Assalamualaikum.. salam Admin. Tolong hidekan Profile saya. Saya dah berkahwin 29 tahun dengan suami saya.. dan kami sangat bahagia serta saling menyayngi antara satu sama lain. Suami saya seorang yang sangat baik, lemah lembut dan penyayang. Oleh sebab itu kami selalu digelar pasangan bahagia dengan anak2 yang agak baik paras rupa. Alhamdulillah… tanpa saya sedari kebaikan dan sifat prihatin lemah lembut suami saya mngundang keinginan orang lain untuk mnjadi pasangan dia.
Dia juga mempunyai paras rupa yang menarik… dan pekerjaan yang baik. Umurnya pada masa itu ialah 45 tahun semasa ada perempuan muda yang bujang tetapi bukan anak dara sebab dia memang banyak mengadakan hubungan dengan lelaki2 lain memikat dan menyerahkan tubuh badannya kepada suami saya. Memanglah bertepuk sebelah tangan tidak berbunyi tapi seorang lelaki berusia digoda perempuan muda dengan belaian dan memberikan habuan akhirnya mnyebabkan perempuan itu dikahwininya di Siam selepas berkali2 dia mengikuti suami saya ke hotel2 setiap kali suami saya ada urusan kerja di luar daerah.
Perempuan itu brumur 21 tahun pada waktu itu dan telah bergaul secara tidak halal dengan banyak lelaki dan yang terakhir sebelum suami saya ialah suami orang anak 5. Dia berjumpa dengan suami saya di sebuah kelab semasa suami saya dengan semua Pengarah sejawatan dengannya sedang brsantai2 selepas habis mesyuarat. Dia ke sana sebagai perempuan yang melayan lelaki di kelab2 mewah.. kebetulan dia melayan suami saya. Dan dari situ apabila dia tahu jawatan suami saya mereka mula bertukar no telefon dan fb.
Dipendekkan cerita saya memang tak pernah menghidu perbuatan terkutuk mereka sebab suami saya tak pernah berubah dan dari sehari ke sehari semakin menyayangi saya. Saya pernah mendapat surat layang menyatakan suami saya sudah brkahwin lain dan punyai anak satu tapi dinafikan sekeras2nya dengan nama Allah oleh suami saya sebab dia memang selalu dicemburui oleh orang2 bawahannya. Kuasa Allah saya terjumpa surat nikah siamnya dengan surat pemeriksaan kesihatan mengandung perempuan itu di rumah saya.
Mungkin sengaja diletakkan oleh perempuan itu agar saya temui dan ketahui kewujudan dia sebab selagi saya tak tahu dia dilayan sebagai perempuan simpanan yang disembunyikan dan tidak diiktiraf sebagai seorang Isteri oleh suami saya.. hanya sebagai pelayan sahaja. Semuanya terbongkar selepas 5 tahun mereka bersama dan telah punya anak 1. Saya minta dilepaskan dan saya failkan kes di mahkamah tapi suami saya merayu2 pada hakim dan saya agar saya menarik balik kes itu kerana dia terlalu sayang pada saya. Kerana dia memang seorang yang sangat baik dan bertaggungjawab dan atas nasihat keluarga suami saya , kami tidak jadi brcerai dan masih kekal sebagai suami isteri.
Biasalah perempuan muda yang menjadi penempel dalam Keluarga kami sering mnjadi punca prgaduhan antara kami brdua dan selalunya suami akan terap beralah dan memujuk saya hinggalah malam semalam kami brgaduh lagi. Saya ambil kunci kereta dan meninggalkan rumah tetapi suami saya mengejar sehingga saya hilang di traffic light.. dia tetap menelefon dan menghantar mesej merayu saya balik ke rumah dan jangan tinggalkan dia dan anak2 sambil menyatakan dia sangat2 sayang pada saya dan saya sentiasa menjadi keutamaanya sampai bila2 pun.
Dia mengaku dia teramat sayang pada saya dan sayalah isteri yang paling disayaginya dunia an akhirat dan mengaku perempuan muda dengan nama itu hanya diperlukan untuk keperluan batin sahaja sebab itulah kelebihan dia brbanding saya yang telah brumur 50 tahun ini.. suami saya sudah brumur 52 tahun sekarang. Kalau perempuan itu tidak melayan keinginan dia, dia tak akan beri nafkah dan mengabaikan perempuan itu, berbeza dengan saya katanya kasih sayang dan cinta dia tanpa syarat.
Memang saya akui dia sangat2 sayang pada saya dan sentiasa memenuhi apa2 sahaja kemahuan saya. Semasa suami saya kesedihan mencari2 saya perempuan itu mnghubungi suami saya dan suami saya mnyatakan yang saya lari dari rumah. Yang menyakiti hati saya dia boleh mengatakan saya ni mengada2 tak sedar dah tua konon nak perhatian suami dengan larikan diri dari rumah. Dia menyindir2 saya dengan mengatakan perempuan tua mngada2 dan berkata pada suami saya suruh saya lari jauh2 supaya senang dia take over suami saya terus.
Malam itu suami saya dapatkan saya kembali dan kami berbaik2 macam biasa sebab kami memang tak pernah bergaduh lama sebab suami saya akan sentiasa beralah dan memujuk sehingga saya kembali tenang. Yang menyakitkan hati saya cuma kata2 perempuan penempel itu.. yang mengapi2kan suami saya agar dia dapat memiliki suami saya sepenuhnya. Itu sahaja luahan hati saya pagi ini admin. Terima kasih kerana mendengar luahan dan berkongsi rasa dengan saya. Berilah saya kekuatan agar saya akan terus mampu mempertahankan rumahtangga yang hampir brusia 30 tahun ini. Terima kasih.




