Dah lama aku pendam benda ni. Aku pilih maruah keluarga dri prasaan sendiri. Tapi hari ni aku kena pilih maruah aku demi masa depan anak2 aku juga. Selalu dalam drama tv ni, yang pegang watak jahat selalu ciri2 dia orang yang berada, kaya, berharta dan hidup serba mewah. Yang selalu ditindas ni mesti yang miskin dan susah. Aku bukan la kaya, ataupun miskin. Tapi sekadar mampu hidup selesa. Semua tu hasil dri titik peluh sendiri. Susah senang yang aku lalui sorang diri tanpa ada bantuan dri adik bradik aku selama ni. Dalam 4 beradik, yaa aku orang yang bernasib lebih elok dri yang lain. Bukan nak menghina atau memandang rendah adik bradik. Sumpah tak penah sekali aku pandang rendah. Sebaliknya aku yang selalu disisih. Hanya kerana aku hidup lebih selesa dari yang lain.
Yang sulong dalam keluarga aku, kakak, no 2 pun kakak, no 3 ababg, dan aku yang bongsu. Selalunya bongsu ni lebih dimanjakan dalam kluarga, tapi terbalik dengan aku. Aku pulak yang selalu dibiarkan berdikari dari yang lain. Aku ni pelajar asrama penuh. Habis saja spm terus aku cari keja. Seawal umur aku 18 tahun, aku dah start hidup sendiri. Sewa rumah dengan kawan2. Keja dan sara hidup aku sendiri. Kakak aku yang sulong pun bekerja. Cumanya yang no 2 dan no 3 saja. Masih tggal dengan mak aku. No 2 dan no 3 ni penah keja tapi sekejap ja. No 2 alasan dia susah kerja bawah orang. Paling lama dia keja sebulan ja.
No 2 ni kawin awal. Umur 17 dah kawin. Tak sempat ambik spm pun. Dia dah kawin. Calon pilihan hati sendiri. Bukan paksaan atau pilihan orang tua. Sepanjang perkahwinan dia, suami dia tidak bekerja. Dia juga tak bekerja. Penah cuba bekerja tapi separuh jalan. Alasan yang sama tak suka diarah orang. bermula episod cerita hidup dia yang susah tu. Semua sedia maklum suami dia tidak bekerja, takda sumber pendapatan. Cuma kadang ada hasil sikit2 dari jualan yang kakak aku buat. Penah dia kutip buah kelapa tua jual.
Suami dia asal dari kluarga yang berharta, tapi bukan la kaya. Kluarga ada tanah bendang dan padi. Penah juga masa awal kawin, bapak dia bgi dia uruskan tanah bendang tu dan hasil tu dibayar pada dia. Tapi separuh jalan juga, alasan rosak buah pinggang dia bawa kebota tu . Kakak aku ni sayang suami. Kesiankan suami. Jadi turut ja cakap suami. Masa ni semua orang rasa simpati dekat dia. Suami sakit buah pinggang katanya. aku terpikir buah pinggang ke sakit pinggang tapi katanya bapak mentua tak pikirkan semua tu dan masih arahkan suami dia buat keja berat macam tu juga.
Tapi Kalau buah pinggang dah lama laki dia tak boleh jalan dah. Kena pergi dialysis. Sampai 1 tahap dia tak pedulikan lagi suruhan bapak dia. Hari2 bangun tidor pun lewat tengahari. Rumah bersepah, tak penah kemas. Basuh baju pinggan mangkuk jauh sekali. Terjadi 1 kejadian barang kemas mertua dia hilang. Mula la pergaduhan dengan mentua dia. Kluarga mentua halau keluar dri rumah. Jadi bermula la sesi menumpang rumah mak aku yang sekangkang kera tu.
