Hi min. Aku nak tanyalah kat para suami kalau ada yang sama pengalaman dengan aku ni. Macam ni aku dah berkahwin 12 tahun dan isteri aku seorang yg sgt workah0lic. Tak terlebih jika aku katakan yang dia bercinta dengan kerja dia. Dia bekerja di sector perundangan dan bergaji berbelas ribu. Tapi disebabkan tuntutan kerja dia, batin aku seringkali terabai. Kalau isteri orang lain mengemas rumah, susukan anak, jaga anak, suami balik buatkan kopi, aku tak pernah rasa semua tu min.
Semua orang gaji yg buat kecuali memasak (bila aku kata memasak, bini aku mmg masak je. Potong cili, bawang, kemas dapur semua orang gaji buat) kalaulah orang gaji kat rumah aku tu muda lawa, dah aku jadikan bini kedua tp tu lah, orang gaji aku tu muka standard2 je. Banyak kali dah kami gaduh sbb dia terlalu pentingkan kerjaya dia. Sampaikan satu tahap aku suruh dia pilih aku atau kerjaya dia. Korang nak tahu siapa dia pilih? Kerjaya dia. Katanya dia bercita2 nak jd lawyer ni sejak dari sekolah rendah. Katanya dia dah belajar separuh mati dan abaikan zaman remaja dia sbb terlalu nakkan kerja lawyer ni. Katanya makbapak dia sampai terpaksa jual kebun utk biaya pengajian dia. Katanya dia takkan tinggalkan kerjaya yg dia dah bina sejak dari bangku sekolah lg semata2 sbb nak taat kat suami.
Dia lagi rela bercerai atau dimadukan dan aku memang dah pasang angan2 nak kahwin lain tapi bila aku pikirkan kos hidup, dan dah tentu bini baru nak anak, kena pikirkan pampers susu anak lg, aku tak sanggup min. cukuplah perit jerih aku besarkan 3 anak2 sampai dah sekolah dorang skrg ni. Setiap kali aku suruh bini berhenti kerja, duduk rumah, dia akan tanya berapa duit yg aku mampu bagi. Dia bayar rumah 3.4k, bg mak ayah dia 2k, bayar kereta 2k, bayar org gaji 1.3k, 1.7k bayar tutor anak2, belum barang2 shopping dia lagi.
Mmg aku tak mampu nak bg semua tu sbb gaji aku 6k je. Apa yg aku perlukan Cuma seorang isteri yg pangkatnya tidak lg tinggi dari aku, yg mampu taat dan ikut semua ckp aku tanpa bantahan. Aku nak tu je min.bila aku luahkan perasaan aku kat isteri, dia suruh aku jd matang dan igt janji2 aku dulu. Ye aku ingat aku pernah berjanji aku takkan mintak dia jd surirumah. Tp masatu dia baru nak start kerja, gaji pun ala kadar dan dia tak besar kepala seperti sekarang. Sekarang ni semua minta org gaji buatkan, anak2 siap ada tutor kat rumah, dia balik rumah, masak, makan pastu rehat2. Pinggan semua tinggal biar org gaji buatkan.
Aku teringin min nak buat kerja rumah sama2, nak masak sama2. Bila aku cakap mcm tu, bini aku gelak je min. dia kata dia tak nak buat kerja remeh temeh. Buang masa dan tenaga dia je. Anak2 aku pulak makin mcm perangai mak dia. Balik sekolah terus rehat2, petang ada kelas ngaji, malam buang homework dgn tutor. Kemas baju, kemas buku semua orang gaji buatkan. Aku dah penat min dgn perkahwinan korporat seperti ni.
Aku mahukan bini yg lemah lembut, yg bergantung harap pada aku, yg takut jika aku tak redha dgn kehidupan dia. Bukan bini yg berpangkat tinggi, yg tak mau dgr cakap, yg tak kisah jika bercerai. Siapa yg ada pengalaman boleh tak share mcm mana nak handle bini mcm ni sampai dia boleh jd bini idaman aku. Jgn suruh aku cerai sbb aku tak kuasa nak bina keluarga baru.




