salam admin dan warga KRT, saya hanya ingin meluah segala rasa terpendam dan juga ingin mendengar pandangan warga KRT. saya isteri ibu kepada 4 orang anak, da mendirikan rumah tangga selama 12thun. Alhamdulillah di kurnia suami yang bertanggungjawap walau pun saya berkerja nafkah suami tak pernah culas.
pada 8 tahun perkhawinan, rumahtgga kami d uji pada saya ia amat menyakitkan, hubungan kami hadir org ketiga iaitu suami punyai kekasih (ex girlfriend di zaman sekolah) walaupun perempuan itu telah mempunyai suami serta 2 orang anak tapi masih juga ada masa melayan suami saya sehingga ke tempat tidur.
Saya sangat kecewa apabila mendapat tahu kejadian yang tak perna saya duga akan jadi dalam rumahtgga saya, saya terima dengan redha mugkin semua ini asbab untuk mengurang kan segala dosa saya yang lalu. Dengan kekuatan yang ada saya nekad untuk bersemuka dengan suami perempuan yang dah berjaya menggoyah rumahtgga saya tapi saya tidak mencerita kan pada suami perempuan itu yang isteri nya perna tidur dengan suami, saya tiada kekuatan untuk berterus terang tetang “itu” sakit hanya Tuhan yang tahu.
Apa tindakan lelaki tu saya tak nak ambik tahu lagi, saya bersemuka dengan suami meminta dia untuk memilih antara saya dan anak2 atau pun perempuan yang kini bertakhta dalam hati nya. Alhamdulillah suami masih memilih saya dan anak2 serta berjanji untuk bertaubat dan berubah. saya menerima kesilapan nya itu agar ada hikmah dalam rumahtangga kami walaupun tersangat sakit untuk saya lupa kan. 3 bulan berlalu, saya dapat merasakan sesuatu yang suami tanpa pengetahuan saya tapi masih cuba bersangka baik pada suami bahawa itu cuma permainan syaitn semata2.
Belum pun untuk saya istigfar, bukti menjengah d depan mata ( yaAllah. cubaan apakah ini? ) suami ada perempuan lain dan sekali lagi tahap ke tempat tidur. di mana silap saya? Untuk pengetahuan warga KRT, memandangkn saya berkerja dalam office, penampilan memang terjaga di rumah dan pejabat, saya juga menjaga batas pergaulan. tapi untuk kes suami ni saya macam hilang akal tak tau apa yang salah, da cuba berbincang dari hati ke hati tapi jawapan yang saya terima. “awak tak ada yang kurang, saya yang salah”.
kali ni saya nekad untuk meminta cerai tak suami tak ingin melepaskan dan tak akan itu terjadi, kata nya hati saya betul2 matti hidup bersama suami sejak kejadian itu. suami meminta untuk beri dia peluang dia akan cuba perbaiki kesilapan. aduhh, sungguh aku tak mampu untuk terus kan lagi. oleh kerana suami tak nak lepas kan saya, 2tahun saya tak bagi dia sentuh saya, walaupun saya tahu ia nya berdosa tapi saya tak tahu nak buat apa ketika itu. dalam tempoh itu nampak perubah suami bersungguh untuk perbaiki kembali hubungan kami, tapi hati saya macam da mati hanya dapat memandang suami dengan pandangan kesian.
pertama kali dia cuba sentuh saya selepas 2 tahaun saya menangis meminta untuk berhenti, saya teringat kembali perempuan 2 yang penah di sentuh nya, sambil menggenggam kuat suami menangis minta saya lupa kan apa yang jadi meminta saya berhenti untuk menyeksa dia. ya Allah, sungguh aku tak kuat, sampai hari ni suami masih bertahan dengan segala ungkitan saya, sampai kehari ni juga tak pena lekang di mulut saya untuk suami lepas kan saya. rasa kesian saya tengok anak2 kelak hidup tak ber ayah langsung tak ade. kejam kah saya?