Lepas setahun kawin dia dapat anak sulong prempuan. Mak aku usahakan bagi ada pendapatan untuk dia dengan suami dia. Carikan gerai di medan makan untuk dia berniaga, mula berniaga kedai minuman. Tapi tak bertahan lama juga. Tutup. Masa ni aku masih sekolah. Duk dengan mak aku lagi. Lepas berapa bulan, mak mentua dia datang pujuk dan ajak pindah balik, lepas nenek belah suami dia meningg@l. Mak mentua benarkan dia dengan suami dia tinggal di rumah peningg@lan nenek suami dia. Lepas beberapa hari dia pun pindah balik. Rumah tu terletak berhadapan rumah mak mentua dia. Terpisah dengan jalan batas kecik saja. Tak jauh pun.
Setiap hari, lepas bangun tido dia akan naik moto bawa anak dia ke rumah mak aku, tiba waktu malam dia akan balik rumah tu untuk tidur. Itu la rutin harian dia. Suami dia, entah apa dia buat. Sepanjang tempoh tu, brapa kali moto dia ditarik sebab tak mampu bayar, sebab dia dengan suami dia tak ada pendapatan tetap tiap2 bulan. Kadang mengharapkan ehsan orang beri pada dia, anak dia mula tadika, aku yang bayarkan yuran sekolah. Sebab aku belum punya anak sendiri. sepanjang 10 tahun kawin, itu la rutin dia.
Aku tak berkira dengan dia. Aku bekerja di penang, setiap kali dia datang penang, rumah aku la tempat dia anak branak tumpang berteduh.
Penah juga dia datang melawat adik ipar dia yang belajar di usm, bawa datang tumpang di rumah aku. Aku benarkan ja. Sebab aku kenal juga adik ipar dia tu.
Dalam tempoh tu, Ada juga dia cuba jual2 sikit2 barang, tapi hasil dia tak banyak mana pun. Macam2 cara juga dia cuba buat untuk dapatkan duit. Tak kisah cara betul atau salah. Tapi dia seorang yang selalu merasakan orang berhutang dengan dia berhutang tanggungjawab. Penah dia minta aku carikan laptop untuk adik ipar dia yang belajar di usm tu, bagi bayar instalment. Aku carikan untuk dia. Brapa harga yang dia jual pada adik ipar dia aku tidak pasti.
Pernah 1 hari dia call, maklumkan aku yang dia akan datang penang untuk melawat adik ipar dia. Dia rancang akan bawa adik ipar dia kerumah aku. Sebabnya adik ipar dia baru saja dapat pinjaman belajar. Dia penah pinjam acc bank adik ipar dia untuk buat pengeluaran duit, jadi dia tau segala pin no adik ipar dia.Jadi dia merancang untuk ambik kad bank dan keluarkan duit adik ipar dia tu. Dia minta aku tunjukkan dia di mana bank yang terdekat dengan rumah aku. Yang boleh mudahkan dia buat pengeluaran.
Esok hari, dia hantar aku ke tempat keja. Jadi aku pinjamkan dia moto aku. Tgahri tu dia datang ambik aku di tempat keja untuk bawa dia ke bank, pada masa tu dia tipu suami dan adik ipar dia, yang dia keluar beli laksa. Lepas selesai dia hantar aku balik ke tempat keja dan dia pun balik ke rumah. Malam tu dia hantar adik ipar dia ke asrama, dan dia selitkan kad pelajar tu dibawah bantal adik ipar dia. Alasan dia memang patut pun adik ipar dia bagi duit tu dekat dia. Sebabnya bapa mentua dia tak penah kisah dia anak beranak. Hanya kisahkan anak prempuan saja.
Dia penah jadi agen insurance masa tahun 2007/2008. Tahun ni aku dah kawin. Cuma belum ada anak, tengah mengandung anak sulong. Masa ni seronok dia sebab setiap Customer dia, dia ajar buat claim, double claim. Tapi dia dapat duit dari semua tu. Seronok masa ni, hari2 dia cari customer, dan dia memang made profits dari situ termasuk aku. Aku salah sorang customer dia. Aku masuk hospital dan buat claim. Aku janji akan bgi dia 2k untuk claim tu. Tapi dia makin kelam mata dengan duit ni. Dari nak dapat 2k, dia merancang untuk ambil semua duit aku. Rancangan bersama dengan kakak aku yang sulong. Modus operandi dia sama macam dia gunakan dekat adik ipar dia. Sebab aku penah bgi dia pinjam kad bank dan pin no aku. Jadi 1 hari kad bank aku hilang.
