Ini kisah saya 5 tahun lepas tapi sekarang alhamdulillah saya bahagia dengan anak saya . Saya ibu tunggal berumur 28 tahun . Saya kahwin dgn ex suami semasa umur saya 19 tahun . Tapi jodoh tak panjang akhirnya putus di tengah jalan . Selepas kahwin 5 tahun , baru saya dikurniakan rezeki mengandung tp semasa itu la rumah tangga saya bergolak . Dan punca utama bukan sebab anak tapi sebab orang ketiga . Dan saya diceraikan waktu menaham sakit melahirkan zuriat kembar dia. Waktu tu , hancurnya hati saya tuhan je tahu . Sebab dia dh 4 bulan tak balik rumah dan datang hospital untuk lafazkan cerai pada saya .
Dan saya diuji lagi dengan perginya anak syurga saya “Maafkan mama ye sayang, mungkin mama terlalu sibuk menangis sampaikan mama lupa awak sakit, maafkan mama ye sebabkan mama tiada duit yang cukup , mama tak hantar awak ke ijn . Tapi sayang dh masuk syurga, mama dah bersyukur “. Walaupun 5 tahun berlalu , anak saya tak pernh jumpa ayahnya dan tidak kenal siapa ayahnya . Hanya keluarga belah mentua sahaja yang selalu berjumpa cucunya . Tp skrg , saya dapat surat mahkamah mengenai hak penjagaan anak daripada ex suami . Saya tak berdendam atau apa tapi kenapa la dia tak bincang elok2 dlu dgn saya ? Kalau la dia nk tengok anak pun saya benarkan sbb ini juga anak dia tp selama 5 tahun dia tak ada usaha pun untuk anak dia .




