Assalamualaikum. Terima kasih admin sudi siarkan cerita saya. Saya baru 4 bulan lebih berkahwin dan alhamdulillah rezeki saya pregnant (bunting pelamin) Jadi emosi saya sangatlah terganggu. Saya mudah terasa dan mudah menangis.
Semalam saya bergaduh teruk dengan suami hingga saya minta suami lepaskan saya. Ya saya tahu berdosa sangat dan saya sedar cuma saya terlalu sedih dan kecewa dengan sikap suami.
Kami keluar bersama ibu saya untuk beli barang. Dan masa tu suami nak keluar duit dari atm Setelah dia keluar duit, dia mula tarik muka Saya bertanya dia kenapa dan Dia terus cakap saya curi duit dia ke? Sebab dalam bank duitnya sepatutnya RM*000 Dan hilang berpuluh ringgit. Saya cakap lah saya tak tahu. Tak mungkin lah saya nak ambil sedangkan dia yang pegang kad bank dia dan kad bank saya pun dia pegang. Sebelum ini memang saya yang akan pegang tapi sejak pregnant alahan sangat teruk, 2bulan tak keluar rumah jadi sementara tu suami yang selalu keluarkan duit di atm. Bila saya tanya dia mana tahu dia yang dah keluarkan duit tapi dia lupa sebab suami memang suka keluarkan duit dan buang resit. Dia cakap dia tak keluarkan duit memang dia tak ada pergi atm.
Jadi saya diam sebab tak nak panjangkan cerita dan jalan untuk pergi beli tembikai. Masa tu saya mengidam nak makan tembikai Memang niat datang sana nak beli tembikai Dan sampai di tempat tembikai saya minta tolong suami pilihkan tembikai sementara ibu saya pergi tandas. Suami dengan muka bengis dan berkata “ambil lah sendiri, aku mana tahu. Aku dah lah pening kepala duit hilang” Allah saya hanya terkedu ketika tu ada orang lain disitu. Saya malu. Saya diam. Takpela tak nak lah tembikai sebab besar sangat nak sebelah je. Sedangkan saya memang teringin sangat. Saya bukan apa, saya boleh je ambil sendiri tapi bila dia sebut pasal duit hilang, duit tak cukup. Tu yang buat saya rasa macam saya ini menyusahkan dia ke? Jadi saya terus pergi. Dan menunggu ibu saya balik dari tandas. Masa tu suami berdiri disebelah saya dengan muka bengis dia. Saya bercakap lembut je, sudahlah tu, mungkin tak ada rezeki. Atau mungkin awak ada terkeluarkan ke. Dan saya suruh suami pergi bank besok untuk check kenapa hilang. Terus dia melenting tinggi suara. Sedangkan depan kami ada orang. Ya allah malunya saya masa tu. Suami tengking saya “kau faham tak duit aku hilang, aku simpan duit tu untuk beli barang raya, untuk beli baju raya, kasut raya kau dengan aku, nak bagi duit raya. Kalau duit hilang macam ini tak payah raya lah kita” allah saya nak menangis dekat situ. Saya hanya mampu diam dan suami terus berjalan tinggalkan saya disitu. Saya masih disitu menunggu ibu saya. Setelah ibu saya sampai, saya terus ajak ibu balik dan bagi alasan yang saya teringin nak tembikai sebelah je tapi disini jual sebiji. Dan kami pun terus balik.
Sampai dirumah suami masih tak puas hati masih nak tuduh saya sebab saya memang selalu beli barang online. Saya tertengking dia saya cakap saya tak ingin pun duit dia dan kalau saya nak beli online kena pakai hp dia sebab nak kena ambil code sedangkan dia pegang hp main game 24jam. Macam mana saya nak curi? Dan masa tu dia lagi marah sebab saya tinggi suara. Dia suruh saya check maybank2u saya cuba check 3kali tak boleh bukak sebab dah pukul 12. Saya katalah besoklah check. Dia jerit “aku takkan ampun kan dosa kau” dan terus keluar rumah. Dia balik rumah mertua. Kami bergaduh dalam whatsapp saya marah dia sanggup dia tuduh isteri dia. Lansung dia tak percayakan saya. Malam tu saya tidur dengan air mata. Sedih saya bila suami sanggup tuduh saya curi duit dia. Mentang2 dulu saya kerja ada duit, skrg saya berhenti kerja sebab alahan. Saya tak ada duit dia boleh tuduh saya.
Besok pagi tu dia call saya maki hamun saya depan mertua saya Dia cakap dia tak salah dan salahkan saya sebab tinggi suara. Saya cakap lah kenapa dia tergamak tuduh saya curi duit dia? Malukan saya depan orang? Dia tak ada rasa bersalah ke? Saya ada hati perasaan. Dan dia seboleh cakap dia hanya tanya saya. Ya allah tanya perlu ke tengking saya? Berkali2 sebut2 pasal duit hilang. Bukan makna menuduh ke tu! Saya tak tahan dah masa tu saya terus cakap saya takkan minta maaf biarlah dia tak nak ampunkan pun sebab saya tak salah. Saya banyak dah mengalah. Saya tak minta banyak saya cuma nak dia minta maaf dekat saya. Dia tetap dengan pendirian dia. Dia nak saya yg melutut dekat dia dan Kami hampir bercerai tapi suami tak sebut pun cuma dia berkali tanya betul ke saya nak tapi saya hanya diam. Tak mungkin lah saya nak cerai. Saya sayang suami. Berjam juga bergaduh masa call lepastu saya matikan call. Dia call berkali saya matikan sebab saya tak nak gaduh. Last2 dia balik rumah, bergaduh kejap saya hanya menangis diam dan akhirnya dia peluk saya minta maaf mengaku salah dia. Dia baru sedar sbb tuduh saya tapi hati saya terlanjur luka. Dia bagi duit sebelum dia kerja saya tak terima pun. Saya jd takut nak guna duit dia dah ?




