Assalam Admin yang budiman. Pertama sekali, terima kasih kerana sudi menyiarkan luahan ini. Nama aku Karim (bukan nama sebenar) Bekerja di sebuah syarikat perladangan di utara tanah air. Aku sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak.
Isteri aku baik, penyayang dan boleh tahan juga orangnya. Aku sayang mereka semua. Hidup aku biasa-biasa sahaja, seorang yang gila kerja (workaholic) serta miliki dua buah rumah tapi masih atas nama bank dan kereta kancil..hahaha
Dipendekkan cerita aku sekarang sedang dilamun cinta dengan seorang wanita rakan sepejabat dan yang sadisnya dia juga tunang orang. Pada asalnya kami hanya berkawan biasa, tapi tak tahu macam mana boleh berputik pula bibit-bibit cinta. Aku tak bertepuk sebelah tangan kerana dia juga menyambut cinta aku.
Setakat ini, hubungan kami tak ada seorang pun di kalangan rakan pejabat mengetahuinya kerana kami sangat professional. Kami tidak mencampur adukan antara hal kerja dan hal peribadi.
Untuk rancangan jangka panjang aku berhasrat untuk memperisterikan dia (berangan). Aku bukan lah jenis lelaki yang suka berpoya-poya atau mengambil kesempatan di atas kelemahan wanita. Pegang-pegang tangan tu biasa lah.. siapa tak pernah kan?
Setakat hubungan kami berlangsung aku belum pernah melakukan perkara yang tidak baik terhadap dia sebab aku memang serius nak jadikan dia sebagai isteri yang sah.
Jadi, aku nak minta pendapat pembaca page KRT di sini, apa patut aku buat? Teruskan dengan niat aku untuk mengahwininya atau lupakan sahaja. Yang nyata aku memang tak boleh melupakanya.




