ssalamualikum…minta tolong hide profil saya ni saya guna fb orang. Saya ni isteri berkerjaya dan mempunyai 3 orang anak, Sebelom ni saya ikhlas je dengan apa yang saya buat lagi2 bab membayar semua overhead family. Gaji saya tetap, manakala suami pula gaji tak tetap kene bergantung kepada Job, saya tak penah pon fikir untuk jadi kaya cukup setiap bulan saya dapat langsaikan utang putang saya dan perbelanjaan isi rumah lengkap.
Saya memang sangat bersederhana dan berjimat. setiap bulan lepas gaji saya akan selesaikan semua hutang keluarga kami kereta, rumah, yuran anak2 dan segala bil. Suami saya plak hanya uruskan segala perbelanjaan keperluan harian. suami kurang membantu hal2 dirumah dan anak2 tapi dia sangat baik dari segi keperluan saya dan tidak kedekut klau dia ada duit. kadang2 dia yang belikan saya h/bag, baju dan kasut.
Ceritanya suami saya ni kerja dia kene berjumpa dengan orang untuk investment so kebanyakan appointment dia sebelah malam sehingga menjelang pagi 3-4 pg baru balik. biasanya keluar rumah dari pukul 10 pagi atau t/hari. Kadang dia balik kejap masa selepas kami pulang dari keje/sekolah jumpa saya dan anak2 dalam 1 ke 2 jam dan keluar balik dan akan kembali semua pukul 3 atau 4 pg. itu laa rutin dia sabtu ahad pon sama.
Suami saya ni berpartner dengan seorang janda. awal2 perkenalan kami, kami tak tau dia janda sebab dia merahsiakan status dia sebab masa tu dia tak leh terima yang dia dicerai oleh suami (suami dia kawen dengan wanita lain) tapi kami pelik dia dari sebuah pulau datang ke KL berkerja bersama2 suami saya. setahu kami suami dia berada di selatan tapi bila dia datang kesini tak penah plak dia pergi keselatan…
kecurigaan kami akhirnya terjawab bila salah seorang kawan kami push dia untuk bagitau status dia. bila dah tau status dia saya dah start risau sebab dia dan suami saya terlalu rapat dengan alasan kerja bersama kehulu ke hilir ber dua2an memang bila jumpa prospect mereka dalam group tapi kemana pergi suami berdua dengan dia (pergi dijemput balik dihantar) saya mula rasa tak sedap hati bila tanya suami kata hanya berkerja penah kantoi saya penah Nampak wasap mesra suami dengan dia bila ditanya dia kata bergurau.
Saya jugak penah bertanya pada wanita tu tapi dia jawab dia masih cintakan bekas suami dia dan tak akan suke pada suami saya. saya pegang apa yang dia janji kat saya. saya biarkan mereka kerja tanpa penah mempersoalan apa pon saya simpan cemburu saya bila Nampak kemesraan mereka berdua depan saya sebab saya hormatkan suami saya tak mau buat hal dan perbesarkan hal. saya kenalkan dia pada keluarga saya semua mempersoalanakn dia terutama parent saya dan suami.
Mertua puas bagitau tak suka cara kerja suami. dah tak ada partner lelaki ke?? Saya cuba yakinakan family kami yang mereka hanya berkerja. Selepas dari tu janda tersebut semwkin rapat dengan keluarga kami dia baik dengan saya dan anak2 saya. dia rajin bila dia datang rumah nak tolomg uruskan hal anak2. kadang tolong masak tanpa saya minta. dia buat macam rumah dia sendiri. saya mengaku dia baik.
Lama kelamaan saya jadi lagi rungsing bila suami tak ada masa untuk saya dan anak2 semakin hari semakin lambat balik dan kami hanya jumpa awal pagi dimana saya dan anak2 sibuk nak kesekolah dan kerja..saya makin stress bila terpaksa uruskan hal rumah tangga sendiri..lebih menyedihkan bila ada apa2 ajak suami tak moh pergi bersama saya tapi bila dengan wanita tersebut mana dia nak pergi suami ikutkan walaupon urusan peribadi.