Dalam masa sama claim aku dimaklumkan reject sedangkan aku follow up sendiri semuanya dlm proses. 1 lagi kebetulan, kakak aku yang sulong nak pinjam acc bank aku, kononnya kawan dia nak beli insurans, dan tempat dia takda bank maybank. Disebabkan tempat pedalaman sedangkan semua sedia maklum maybank yang paling bersepah kat malaysia ni. Aku mula syak rancangan dia. Aku terus block kad bank aku. Aku maklumkan kakak aku yang kad aku dah hilang. Dia beriya nak juga acc no aku. Walaupun kad aku dah takda.
Aku pun bagi dlm masa sama aku suruh guna saja acc bank suami aku, atas alasan aku masih dalam pantang, susah untuk aku nak ke bank buat kad baru. Tapi dia tetap nak acc aku. Katanya kawan dia dah kluarkan cek atas nama aku. Aku pun tanya brapa amount tu. Nanti kalau dah masuk aku kluarkan. Dia kata dlaam 43 macam tu. Aku pun biar saja. Dalam masa tu aku follow up dengan company insurance aku, rupanya claim aku dah lepas dan cek aku dah diambil oleh agen aku maksudnya kakak aku la. Amount cek aku dlm RM 41.
Terjadi pergaduhan bila aku soalkan benda ni. Malam tu juga aku dihalau, mak aku memang tak pecaya apa yang aku katakan. Semua kata aku saja buat tuduhan macam tu sebab dia susah . Aku la aniaya dia. Aku kluar dri rumah mak aku tu pukul 12/1 tengah malam. Bawa semua barang2 aku terus keluar. Kami tak da tempat nak tuju, kami buat keputusan balik ke rumah mertua aku. Keesokan hari baru kami ke penang. Untuk cari rumah sementara rumah aku tu dah diberi sewa pada orang.
Aku buat keputusan pindah ke rumah mak aku pun sebab atas nasihat kluarga masa tu yang konon ambik berat dekat aku. Kebetulan kilang tempat suami aku keja tu nak tutup. Jadi kami pindah dan bagi orang sewa saja rumah tu. Bila terjadi benda ni kami pun ke penang cari rumah dan keja. Dlam masa yang sama aku cari kawan kakak aku yang kononnya beli insurance tu. Dia kata kakak aku yang suruh dia bank in dlm acc aku. Sedangkan dia beli insurans dengan orang lain. Aku tanya kenapa perlu guna acc cimb dan bukan maybank. Kata dia semua tu atas arahan kakak aku dan amount yang dia beli cuma la 300 saja. makna nya amount 43 tu termasuk claim aku la.
Tiba2 ayah aku call maklumkan cek aku sampai yang dikatakan reject tu sampai lawak sangat masa ni. Tapi mak ayah aku masih tak nampak benda ni, dan aku masih dipersalahkan juga. Sebab tuduhan aku tu ibarat keterlaluan pada seorang kakak aku balik untuk ambik cek aku. Dan lepas tu aku balik semula ke penang. Tapi dia masih mengharap akan dpt sebahagian duit tu dri aku. Tapi hati aku terlalu sakit untuk aku bagi dekat dia. Aku pilih untuk tak bagi sesen pun. Dia mengamuk macam2 kat mak ayah aku, sebab aku tak bagi duit yang dia nak. Sampaikan dia call m@ki hamun aku macam2. Aku tetap tak bagi.
