Assalamualaikum admin. maaf malam2 macamni lewat menaip. cuma nak kongsi pedih hati dan perasaan malam ni. sedih sangat. macam ni, kisah nya mak mertua saya tak pernah suka kan saya. saya dah 6 tahun kawen dan ada 2 org anak. masalahnya sekarang ni mak mertua saya asyik mengungkit yang dia tak suka saya kawin dengan anak dia. tapi dengan cucu2 dia kemain lagi sayang tapi dengan saya? Dia tuduh saya buat apa2 dengan suami saya siap kata saya ni jampi2 dan bagi nasi kangkang la apa la eh saya ni lagu jampi tu tahu la, nak menjampi orang memang tak la.
nasi kangkang? masak pun jarang, selalu makan luar je sebab saya keje laki bini. ada pulak kata saya bagi nasi apa entah adoiii paling stress dia kata anak dia tu baik sangat sebelum kawen dengan saya. lepas kawen dengan saya je anak dia tu jadi panas baran. jadi kurang ajar sebab saya. adoi dia tak kenal anak dia sangat, sebab selama ni suami saya tu 24 jam study balik time cuti raya je. so bila dah kawen ni kuar la segala perangai dia. dengan saya pun dia baran siap pukul lagi.
Mil kata saya konker anak dia. suami saya tu takut sangat ngan saya. eh saya yang takut dgn dia ok. sampai trauma sebab dia pernah pkul saya pakai helmet and kasut. adoi tak tau la. pastu asyik bandingkan saya dengan anak buah dia. konon2 anak buah dia solehah sangat. saya ni buruk, jahat, derhaka. Macam mane saya nak handle perkara macam ni. saya ni boleh je pulangkan anak dia tu balik kat dia. saya dah pernah mintak cerai sebab tak tahan sangat dengan perangai mil ni. tapi suami saya tak nak lepas kan saya, so nak suruh saya buat apa lg?
Dah tu adik2 ipar pun benci saya. bila saya masak sume tak nak makan. takut la konon nya saya ni nanti jampi2 dalam makanan tu. bila saya tak masak mengata pulak. tapi memang betul saya jampi, stiap kali masak saya baca ya latif ya latif ya latif bagi sejuk hati semua yang makan. masalahnya dorang tak makan pun. pastu nak kata saya jampi itu ini. dan2 suruh saya ni mintak maaf dengan adik2 ipar tu, sebab konon nya suami saya ni gaduh dengan SIL tapi saya yang kena terhegeh2 minta maaf.
Stres kot hidup. saya ni nak handle anak2 lagi. nak jaga suami lagi. sampai diri and hati sndiri tak terjaga. apa entah masalah diaaa. adoi saya senyum je la setiap kali MIL cakap. dah malas nak layan. korqng agak2 apa nak buat, aku boleh je pulangkan balik anak dia ni. suruh je kawen dengan sape2 yang dia berkenan sangat nak jadi menantu tu asalkan aku tak stress pening terseksa asyik kena tuduh itu ini. penat la.. tolong la seseorg bagi sokongan kat aku. aku letih nak hadap semua ni. tolong aku terima kasih..