Sampai satu masa perempaun tu bagi tau saya dia saja tak set appointment dengan prospect sebab nak bagi masa kat suami saya bersama anak2 dan saya dalam hati eh dia plak yang tetukan masa suami bersama saya. saya jadi lagi rungsing dan tak tenteram bila tak ada kerja pon mereka tetap keluar juga pg menonton wayang alasan yang diberikan pada saya semetara nak tunggu prospect. Sehingga suatu hari saya wasap perempuan tu tanya dia hal dia dan suami.
Dengan macam tu saja dia mengaku bukan sekadaar rakan kerja lebih dari tu mereka bercinta. dia dah puas tolak suami saya tapi ni sume takdir Allah dan Dia warning saya jangan buat kerja Tuhan maksudnya jangan halang hubungan diorang saya tak boleh terima semua tu sebab pada saya suami saya tak mampu dari segala sudut. seperti kewangan dan tanggung jawab dia pada saya dan anak2.
Bila saya tanya suami kenapa dia buat macam tu pada saya dengan alasan saya tak layan dia dengan baik Ya Allah!! Ye Silap saya tapi saya ada alasan kenapa tak dapat layan dia dengan baik dia balik dah pagi. badan saya dah penat tunggu dia hingga lewat malam uruskan semua hal rumah dan anak2 sorang diri dan dia tak ada dengan saya saat saya perluakan bantuan dia.
Bila saya tanya bab kempuaan dari segi zahir.. dia kata rezeki tu dari Allah dia bergitu yakin Allah akan bagi rezeki lebih bila dia tolong janda tu. bab tanggung jawab dia janji dia akan berlaku adil dengan saya. diorang niat nak halalkn hubungan diorang kerana urusan kerja sebab sentiasa berdua. saya memang tak boleh terima semua tu. saya rasa dikhianati oleh suami dan dia.
Saya ada bagitau perempuan tu nak bagitau hal ni pada mertua saya. Tapi saya tak sampai hati nak kecewakan perasaan seorang ibu saya delete balik semua wasap saya dan pendam seorang diri. tapi sebaliknya perempuan tu plak yang wasap mertua saya dan buruk2 kan saya pada mertua saya yang mana saya tak masak dirumah selalu makan luar suruh saya berjimat cermat dan tidak jaga suami dengan baik. sikit pon dia tak bagitau apa salah dia dan suami saya sebaliknya mempertikaikann hal saya..
Saya tak masak dirumah sebab suami pon tak ada anak2 nak pergi tuition jam 8mlm saya terkejar2 uruskan hal rumah seorang diri. tak cukup masa saya nak buat semua tu. beli nasi pon untuk anak2 saja bila dah terlalu penat selera nak makan pon tak ada.. Kami penah bersemuka antara saya mertua suami dan dia. dia banyak bercakap bab2 agama. Ye kami kalah tak boleh nak lawan.
Dia kata saya tak macam siti khadijah tak macam bini firaun yang taat pada suami…tapi dia sikit pon tak fikir salah dia sentiasa bersama suami orang dimana batas pergaulan dia? Saya jadi tak boleh terima dia kerana dia sentiasa buruk2kan saya dan puji diri sendiri yang dia sangat baik. Apa yang saya nampak macam dia nak control hidup suami saya. saya memang tak boleh terima kecurangan suami saya. Saya memang mintak dia lepas kan saya dan saya yakin saya bole hidup sendiri selama ini pon saya yang uruskn anak2 seorang diri.
Tapi suami saya tak mau lepaskan saya…dia cakap apa pon jadi dia takkan lepas kan saya. Walaupun skarang dia cuba perbaiki diri untuk jadi suami/ayah yang baik dan banyak luangkan masa bersama saya dan anak2. saya memang tak bole terima dan suami kata saya pentingkan diri sendiri. sekarng suami selalu buruk sangka pada saya selalu kata saya ada lelaki lain sebab tu mintak dilepaskan.
dia kata saya lawa tak macam anak 3, ada kerjaya ada kereta dan rumah sendiri sebab tu saya berlagak dengan dia tak mahu hidup susah dengan dia yang tak ada apa2.. Makin hari hidup saya makin tertekan bole dikatakan selepas saya tau hal dia dan perempuan tu saya tak penah tenteram dan saya selalu bergaduh dengan suami kerana hal2 ni. bila bergaduh suami kata saya carik pasal dan derhaka tapi dia sikit pon tak penah nak mengaku saya jadi macam ni disebabkan kecurangaan dia pada saya..