Dia call suami aku dan kata aku dah berzna dengan laki lain dan Ini semua dia akan tanggung di akhirat nanti sebab aku tak penah maafkan kesalahan dia yang ni. Punca ni yang buat rumahtgga aku hancur. Kesudahannya, ayah aku terpaksa pinjam duit dan bagi dekat dia, yang konon aku dah bagi. Mak aku siap pesan, kalau dia tnya tentang duit tu, ngaku yang itu memang duit aku. Sebabnya dia memang nak duit aku. Sepanjang tu, dia cuma ada seorang saja anak pompuan. Belum diberi rezeki anak kedua. Penah juga dipertikai mentua kenapa dia tak mengandung lagi, sedangkan biras dia dah beranak anak laki 2-3 orang sudah.
Dia berusaha untuk mengandung lagi, sampaikan dia dapatkan rawatan kat hospital. Tapi belum diberi rezeki. Tahun 2010 dia diberi rezeki mengandung lagi. Tak terurus, dan hanya aku sorang saja yang practice kebersihan ni. Aku perlukan rumah yang lebih selesa dan selamat buat aku dan anak aku. Aku tak selesa bila duduk dlm keadaan kebersihan tak dijaga. Makan tggal atas meja. Lantai kotor tak di mop. Setiap hari tu aku yang akan buat semua keja2 rumah sepanjang aku duduk disitu. Mula2 semua rasa tak setuju sebab aku cadang nak pindah rumah lain. Katanya aku sengaja tak nak tolong mak aku. Tak nak mak aku tumpang hidup aku.
Pergaduhan tercetus bila aku tak setuju untuk terus sewa rumah tu. Aku dituduh abaikan mak aku. Dan sekali lagi mak aku sebelahkan dia. Aku cuba pertahankan diri aku. Tapi aku tetap dipersalahkan. Aku hilang sabar, mengamuk juga aku time tu. Kalau dah dalam 4 orang, semua tuduh aku yang salah, tak ada yang nak mendengar penjelasan atau pertimbangkan apa yang aku cakap. Sebab dia tak penah mengaku apa yang dia buat. Setiap kesalahan dia letak atas aku 100%.
Hutang aku dikira tolak segala sewa bermula hari pertama aku jejak kaki ke rumah tu. Aku pilih untuk kluar dri situ. Dan akhirnya aku buat keputusan beli rumah baru dan terus pindah. Jadi tak ada alasan kenapa aku harus sewa rumah tu. Proses nak dptkan rumah tu pun makan masa yang agak panjang. Aku terpaksa hadap segala kelaku orang pada aku. Mak aku tak bercakap dengan aku, walaupun tggai sebumbung masa tu. Aku bertahan lagi, sewa rumah aku bayar walaupun aku tak berapa setuju dengan cara tu. Aku dipaksa sewa bukan atas kerelaan aku. Sedangkan pada awal aku rancang untuk cari rumah sendiri, tapi dipujuk supaya tinggal sekali atas alasan konon senang bila ada apa2 yang jadi. Touching sangat bila ada adik bradik yang sangat carekan aku.
Malam raya dia ada masage dalam group, acah2 minta izin aku. Ayat dia macam ni “aku nak tumpang duk rumah mama, boleh tak”. Aku pilih tuk diam. Sebab dah terang disitu rumah mak aku. Boleh ke aku jawab ya atau tak? Sepatutnya jawapan dri mak aku. Masa tu aku dirumah mertua. Aku dipersalahkan juga dlm hal ni. Katanya aku gamak buat dekat dia, sedangkan dia dalam masalah time tu. Suami dia mengamuk sambil ambik pisau nak sem belih anak. setiap kejadian dalam hidup dia memang aku la yang bertanggungjawab.
Sebaik aku dapat kunci rumah baru, Aku terus pindah tanpa maklum pada sapa2 sebab takda siapa yang bercakap dengan aku masa tu. Aku carikan lori sendiri, aku aturkan semua sorang diri aku. Sebab suami aku keja di Borneo. Dalam masa sama aku masih tggalkan katil, aircond, meja makan, almari, kabinet dapur dekat mak aku. Aku cuma bawa bersama baju aku, katil anak aku dan sofa saja. Tapi aku masih dituduh gamak buat dekat mak aku kerana aku ambik sofa aku.
