami banyak berbohong kepada saya dari segi kewangan.
Disebabkan terlalu sayang kepada suami saya rela berkongsi wang gaji dengannya kerana gaji nya terlalu rendah iaitu 1200 sahaja manakala saya berpandapatan 3500. betapa hancurnya hati saya bila mengetahui bahawa hampir keseluruhan gajinya dibuang untuk bermain judi online di talifon nya. hinggakan saya hampir tidak dapat menabung kerana kasihan dengannya lalu memberikan wang setiap bulan untuk kehidupan seharian nya. saya mengetahui semua itu apabila telah berkahwin dengannya. selepas berkahwin kami tinggal dengan makciknya kerana memang dari dulu bapak mertua saya telah bercerai dengan ibu kandung suami disebabkan itu makciknya yang telah membesarkan dia seperti anak sndri.
Mula2 saya masuk pun saya sperti tidak disenangi oleh keluarga makciknya. yalahkan makciknya itu telah berkahwin dan mmpunyai 2 orang anak yang msih bersekolah di skolah rendah. hari2 saya seperti biasa iaitu selepas membuat keja dapur sememangnya saya akan masuk berkurung di dalam bilik. jarang sekali saya duduk di ruang tamu bersama keluarga makcik suami kerana mereka sangat terlihat tidak mnyenangi kehadiran saya berada disitu. kehidupan saya selepas berkahwin sangat berbeza dengan khidupan saya semasa masih dara.
Dulu sebelom berkahwin saya sentiasa gembira dan tidak ksunyian kemana mana sahaja saya boleh pergi dan membuat aktivity bersama sama kawan perempuan. tapi selepas berkahwin saya pun mula dusuruh suami berhenti bekerja dan di sebabkan itulah kehidupan saya sangat sunyi kerana kluarga makciknya jarang skli ingin berbual dengan saya. saya tahu bahawa makciknya memang tidak mnyukai saya apabila saya mengetahui bahawa makciknya bergosip tentang saya dengan mertua yang lain iaitu saudara mara terdekat suami. saya tengah mngandung dan inginkan sesuatu yang mngembirakan tapi kehidupan seharian saya cuma di temani oleh seekor kucing sahaja apabila suami sedang bekerja.
Saya pernah menghasratkan suami untuk mencari rumah sendiri tetapi belom tercapai kerana gaji suami sememangnya tidak mampu untuk menyewa rumah. duit belanja yang di bagi oleh suami tiap bulan memang tidak saya gunakan tetapi saya simpan. biarlah saya tidak berhias sperti isteri orang lain yang penting saya dapat merasakan kehidupan berumah tangga yang sebenar dengan suami saya daripada terpksa tinggal dengan makciknya. maaf kalau saya menulis terlalu pnjang. saya cuma meluahkan perasaan sahaja disini. sampai disini sahaja.