Aku terkilan sebab sofa yang aku beli 7/8k aku jaga sehabis elok walaupun dah bertahun, tapi masih nampak baru.
Bila tiba di rumah tu, masing2 tak penah kisah barang aku, habis diconteng anak dia dengan pen dan marker. Aku pun dah taktau apa yang sebenarnya tak kena dengan tindakan aku. Sememangnya dri awai semua barang aku sekadar tumpang sementara. Tapi bila aku bawa pindah dituduh aku abaikan mak aku. Lepas aku pindah, aku tggal bertiga saja dengan anak2 aku. Suami aku kerja di Borneo. Setiap kali sakit demam aku, aku uruskan anak2 sendiri tanpa bantuan sapa2.
Aku penah pitam berkali2 dalam rumah sebelum aku didiagn0s dengan penyakit batu karang dalam hem pedu dan buah pinggang. Aku cuba sedaya boleh untuk tak minta bantuan sapa2. Aku operati0n buang hem pedu aku, aku drive sendiri bawa sama2 anak2 aku ke hospital. Aku pilih cuti sekolah sebagai tarikh aku dibedah. Untuk elakkan anak aku ponteng sekolah. Lepas 2 hari aku dibedah, aku drive sendiri juga balik ke rumah dan uruskan sekolah anak macam biasa. Rutin harian aku berjalan seperti biasa, setiap pagi aku akan dukung anak aku yang kecik yang masih tidur masuk ke kereta dan hantar anak sulong ke sekolah. Benda ni berjalan seperti biasa sampai aku dibawa pindah ikut suami aku. Sebab risaukan keadaan aku.
Berkali kali aku maafkan perbuatan kakak aku ni. Aku mengharap setiap kejadian tu adalah yang terakhir berlaku. Tapi aku masih berjaga2 dalam setiap tindakan. Cumanya aku masih cuba berbaik dengan dia. Aku anggap dia dah matang dan berubah. Aku ziarah dia masa raya. Atas alasan mak, aku berbaik dengan dia. Tapi aku tersalah buat penilaian. Dia tetap tak berubah. Hari ni tercetus lagi pergaduhan yang melibatkan duit. Dia canang aku seorang yang tak bertanggungjawab pada mak aku. Aku abaikan mak aku. Sedangkan gaji suami aku puluh ribu, tapi bela mak seorang pun tak mampu. Semua terpedaya dengan kata2 dia. Semua percayakan dia. Sekali lagi aku terpaksa kunci mulut aku sebab takmau terjadi pergaduhan. Aku masih berdiam. Aku dituduh macam2. Segala penganiayaan aku buat dekat dia, mak bapak aku.
Dia bergaduh dengan kawan dia. Atas sebab duit. Dimana kawan dia muka sedar yang dia mempergunakan kawan dia sebagai sumber kewangan dia. Kawan yang mana turut dihasut untuk membenci aku atas sebab yang aku tak buat. Tapi aku juga dikaitkan hari ni dlm pergaduhan tu. Aku dituduh punca dia bergaduh, kerana aku orang yang menyampai segala cerita palsu tentang dia.Aku dituduh mereka-reka segala cerita sedangkan aku taktau apa yang berlaku antara dia dengan kawan dia.
“Memandangkan cerita ni makin hari makin panas, dan aku memilih untuk berdiam. Tapi terlalu bnyak spekulasi yang kluaq acah2 retis sat. Aku terpaksa buka mulut juga akhirnya. Aku dah cuba memilih untuk tak mengeruhkan lagi keadaan, tapi keadaan semakin teruk bila pihak sana tak berenti mengeluarkan statement, dan seolah2 cuba pancing aku untuk bercerita. Aku mulakan dengan episod kat mana aku dpt isu “makan duit” ni. Semua sedia maklum aku p china bulan sept ritu. Semua bermula kat sana, pahit getir yang aku tempuh kat sana bersama2 dengan dia.
Saat2 aku dengan dia redah bawa diri tanpa bantuan sapa2 dengan duit takda dlm simpanan. Kami terpaksa berkongsi sewa 1 apartment beramai2. Atas dasar perkongsian tu, aku dengan dia dikenakan charge RM850 sorang. Sedangkan aku dgr pasangan lain cuma bayaq RM 240+ macam tu. Aku terkejut tapi aku tak mampu nak bersora. Aku ikut saja masa tu disebabkan yang lain tak bercakap dengan aku atas sebab aku sendiri pun tak pasti. Pada hari kedua, aku diajak terus ke airport atas sebab kata berlaku pergaduhan antara dia dengan adik dia. Kami sama2 kekurangan duit waktu tu. Atas sebab persahabatan aku meredah sama2 dengan dia, sampai la ke airport.
Aku bersuara tanya pasai duit bilik, takkan kita nak biaq saja. Dia jawab, takpa. Anggap la rezeki adik dia. Gamak dia makan duit kita. Tuhan ada tuk balas, tak jadi dekat dia, jadi dekat anak2 dia nnti. Aku pun redaha sebab kesian tgk dia. Adik sendiri buat macam tu. Setiba aku kt aloq staq, aku dah tak contact terus dengan adik dia. Memang aku marah gila kt adik dia. Aku terus block no adik dia. Tapi aku masih berkawan baik dan berurusan macam biasa dengan dia. 1 hari aku terjumpa dengan mak dia. Kat sini mulanya isu tu. Mak dia kata, adik dia kata jgn sampai dia crita yang kakak dia makan duit aku. Aku masih tak syak apa2 dekat dia. Tapi aku marah pasai apa adik dia sanggup cakap macam tu dekat kak dia.
Dia marah sangt bila aku tnya hal tu. Yaaa memang masa ni aku serahkan duit yang aku buat pinjaman tu dekat dia atas dasar percaya dekat dia. Sebab aku seorang yang penakut dan aku tinggal seorang diri dengan anak2 saja dirumah. Atas dasar keselamatan juga aku serahkan dekat dia. Jadi setiap kali aku perlukan duit, aku akan ambik dri dia. Kat sini la yang orang nampak aku macam diperb0d0hkan dan dipergunakan. Ada yang persoalkan tindakan dan keputusan aku. Logik akal, aku boleh simpan duit tu sendiri dengan selamat kat dalam acc bank aku, tapi atas “NASIHAT” kawan aku, menyakinkan aku yang duit akan lebih selamat kalau ada dengan dia. Seolah2 aku seorang yang cuai dalam urusan duit ni.
Aku setuju serahkan 80k cash dekat dia. Kesudahannya aku dimaklumkan duit aku dah habis dlm masa yang singkat. Ya memang duit laju keluar, tapi sangat tak masuk akai bila dikira balik segala perbelanjaan aku. Makin hari makin bnyak benda yang aku rasa curiga, tapi aku masih tepis perasaan tu, dan cuba percaya dia sebagai kawan aku. Aku pendekkan crita kat sini, aku mula terasa ada yang tak kena. Bila kawan2 tnya brapa harga keta yang aku beli. Yaaa aku beli keta Alza 2nd dengan harga RM36000. Tanpa aku rasa curiga. Aku serahkan semua urusan pembelian tu dekat dia sepenuhnya.
Kawan2 tegoq aku, keta tu tak sepatutnya harga sampai 36k. Terlalu mahal untuk keta tahun 2011. Anggaran harga keta tu sepatutnya tak lebih 30k. Aku masih cuba percayakan dia. Mungkin kawan2 yang lain tak tau nilai keta tu. Tapi dlam aku berkawan baik dengan dia, dia ada post di fb yang mana aku rasa dia sindiaq aku. Tapi aku cuba untuk tak mau terasa. Tapi bohong la kalau aku tak rasa sebab setiap yang dia sebut memang berkaitan aku. Maka kat situ aku mula rasa ada yang tak kena. Tapi aku tetap kawan baik lagi dengan dia. Memang sepanjang berkawan kami banyak berkongsi cerita. Dari cerita biasa sampai ke cerita peribadi.
Mengumpat tu memang tak lari la macam yang semua orang nampak kt fb. Aku bekap dia, dia bekap aku bila orang ngata. Tapi dia bnyak juga kenai semua kawan2 aku. Kat sini mulanya istilah kawan tikam kawan. Sedangkan bnyak cerita mai dri mulut dia sendiri, dan juga status yang dia selalu buh di fb. Ada yang bertanya aku bila dia buh status di fb, sebagai kawan baik, aku tolong explain apa yang jadi, dan apa yang dia lalui. Macam mana dia buat untuk aku bila orang bertanya hal aku. Tapi hari ni aku dituduh mencanang menjaja. ok kat sini aku dah tersilap pilih kawan.
Kemuncak tercetusnya perang ni, sebab dia call habis semua kawan2 aku tekan tnya aku ada crita apa pasai dia, laki dia ngan kluarga dia. Aku tiba2 dapat call dri dia, marah2 aku kata aku canang segala cerita dia dengan laki dia dekat orang ramai. paksa aku ikut bersemuka dengan abah dia. Abah dia nasihat suruh settle elok2. Jadi aku pilih untuk diamkan diri. Tapi keadaan tak jadi seperti yang diharapkan, dia tetap tak puas hati dengan aku, sampaikan laki dia mai rumah aku awal pagi pukul 6. Isu makan duit tu terlalu panjang untuk aku crita kt sini. InsyaAllah aku akan tulis penjelasan dan pengiraan kat mana yang aku sedaq aku bayaq lebih dri harga atau nilai yang betui beserta bukti.Termasuk beberapa isu yang katanya aku tuduh orang curi duit aku dan sebagainya. “
Status yang diupdate kawan dia di fb. Tapi aku juga disalahkan. Sepanjang tempoh dia jalankan bisnes dia ni, dia banyak buat benda yang tak betul. Tapi takda siapa yang mampu tegur dia. Aku penah tegur dia. Bergaduh sana sini, letak dalam facebook, termasuk la bergaduh dengan suami dia. Adik bradik yang lain, ipar dia, mentua dan biras. Semua dia akan letak dalam facebook. Aku penah berpesan, kurangkan bercerita di facebook, kerana gaya kita tu yang akan buatkan orang ramai tercari2 info tentang diri kita. TAK mustahil 1 hari nanti musuh yang dia cipta sendiri tu akan tau segala kelemahan dia.
Perkara yang aku risaukan tu dah terjadi hari ni. Orang ramai yang penah bergaduh dengan dia mula tau segala tentang dia, latar belakang dia. Termasuk hal suami dia seorang penagih d@dah. Semua ni kerana dia sendiri yang terlalu mudah suka bercerita hal peribadi dengan orang ramai. Dan akhirnya musuh dia gunakan semua tu sebagai senjata untuk menentang dia hari ni. Aku tak mendoakan penceraian atau keruntuhan rumahtgga dia. Tapi selagi dia masih bersama dengan laki tu, Kehidupan akan kekal macam tu sampai bila2.
Dia akan teruskan keja kotor dia demi sesuap nasi. Desakan hidup akan terus memaksa dia mencari duit dengan cara kotor dan mudah. Suami dia tak penah ada kesedaran walaupun skrang dah beranak 4. Sepatutnya 5, tapi disebabkan tiada tanggungjawab dari suami dia, dia memilih untuk gu gurkan yang ke 5 tu. Prasaan hasad dengki dengan adik bradik tu memang tak akan hilang selagi kehidupan dia tak berubah. Dia akan sentiasa rasa orang berhutang dengan dia. dan patut berkongsi rezeki dengan dia.




